Mohd Noor - Waduh aku teringin dan geram pada motor keluaran BMW...

 Aku janji kalau dapat sebijik motor keluaran BMW diatas, aku tak kutuk dan kritik PR seratus hari kih..kih...kih

 Alhamdulillah motor scrambler jenama KEEWAY -  TX200G ini aku dah sambar sebijik pada March lepas sebelum GST dilancarkan, cash  on the road RM7400.00
Mohd Noor - Waduh aku teringin dan geram pada motor keluaran BMW...

Apa itu Cala Huala


Apa itu cala huala..ianya adalah produk makanan kesihatan yang sekira dimakan dan diamalkan mampu merawat pelbagai penyakit untuk keterangan lanjut klik link ini  CALA HUALA

Agenda Peribadi

Kalau betol sayangkan bangsa dan parti inikah caranya? Inikah sikap negarawan yang pernah berkhimat selama 22 tahun sebagai PM? Anda dihormati dari kawan dan lawan, anda dihormati didalam negara dan luar negara..!!

Dari dahulu sehingga sekarang segala jasa anda dikenang. Dari dahulu sehingga sekarang anda dihormati..."TAPI KINI SAYANG..!!! SEKARANG SUDAH TIDAK LAGI" Ingatlah jangan sia-siakan segala yang anda telah terima semuanya itu..tapi dipenghujung usia saya tidak mahu segala-galanya terhapus, sebaliknya setelah pemergian anda..dicemoh dan dicaci.

Agenda Peribadi
"Hang pikiaq lah sendiri"
Dari sudut pandangan pelbagai sudut..?!! semuanya ini merakamkan terserlah niat anda, bagai kata bidalan "ada udang disebalik batu" dan juga "sekilas ikan diair kita sudah tahu jantan betina"...! ramai yang beranggapan bukan kerana ada dendam kesuma akan tetapi anda punya "agenda peribadi"

Ingatlah segala apa yang kita perolehi didunia ini akan dihitung semuanya di akhirat kelak. Segala apa yang kita usahakan tidak satupun yang dibawa mati...semuanya tinggal hanya yang kita bawa ialah amalan buruk dan baik yang kita lakukan semasa hidup..

"Allah terima tobat seseorang hamba itu selagi nyawanya belum sampai ke halkhom" Sayangkan bangsa, sayangkan parti bukan caranya begini...apatah lagi anda telah melakukan kesalahan yang besar menyerang peribadi secara umum.

JIka anda masih belum puas segala apa yang anda nikmati..terpulang? terukan...!! Kita berlainan kubur...sesungguhnya Allah tidak membebankan dosa seseorang itu kepada orang lain.

p/s teruskan mainan wayang anda..!!

Aku Tak Suka Najib

Aku tak suka Najib tapi aku tak benci Najib. inilah hakikat aku yang sebenarnya. Aku sokong sesiapa saja PM yang dipilih oleh BN - yang tonggak dan terajunya UMNO. Inilah satu-satunya parti yang akan membela orang Melayu dan bumiputra.

Aku Tak Suka NajibWalaupun tidak sepenuhnya dapat parti ini membela bangsa Melayu dan Bumiputra serta menjaga dan menghormati sistem Raja berpelembagaan....akan tetapi inilah yang sedang mereka lakukan. Selain dari parti UMNO, walaupun ada tunggak orang Melayu didalamnya tidak menunjukkan kesungguhan...malah mereka berpuak-puak serta memcahbelahkan sesama bangsa dan agama.

Seperti kata diatas, aku akan hormat sesiapa sahaja PM yang dipilih oleh BN termasuk juga PM-PM yang telah berlalu. Aku tidak mahu sebagai penumpang kapal yang didalam pelayaran dilautan... marah kepada Nakhoda sanggup menebuk lantai kapal. Malangnya ramai sungguh sikap orang Melayu yang seperti ini.

Malah, ada orang Melayu yang berpelajaran tinggi..tidak menggunakan otak mereka untuk membuktikan kata-kata mereka tak serupa bikin. Tumbuk kiri hendak kanan, terajang kanan hendak kiri. "Siapa kita ini yang sewenang-wenang untuk menghukum orang"

Kita mengata orang itu tidak baik, orang ini tidak baik. Kita mengata orang itu tidak sempurna, orang ini tidak sempurna..."Yang kita ini sempurna sangatkah"? Baiklah, aku malas nak berkias-kias lagi...kerana nanti ramai pula pembaca tidak akan faham. Oleh itu aku nyatakan dibawah ini.

Petikan kata-kata dari mantan PM "SAYA BUKAN NYANYUK, TAPI TERPAKSA DEDAH" katanya lagi "DEMI BANGSA DAN NEGARA" lagi petikan kata-katanya Beliau menulis blog berhubung perkara itu memandangkan ramai ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara membuta tuli.

Bab ini aku ajukan pertanyaan kepada beliau...!! jelaslah semasa 22 tahun beliau jadi PM dan sekarang Najib jadi PM, bodoh-bodohlah semua ahli UMNO dan pemimpin UMNO ya? sokong secara membutatuli.

Aku Tak Suka NajibKatanya lagi "saya juga setia tetapi kesetiaan saya kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya" Jadi aku nak tanya...Najib tu Hindu ke...sami Budha ke..dan parti Najib tu parti PR? Pirahhhhh...cakap tak serupa bikin, 22 tahun dasar ekonomi baru yang dilancarkan tidak smpurna. Boleh duduk ditahta 22 tahun ke kalau tanpa disokong oleh ahli-ahli parti? Boleh menang bertanding ke kalau tanpa sokongan orang-orang Melayu.

Dasar kerajaan bukan tidak boleh dikritik, kalau betul sayangkan bangsa dan agama kenapa dikritik secara terbuka? tidak ke ada cara yang berhemah dan lagi kalau sayangkan parti...dah berapa kali beliau keluar dari UMNO.

Aku pinjam kata-kata beliau..."saya bukan nyanyuk, tapi saya nak dedah" Sekarang sudah tertedah pun bahawa anda sudah tidak lagi sempurna dari segi pemikiran dan kata-kata yang tak serupa bikin. Lagi satu kerajaan buat baik kepada rakyat pun disalahkan olehnya. Contohnya pemberian BR1M. Katanya UMNO sudah buat silap besar..ekekeke besar mana agaknya ye!!!

Tidak keterlaluan aku berkata kalaulah ia umpama bagaikan spesis...dicubit-cubit seorang sekali oleh penerima BR1M yang layak...aku rasa jangankan isi...tulang pun tak tinggal. Yang ini pula pesanan dan ingatan untuk Najib

"Haah Jib undurlah Jib..kalau anda undur TPM yang sekarang boleh jadi PM, manakala anak Mantan tu boleh jadi TPM. Aku tak nyanyuk Jib, aku rasa planing dah sedia ada, maka sebab itulah anda kena tikam disetiap sudut.

Bagi yang belum baca tek ucapan Mantan tersebut anda Klik di-sini

HAMBIK..KO..!!

Sekilas ikan di air kita tahu jantan betinanya "HAMBIK..KO..!! nak sangat. biar gambar yang bercerita..

SEKILAS IKAN DI-AIR
"SEKILAS IKAN DI-AIR"

GST - Hari Ini Baru Aku Panas Telinga

Sebut aje pasal GST, hari ini aku baru terasa sakit hati dan panas telinga. Apa tidaknya mulai pada hari ini aku akan membayar cukai GST paling kurang dalam sebulan RM300...malah ia sebenarnya lebih dari itu kepada Najib dan BN. Sikit atau banyak pula yang korang semua kena GST itu aku tidak tahu.

GST
Resip test market
Hari ini 3 April 2015 aku baru test market, korang lihat resip yang aku terterakan ini. Belian aku di spare parts baragan motor sebanyak RM139.30 GST yang dikenakan RM8.35 jadi jumlah semuanya RM147.65.

Betul lah kiraan tu sedikit pun tiada silapnya. 6% GST dari harga belian RM139.30 jadi jumlahnya RM147.65 maka aku dah kena GST RM8.35 Setiap bulan di kedai spare parts tersebut aku akan membeli segala alat ganti motor paling kurang dalam sebulan sebanyak RM5000.00 hingga RM600.00

Malah kadang-kadang mencecah belian hingga ke RM10.000 hingga RM12.000 Jadi korang kiralah sendiri berapa yang aku kena bayar GST? sedangkan harga spare parts ini dari masa SST hingga sekarang GST sama saja.

Ini baru aku terangkan satu kedai spare parts motor, itu belum lagi di kedai spare parts barangan alat ganti mesen-mesen kecil seperti mesen pemotong rumput, mesen pemotong kayu, generator, pump racun dan sebagainya.

GSTBanyak pihak yang untung dalam perkara ini, selain kerajaan dan kedai spare parts termasuk juga semua pelanggan yang datang ke workshop aku. Yang rugi hanya aku atau keuntungan yang hanya sedikit yang aku perolehi selama ini susut dan kurang. Sebab aku tidak boleh kenakan caj kepada pelanggan kerana perniagaan aku tidak layak didaftarkan untuk GST

Jadi aku mohonlah kepada Menteri yang berkenaan, tolonglah promosikan workshop aku yang bebas 100% dari GST...manalah tahu kalau-kalau boleh ramai pelanggan nanti, aku boleh cover apa yang telah dibuat oleh kerajaan berkenaan degan GST ini akibatnya tidak terbeban hanya pada aku sorang.

p/s aku kurang faham kedai-kedai text duit GST tu, mereka hantar kepada kerajaan atau masuk poket pekedai itu sendiri.