Hidup Di Malaysia Sudah Tidak Selamat

"Hidup di Malaysia kini sudah tidak selamat" Ini tidak kecuali kepada sesiapa sahaja khususnya kepada kakitangan tangan kerajaan dibawah pimpinan Najib UMNO-Barisan amnya kepada rakyat Malaysia. Hidup seolah lebih dahsyat dari zaman penjajahan oleh tentera Jepun di Tanah Melayu pada masa itu. Ini yang ditegaskan oleh oleh mantan PM yang ke4 @ Madey Kutty. Rakyat tidak bebas bersuara, tidak boleh mengkritik pentadbiran...!!

Segala kebebasan multimedia, kebesan media cetak juga tidak dibenarkan, betul ke dakwaan Madey Kutty ini -- Boleh dilihat dan dibaca disini Rakyat akan selamat dan hasil negara akan selamat hanya dibawah pentadbiran Madey Kutty. Bagi keseluruhan kakitangan kerajaan dan rakyat Malaysia, tentu tidak lupa akan kelebihan negara selama 22 tahun dipimpin oleh Madey Kutty.

Merujuk kepada artikel terbaru Tun M bertarikh 23 Februari 2018, izinkan saya kongsikan sedikit pengalaman ketika berada dalam perjuangan bersama Tun M sejak Ogos 2015 hingga September 2017. Ketika video saya mengkritik Presiden UMNO tular di media sosial, ramai yang menasihati saya supaya menjaga keselamatan diri kerana bimbang dicederakan, dikenakan sihir, diletupkan dengan bom, dipenjarakan dan bermacam lagi andaian. 

HAKIKATNYA TIADA APA YANG BERLAKU KE ATAS SAYA WALAUPUN SAYA TELAH MEMFAILKAN SAMAN SIVIL DI MAHKAMAH TINGGI DAN MEMFAILKAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN KE ATAS PERDANA MENTERI MALAYSIA BERKAITAN KES DERMA POLITIK RM 2.6 BILLION. DS NAJIB RAZAK TIDAK PERNAH MENGUGUT, MENGANGGU ATAU MEMENJARAKAN SAYA.

Bahaya sebenarnya, bukanlah berada di negara Malaysia ini tetapi di dalam PPBM itu sendiri. Bangun pagi saya sudah fikir apakah lagi fitnah yang akan muncul hari ini. Adakah wanita dari Langkawi ini akan terus difitnah, adakah PPBM akan menjadi padang jarak padang terkukur selama 7 keturunan? (Tidak mungkin selama itu kerana mereka sudah seperti tong sampah yang menempatkan segala bahan “reject” UMNO. Sekejap nanti reputlah ia).

Saya juga dijadikan mangsa kerakusan politik apabila Mukhriz Mahathir maklumkan bahawa saya tidak disyorkan terus menjadi Ketua Srikandi PPBM, tetapi apabila saya minta dia gugurkan senua jawatan saya, dia enggan berbuat demikkan dengan alasan tiada bukti. Kenudian saya juga difitnah menerima RM 7 juta dari UMNO. Langsung tidak dibela oleh sesiapa kerana takut kepada pucuk pimpinan parti. Cikgu Kamarul seorang sahaja yang pernah membela saya sebelum itu tetapi akhirnya cikgu dianiaya oleh blok Mukhriz di negeri sembilan.

Begitu lah bahayanya hidup di dalam PPBM. Sesiapa yang lantang bersuara akan dipancung seperti DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Saya masih ingat pada tahun 1998 seluruh rakyat Malaysia difahamkan oleh kerajaan ketika itu bahawa DS Anwar Ibrahim adalah seorang pengamal seks luar tabie. (Saya tidak berminat untuk mengulas bagaimana Tun M bercakap di seluruh dunia mengaibkan DSAI. Pada saya itu satu pengaiban yang menghina seorang insan dan seluruh ahli keluarganya.

Sepatutnya ia hanya perlu didedahkan di mahkamah, PM tidak perlu mengulas nya di media massa atau berucap hingga luar negara). Ianya menimbulkan kemarahan penyokong beliau hingga tercetusnya Reformasi pada tahun 1999. Sesiapa jua yang berjuang untuk Reformasi akan di kenakan tindakan ISA dan disumbatkan ke penjara. Semua penyokong DS Anwar berada dalam ketakutan. 

Antara yang dikenakan tahanan ISA yakni dipenjarakan tanpa dibicarakan adalah : Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, Ahmad Azam Abdul Rahman, Mukhtar Redhuan, Shaharuddin Badaruddin, Abdul Halim Ismail, Roslan Kassim Chua Tian Chiang, Mohd Ezam Mohd Noor Haji Saari Sungip, Hishamuddin Rais, Raja Petra Kamaruddin; N. Gobala Krishnan; Abdul Ghani Harun, Muhammad Sabu Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng Dr Badrul Amin Baharom, Lokman Nor Adam, Badaruddin Ismail.

Selama lebih 20 tahun rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli PPBM mempercayai bahawa DSAI tidak layak menjadi PM kerana beliau akan memalukan negara di mata dunia. Sama juga ketika saya mula-mula mengenali politik ketika di bangku sekolah, saya difahamkan bahawa DAP adalah parti racist yang menjadi musuh orang Melayu. Hari ini ahli-ahli PPBM seperti dibius untuk menutup minda mereka supaya menerima DS Anwar Ibrahim dan DAP sebagai insan-insan mulia yang akan menyelamatkan negara.

Tidak keterlaluan juga jika saya menyebut tentang bagaimana rakyat Malaysia terutana orang-orang Melayu di asak untuk mempercayai bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin adalah bahaya kepada negara kerana mengamalkan rasuah dan mengaut keuntungan yang banyak untuk kepentingan peribadi. Namun, apabila hasrat untuk memaksa Pak Lah berundur berjaya, tiada satu pun dakwaan dibuat ke atasnya berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Yang penting hanyalah Pak Lah berjaya dijatuhkan. Hari ini sekali lagi ahli-ahli PPBM diperalatkan untuk mempercayai bahawa apa sahaja kritikan terhadap PPBM perlu ditolak mentah-mentah kerana pengkritik tersebut kononnya menerima rasuah ‘dedak’ dan dia dilabel sebagai sampah. Maka, ahli-ahli PPBM akan memerangi sesiapa sahaja yang mengkritik PPBM. Ianya seperti “fatwa” yang wajib dijunjung. Akibat kerap sangat dimomok momokkan dengan kisah penjajahan selama lebih 400 tahun, orang Melayu khususnya, percaya bahawa seorang pemimpin yang hebat harus dijulang untuk menjadi wira bangsa.

Akhirnya orang Melayu menjadi taksub kepada seorang individu. Tiada siapa pun yang betul di Malaysia ini baik Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussin Onn, Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba, DS Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Badawi dan terkini DS Najib Razak. Malah kuasa Raja-Raja Melayu juga boleh dicuit. Tiada yang lebih hebat dari Perdana Menteri Malaysia ke 4. Dia boleh berbuat apa sahaja, tidak boleh dikritik kerana mengkritiknya adalah satu dosa besar bagi penyokong yang taksub kepadanya.

Mereka memuja dan menyenbahnya seperti seorang pemimpin suci, Bagi penganut fahaman ini, yang layak menjaga Malaysia hanyalah keturunan beliau. Semua pemimpin lain dianggap bodoh, Raja-Raja Melayu di turunkan kuasa, rakyat dianggap bodoh, mudah lupa dan malas. Sebelum saya menoktahkan tulisan ini, izinkan saya mencatat sedikit rasa luka di hati ini. Tun M mungkin terlalu menurut emosi peribadinya terhadap DS Najib hingga lupa perasaan jutaan rakyat Malaysia yang melalui dunia gelap gelita bersiram air mata dan dendam ketika tentera Jepun merogol isteri, anak-anak serta adik beradik perempuan rakyat negara ini pada tahun 1942 hingga 1945.

Ada anak yang melihat bapa dilpenggal kepala di hadapan mata. Ada suami yang melihat isteri dan anak perenpuannya dirogol di depan mata. Ada isteri melihat suami di siat daging badannya seperti binatang. Kesemua mereka juga hanya makan ubi kayu untuk hidup kerana tanaman beras dirampas oleh tentera Jepun. Itu adalah penghinaan dan ketakutan sebenar terhadap anak bangsa! Saya tidak takut menjadi rakyat Malaysia hari ini! Anina Saadudin EMPIRICAL MALAYSIA

Mahathir Cipta Sejarah DiMurkai Oleh 9 Keturunan Raja

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja dalam usahanya merealisasikan impian menggulingkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun tindakannya itu bakal mengundang murka keturunan diraja.

Menggunakan isu 1MDB sebagai senjata utama – walaupun berkali-kali dibuktikan Najib tidak bersalah – Dr Mahathir mendapat murka bukan satu, tetapi tiga Istana termasuk, Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. “Tidak pernah ada ahli politik ataupun negarawan Malaysia disifatkan sebagai porsona non grata yang mendatangkan rasa tidak senang oleh sebegitu banyak Majlis Raja-Raja Melayu,” kata penganalisis politik, Zakhir Mohamed.

Keturunan diraja pertama yang murka terhadap Dr Mahathir adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri itu mendakwa negara menjual negara menerusi pelaburan China di Forest City. Seterusnya, Sultan Ibrahim juga membidas berkaitan ucapan Dr Mahathir semasa himpunan ‘Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ berikutan telah menghina keturunan Bugis, yang turut mendatangkan murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Kedua-dua Sultan Johor dan Selangor berketurunan Bugis. Sultan Sharafuddin turut bertitah, kesemua sembilan orang Raja-Raja Melayu turut kecewa dengan tindakan Dr Mahathir yang kembali aktif dalam politik.

Terbaharu, Sultan Kelantan, merangkap Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran dikurniakan kepada Dr Mahathir oleh Istana Kelantan pada 2002. Kemurkaan kesemua keturunan diraja ini adalah rentetan daripada pembohongan berterusan Dr Mahathir menuduh Najib mencuri USD690 juta (RM2.6 bilion) wang 1MDB walaupun berkali-kali dijelaskan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada keturunan diraja Arab Saudi yang sebahagian besarnya sudah dipulangkan pasca PRU13 lalu.

Kata Zakir, ianya turut diakui oleh veteran DAP yang menyertai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat kecurangan 1MDB, Dr Tang Seng Giaw dengan berkata, keputusan membuat pinjaman sehingga RM42 bilion merupakan bukan keputusan Najib. “Lembaga Penasihat (yang disertai Najib) mengikut artikel 117, setelah disiasat, Perdana Menteri tidak terlibat dalam urusan (keputusan 1MDB). Mereka yang membuat keputusan adalah lembaga pengarah dan pengurusan.

Merekalah yang membuat keputusan berkenaan.” Menyebut pula siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung 1MDB kira-kira 18 bulan lalu, Zakir berkata, siasatan diketuai oleh Peguam Negara Loretta Lynch masih tergantung sehingga hari ini. Tegasnya, genap setahun siasatan tersebut dijalankan, Loretta turut mengumumkan akan mengambil tindakan, namun tiada seorang pun individu atau firma di Malaysia atau luar negara dikenakan tindakan – membuktikan tuduhan berkaitan 1MDB hanyalah satu pembohongan semata-mata.

Nazri Sifatkan ‘Raja Gula’ Sebagai ‘Pengecut’


Nazri Sifatkan ‘Raja Gula’ Sebagai ‘Pengecut’ Perak Hari Ini PADANG RENGAS: 


Tindakan tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok yang didakwa menyalurkan sumbangan dana kepada parti pembangkang, DAP dengan dikatakan mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional (BN) boleh diibaratkan sebagai ‘seekor anjing yang mengigit tangan kepada orang yang memberinya makanan’. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ‘Raja Gula’ itu juga dibaratkan sebagai ‘kacang yang lupakan kulit’ kerana telah lupa akan segala sumbangan dan pertolongan kerajaan yang membantunya sehingga berjaya dan menjadi seorang jutawan yang terkemuka di negara serta dunia. 

“Tidak ada sesiapa di dunia ini dilahirkan kaya melainkan dia mendapat ‘kunci’ daripada kerajaan yang membolehkan dia menjalankan perniagaannya. “Memang dari sudut undang-undang dia tidak bersalah dalam menyalurkan dana kepada mana-mana parti politik. “Namun sebagai kerajaan semestinya kita tersinggung kerana kita telah menganggap dia sebahagian daripada rakyat Malaysia yang telah menyumbangkan nama baik kepada negara kita,” katanya. 

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata tindakan Kuok juga sedikit sebanyak bakal menganggu-gugat keharomonian masyarakat Malaysia yang mana kemungkinan masyarakat Cina yang tidak bersalah mula akan dipandang serong segelintir pihak. Pada masa sama, Nazri turut bertegas akan menentang tokoh korporat itu selain mencabarnya untuk memasuki ke arena politik. “Kalau anda mahu lawan, kita akan lawan. Kita nak tengok seberapa mana kekayaan dia boleh belanja beri pada DAP untuk lawan kita. “Saya akan lawan dia habis-habisan. Kamu (Kuok) kalau berani, mari datang (pulang) Malaysia. Jangan duduk luar negara, jadi pengecut, penakut, ‘pondan’, ‘tak ada ‘telur’’, beri duit kepada pembangkang, mahu jatuhkan BN. Kamu tak akan menang,” ujar beliau dengan nada marah. 

Selain itu, Nazri juga berpendapat Kuok sepatutnya memulangkan kembali kewarganegaraannya itu kepada kerajaan atas tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 175 penerima yang tidak mempunyai akaun bank, di Pusat Kegiatan Masyarakat Kubang Panjang, dekat sini, pada Isnin. 

Seorang Penganalisa Politik, Raja Petra Kamaruddin menerusi portal Malaysia Today, baru-baru ini dilaporkan mendakwa, Kuok mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan BN dan digantikan dengan DAP. Raja Petra turut mendakwa, Kuok menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika pelancarannya pada 1970, dan menyuarakan bantahan itu kepada pemimpin UMNO, seperti dilaporkan akhbar Singapura, The Straits Times pada 4 Disember tahun lalu. Pada 2017, Forbes melaporkan Kuok, 94, mengetuai senarai individu terkaya di Malaysia, dengan nilai bersih kekayaan berjumlah AS$11.4 bilion, hasil penguasaan dalam sektor perdagangan minyak sawit, perkapalan dan hartanah. 

Kuok dilaporkan kini sedang menetap di London, United Kingdom.

Macamana Nak Bin Atau Binti 9 Orang Ayahnya


Remaja yang dikatakan dirogol sembilan anggota tentera disahkan hamil sembilan minggu,

kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd. Katanya, suspek utama adalah kenalan mangsa mangsa selain lapan lagi anggota tentera yang kini ditahan reman hingga 1 Mac ini.

“Polis Johor sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember tahun lalu. “Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera.

“Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini. Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kelmarin, media melaporkan sembilan anggota tentera itu yang juga penuntut Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017, di 33 Rejimen Altileri Diraja (RAD) Kluang ditahan Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan maklumat daripada polis. Penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Rabu lalu. – 

Tohmahan Terbaru Mahathir Ibarat Meludah Ke Langi

Tohmahan Terbaru Mahathir Ibarat Meludah Ke Langit  Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri! Itu ungkapan paling sesuai tentang tohmahan terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad keatas kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam.

Mahathir mendakwa kononnya rakyat Malaysia kini hidup dalam ketakutan seperti di zaman penjajahan Jepun. “Pegawai dan kakitangan kerajaan takut mengatakan yang benar kerana takut jika tidak disukai oleh Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak). “Mereka takut mereka didera oleh Najib. Mereka takut dibuang kerja. Mereka takut diturun pangkat atau ditukar ke jawatan lain. “Peniaga kecil dan besar takut sesuatu dilakukan kepada mereka jika mereka dilihat terlalu dekat dengan parti lawan atau pemimpin parti lawan,” dakwa Mahathir.

Ironinya, zaman pentadbiran Najib disifatkan ramai pemerhati politik sebagai zaman yang cukup terbuka dan memberi kebebasan untuk rakyat bersuara. Malah, pemimpin dan penyokong pembangkang kini bebas mengkritik kerajaan BN sama ada melalui platform media sosial mahupun di pentas terbuka. Pihak media juga diberi kebebasan untuk mengkritik kerajaan asalkan ia bukan bersifat fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man baru-baru ini membandingkan kebebasan bersuara di zaman pemerintahan Mahathir sangat teruk berbanding sekarang. Kata beliau, era pentadbiran Mahathir menyaksikan ramai pemimpin yang ditahan dalam Ops Lalang dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beberapa blog pernah menyiarkan antara kezaliman Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri seperti berikut:

– Menyalahgunakan akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi menyekat kritikan keatasnya.

– Menyekat kebebasan badan penguatkuasa termasuk BPR, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya PIlihan Raya.

 – Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman.

 – Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni.

 – Menyeleweng dana-dana awam untuk membantu kroni.

 – Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni.

 – Menghina dan menyekat Islam.

Peruntukan kerajaan Untuk Rakyat Dianggap Dedak

Langkawi – Pihak pembangkang telah menghina rakyat Langkawi dengan mengatakan peruntukan bernilai lebih RM1.3 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu lalu, sebagai “dedak” atau makanan haiwan.

 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan hari ini berkata istilah yang digunakan pembangkang ini tidak wajar memandangkan peruntukan untuk lima projek pembangunan infrastruktur di pulau peranginan itu merupakan keperluan penting kepada rakyat. “Tanggungjawab pemerintah adalah membantu rakyat dalam pelbagai strata dan memerlukan bantuan yang tertentu dan memerlukan pembelaan.

Adakah bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang memerintah selama ini dianggap sebagai dedak,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembangkang di media sosial yang menyifatkan peruntukan tersebut sebagai ‘dedak’ untuk meraih sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Peruntukan ini termasuk RM600 juta untuk penambahbaikan sistem bekalan air bersih Langkawi, RM500 juta bagi pembinaan bangunan tambahan hospital, RM135 juta untuk membina kuarters baharu petugas kesihatan, RM50 juta untuk penaiktarafan Jalan Lapangan Terbang -Pulapol Langkawi dan RM30 juta untuk pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat baharu di Padang Matsirat. 

Nor Saidi berkata projek penambahbaikan bekalan air bersih ini amat diperlukan di Langkawi dalam keadaan pertambahan jumlah penduduk dan jangkaan peningkatan jumlah pelancong ke pulau ini dalam tahun-tahun yang mendatang. Bangunan tambahan baharu Hospital Langkawi pula dapat mengurangkan lagi kesesakan pesakit yang perlu dirawat di mana kadar penggunaan katilnya sekarang sudah melepasi 90 peratus, katanya. “Menambahkan (bangunan baharu) hospital ini adalah satu keperluan. Tanggungjawab pemimpin untuk menyediakan keperluan rakyat.

Tak kanlah itupun dianggap sebagai dedak,” katanya. Sebelum itu, Nor Saidi menyampaikan sumbangan kewangan kepada kira-kira 100 pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang bermastautin di kawasan DUN yang diwakili beliau. Menurutnya, lebih 1,000 pelajar telah menerima bantuan bernilai antara RM100 dan RM500 seorang bergantung kepada taraf pencapaian mereka sejak program itu dimulakan lima tahun lepas. – Bernama

Guan Eng Lu Mana mau Lari?

Kuala Lumpur – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih mengunci mulut berhubung pendedahan MCA mengenai firma dari China, China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd. (CRCC) yang didakwa hanya dibayar sebanyak lima peratus atau kira-kira RM3 juta oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak kontrak projek terowong dasar laut ditandatangani.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, hal ini amat serius kerana secara teknikal dan kewangannya membuktikan bahawa CRCC dan sebuah lagi firma China, Beijing Urban Construction Group (BUCG) tidak lagi terlibat dengan projek berkenaan.

Malah, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu, Sri Tinggi Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah syarikat yang didakwa Guan Eng terlibat dalam projek terowong dasar laut tersebut juga tidak lagi merupakan pemegang saham manakala sebuah syarikat lain, Juterasi Sdn. Bhd. didapati tidak lagi beroperasi. “Ini bermaksud daripada lima pihak yang didakwa terlibat dalam projek berkenaan, hanya Zenith Construction Sdn. Bhd. yang baru berusia 82 hari dengan modal berbayar RM300,000 kekal menjadi kontraktor tunggal dalam projek itu.

Di sini Guan Eng perlu membuktikan CRCC telah dibayar lebih daripada RM3 juta selain membuktikan firma itu tidak menghentikan kerja di tapak projek. “Dalam hal ini, secara tidak langsung kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai DAP itu telah menyerahkan projek bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat yang hanya berusia 82 hari. Ini mungkin membawa erti syarat kelayakan tender projek kerajaan DAP Pulau Pinang dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM381 juta tidak lagi dilaksanakan kerajaan negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Utusan

Dapat Duit Kena sindir


Dapat duit kena sindir, sindir pon sindirlah...janji wang masyuuukkk....

Kuala Lumpur – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini tampil memberi sumbangan ikhlas RM7 bilion (AS$1,800 juta) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Ia sebagai sindiran bagi membiayai operasi jentera parti kerdil pembangkang itu yang konon miskin sehingga terpaksa tagih ihsan sekali gus membantu gerak kerja mereka menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Malah katanya, dana itu diharapkan cukup untuk mengerakkan PPBM lantas meminta menghentikan kutipan derma daripada orang ramai. “Cek ini sah sehingga 2022 sebagaimana selama 22 tahun Pengerusi PPBM, Tun Dr. 

Mahathir Mohamad memerintah sebagai Perdana Menteri. “Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Tun Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah terdahulu. “Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada parti itu,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan transaksi dana berkenaan di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. 

Sementara itu, Jamal turut mendakwa Tun Mahathir memberi wang sejumlah RM1 billion kepada parti kompenan Pakatan Harapan diketuai DAP untuk mendapatkan jawatannya sekarang. “RM 700 juta juga turut diberikan kepada PKR dan Mat Sabu untuk memastikan kedudukannya sekarang. “ Saya akan serahkan semua fail dan bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan saya ini tidak lama lagi,” ujarnya. – 

Dulu Pas Kini PAN Dan PPBM


Baru-baru ini, Presiden Parti Amanah Negara (PAN),Mohamad Sabu mempertikaikan mengapa hanya AMANAH sahaja yang membawa perpecahan kepada Melayu. Sebenarnya, PAN dan PPBM dilihat sama sahaja pecah belahkan melayu.Jika dilihat sejarah penubuhannya pada tahun Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan setelah beberapa orang pemimpin tertinggi PAS di laporkan kecewa akibat kekalahan pemilihan tertinggi parti pada Muktamar PAS kali ke 61.

Pada tahun 2016 pula menyaksikan tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan hasil daripada pemberontakan dalaman UMNO yang menyaksikan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Shafie Apdal serta sebilangan kecil ahli UMNO meninggalkan UMNO. PAS merupakan parti Islam 100 peratus dipecahkan melalui PAN supaya ahli PAS dapat memecahbelahkan PAS dan UMNO juga dipecahkan melalui PPBM.

Malangnya, kedua-dua buah parti berkenaan telah menjadi antara parti komponen utama Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Lebih menarik untuk di perkatakan adalah, DAP sebenarnya telah berjaya menubuhkan sebuah parti politik Melayu yang berteraskan fahaman yang diamalkan oleh DAP. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Amanah Negara. Mereka mungkin boleh berselindung disebalik lambang ataupun penampilan mereka di khalayak umum namun, mereka tidak boleh menafikan bahawa apa jua tindakan PAN hari ini adalah atas perkenan DAP.

Menurut sumber dalaman mengatakan,ia juga menyifatkan kewujudan dua parti politik baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) adalah sebagai alat DAP untuk memecah-belahkan parti orang Melayu, khususnya UMNO dan PAS. Justeru, bukan satu perkara yang pelik apabila ada pihak yang melabelkan PAN adalah “budak suruhan” DAP. Namun, disebalik label berkenaan, PAN juga dikatakan bayangan DAP di dalam kaum Melayu yang bertujuan untuk meraih undi Melayu disamping menambah perpecahan di kalangan orang Melayu, sama seperti apa yang dilakukan oleh PKR dan PPBM hari ini.

Akhirnya semua ini akan menjadi proksi kepada DAP dan usaha memecahbelahkan parti yang didominasi orang Melayu apabila cuba menarik seramai mungkin ahli lain termasuk pemimpin-pemimpin parti berkenaan ke dalam parti baharu itu. Tambahan lagi, PPBM dan PAN juga dikatakan tidak mempunyai asas perjuangan yang jelas sebaliknya ditubuhkan atas dasar tidak puas hati serta untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Kerana Pulut Santan Binasa...!!



Putrajaya – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gagal meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi yang memerintahkannya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 10 tahun lalu. Tiga panel hakim bersidang yang dipengerusikan oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat turut memerintahkan Ketua Pemuda Umno itu membayar RM10,000 sebagai kos. 

Dalam keputusan sebulat suara itu, Tengku Maimun berkata, mahkamah berpuas hati bahawa notis rayuan yang difailkan oleh Khairy menerusi peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sempurna. “Mahkamah mendapati ia terikat dengan keputusan kes mahkamah Persekutuan melibatkan usahawan permaidani, J Deepak yang menyentuh prosedur pemfailan notis rayuan,” katanya. Hakim Datuk Zaleha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusuf turut bersidang. Sementara itu, di luar mahkamah, 

Muhammad Shafee terkejut dengan keputusan tersebut. “Sepanjang 40 tahun penglibatan saya, keputusan ini adalah jarang sekali dibuat mahkamah. “Pihak kami akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan esok,” katanya. Peguam, R Sivarasa yang mewakili Anwar berkata, pihaknya berhujah notis rayuan yang difailkan respondan melanggar prinsip undang-undang. “Selain itu, draf notis rayuan yang dikemukakan respondan adalah kabur,” katanya. Pada 29 September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Azizul Azmi Adnan memutuskan dakwaan yang dibuat Khairy adalah serius dan boleh mempunyai maksud memfitnah. 

Anwar memfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008 bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebarkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com. Anwar mendakwa klip video itu mengandungi sebahagian ucapan yang dikatakan berbaur fitnah diucapkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah Pantai di sini pada atau sekitar 20 Februari 2008.-SinarHarian.

Naya Bersih Sememangnya Tak Bersih



AKTIVIS BERSIH KHALID ISMATH: BERTAUBAT & BERPESAN, JANGAN PERCAYA LAGI PAKATAN, MEREKA PEMBOHONG BESAR.

Bekas aktivis BERSIH, Khalid Mohd Ismath mengakui dakwaan pilihan raya tidak adil dan bersih hanya sekadar propanganda untuk mempengaruhi masyarakat umum bersimpati terhadap pembangkang.

Khalid yang juga bekas jawatankuasa BERSIH mewakili solidariti mahasiswa berkata beliau sendiri pernah terpengaruh dengan propaganda undi warga asing dan isu blackout, walaupun ia tidak bersandarkan bukti. “Saya pun dahulu termakan propaganda Pakatan.

Namun selepas PRU, BERSIH sendiri lakukan tribunal dan mengesahkan tiada warga asing mengundi dalam PRU 13 yang lalu. Malah kejadian balckout itu juga tidak dapat disahkan. “Jadi waktu itu saya rasa bingung. Saya juga merupakan antara jawatankuasa yang bertugas semasa himpunan BERSIH mewakili entiti solidariti mahasiswa. Saya tak pasti sama ada apa yang saya ikut waktu itu adalah benar dan tepat. “Lama juga saya muhasabah sebelum saya bermufarraqah,”katanya dalam Facebook.

Khalid yang juga Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata BERSIH didalangi oleh Pakatan Harapan (dahulunya Pakatan Rakyat), walau bagaimanapun kini sudah semakin ramai yang sedar dengan propaganda palsu tersebut. “Bersyukur juga saya semakin ramai yang sedar propaganda Pakatan ini. Cuma…saya juga masih tak boleh ubah pemikiran kawan-kawan yang memilih lesser evil. “Bagi saya kalau dah jahat, tiada apa yang perlu diikut lagi. Yang ada hanyalah perlu dilawan,”katanya lagi

Ahli PPBM Buat Desakan

Text-Shadow (Kedah News) – PEMUDA atau Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini merasa malu mendesak penjelasan segera daripada pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kekayaan luar biasa yang kini diperkatakan oleh rakyat. 

“Kami amat malu ketika ini bila mana ada ahli-ahli parti lain seolah-olah memperlekeh keluarga Tun Mahathir yang dikatakan mengumpul harta yang banyak selama 22 tahun, ” demikian kata Ketua Armada PPBM cawangan Bedong, Parlimen Jerai. 

Muhd.Nurudin Naina Mohammed berkata, mereka kecewa apabila tidak diberikan penjelasan yang tepat mengenai beberapa isu dalaman parti walaupun telah menulis surat bagi mendapakan maklumat sebenar daripada pucuk pimpinan PPBM negeri. 

Namun jawapan yang diberikan seperti ‘lepas tangan’ atau tidak tahu untuk menjawab kedudukan yang sebenar, katanya kepada sidang akhbar di Harvard Golf & Country Club di Gurun, Kedah semalam. 

“Kami ingin meluahkan rasa kurang senang atas beberapa isu yang terpendam selepas persidangan tahunan parti akhir tahun lalu, ” katanya lagi. Jika dakwaan terhadap Dr. Mahathir dan Tan Sri Mukhyiddin Yassin (Presiden PPBM) tidak benar, Mohd Nurin mencadangkan mereka menfailkan sahaja saman di mahkamah terhadap pihak yang membuat pelbagai tuduhan itu. 

Ini penting bagi menjaga imej pemimpin dan PPBM di mana akhirnya rakyat akan mengetahui kedudukan yang sebenar, katanya lagi. Kumpulan 11 ahli Pemuda itu bagaimanapun tidak mahu mereka dipecat daripada PPBM kerana mengambil keputusan menyuarakan desakan kepada pucuk pimpinan pada sidang media itu.

Pas Takut Dengan Parti Melukut Ditepi Gantang


Kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat hanya mahu memecahkan undi Melayu dan umat Islam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi berkata hasrat AMANAH untuk bertanding di kerusi PAS dilihat hanya akan memberi kemenangan kepada Umno. “AMANAH wujud untuk memecah-belahkan umat Islam, undi Melayu dan bagi talian hayat kepada Umno untuk menang.  'Ada menteri nak sanggah Bank Negara?'

“Kalau benar AMANAH mahu lawan Umno, kenapa sibuk masuk kerusi PAS yang menjadi tradisi pertandingan Umno-PAS sejak puluhan tahun? “AMANAH adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja,” kata Abdul Hadi dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.

 Abdul Hadi berkata demikian merujuk kepada rancangan AMANAH untuk bertanding di 27 kerusi Parlimen, sebahagian besarnya di kerusi milik PAS. PAS pula merancang akan bertanding di 130 kerusi parlimen pada PRU nanti. Abdul Hadi berkata keputusan tersebut realistik memandangkan pihaknya mempunyai 196 kawasan daripada 222 kerusi Parlimen serta mempunyai 7,063 cawangan.

Abdul Hadi berkata PAS bertanding untuk membuat perubahan dasar dan sistem kepada penyelesaian Islam. “Sama ada PAS menjadi kerajaan memerintah atau pembangkang yang menasihat. PAS berhasrat menjadikan Malaysia negara yang sejahtera dengan mengubah dasar negara, dan urus tadbir yang sesuai dengan penuh berhikmah dan matang. “Selain itu PAS sedang bekerja bersungguh-sungguh untuk menang paling kurang 40 kerusi. Dengan kemenangan itu PAS ada pengaruh untuk menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam,” kata beliau sebagaimana dilaporkan.

Who Can Act In This Case

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Merujuk kepada soalan saya kepada Dato’ A. Kadir Jasin dalam sebuah video yang dimuatnaik di facebook saya pada Sabtu, 10 Februari 2018, jam 4.44 pm ( https://www.facebook.com/sophy.inara/posts/932459010265506) berkenaan pembelian dan penjualan semula 30% saham Realmild yang memiliki TV3, NST dan MRCB, saya telahpun menerima jawapan ringkas dalam perbualan telefon bersama beliau. 
Setelah mengkaji jawapan tersebut dengan mendalam, saya masih menemui jalan buntu dalam mencari kebenaran. 
Dari itu, saya perlu kemukakan beberapa lagi soalan tambahan bagi mencari jawapan sebenar dalam isu ini. Mudah-mudahan jawapan jujur Dato’ A. Kadir Jasin akan dapat merungkai persoalan pokok tentang dana politik UMNO sebelum saya merungkai lebih jauh dalam mencari kebenaran. 
Saya mohon bertanya lanjut kepada Dato’ A. Kadir Jasin tentang soalan-soalan berikut:
1. Dato’ bukan lah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000, apakah perniagaan yang Dato’ jalankan pada ketika itu sehinggakan Dato boleh memegang begitu banyak wang untuk membeli 30% saham Realmild (seperti pembetulan yang Dato buat terhadap soalan asal saya berjumlah 20%), kemudian menjualnya dengan jumlah keuntungan tertentu untuk diserahkan kepada UMNO? 
2. Adakah Dato memiliki sebarang perjanjian rasmi atau surat pelantikan rasmi yang memberi hak dan kuasa untuk Dato memegang begitu banyak wang untuk UMNO pada ketika itu?
3. Bolehkah Dato’ beritahu dan tunjukkan di bahagian manakah dalam dokumen atau buku kewangan UMNO yang terkandungnya jumlah nilai saham Realmild yang Dato’ pegang untuk pihak UMNO tersebut?
4. Siapakah nama individu di dalam UMNO pada ketika itu yang bertanggungjawab menerima serahan jumlah keuntungan penjualan semula 30% saham Realmild tersebut dari Dato’?
5. Adakah Dato’ menerima sebarang imbuhan kewangan dari pihak UMNO sebagai balasan atas jasa baik Dato memegang wang yang begitu banyak bagi pihak UMNO?
6. Sebagaimana yang Dato’ maklumkan kepada saya bahawa Dr Mahathir pada ketika itu memegang baki saham Realmild sebanyak 70%, adakah benar bahawa baki pegangan saham tersebut diserahkan kepada UMNO selepas beliau melepaskan jawatan Presiden UMNO? Jika ya, bolehkah jelaskan bagaimana baki saham Realmild tersebut diserahkan kepada UMNO?
7. Mohon jelaskan kepada saya dengan terperinci bagaimanakah Dato’ dan Dr Mahathir pada ketika itu boleh memegang wang yang begitu banyak didalam akaun peribadi untuk pihak UMNO sedangkan DS Najib Razak tidak boleh berbuat demikian?
Terima kasih.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA


Mahathir itu wang manyak mana mali?

MAHATHIR DAN KEKAYAAN YANG DISEMBUNYIKAN....!!!


⬛ Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat. Sebagai contoh :-
i) Sesiapa yang berada di tol plaza Sg. Besi dapat melihat sebuah bungalo besar yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines. Ini adalah satu dari rumahnya.
ii) Dia juga memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kin Mei.
iii) Selain ini, terdapat juga sebuah lagi rumahnya di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing,
iv) Sebuah lagi di Country Height (kini diduduki Mirzan)
v) Dan yang terbaru ialah diBukti Tinggi. Rumah di Bukti Tinggi ini dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.

◾ Selain itu, Mahathir juga memiliki rumah-rumah lain di luar negara. Ini termasuklah
vi) Sebuah mahligai di London yang dibeli menggunakan nama Daim,
vii) Sebuah di Vancouver yang dibeli menggunakan nama Mirzan,
viii) Sebuah lagi di Florida di atas namanya sendiri.
ix) Mahathir juga memiliki sebuah ladang (ranch) di Argentina.
▶ *Satu peristiwa yang mendedahkan kekayaan Mahathir ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui mengenai tindakan Daim memindahkan RM1 bilion ke akaun di sebuah bank Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas ringgit. Anwar telah melaporkan mengenai hal ini kepada Mahathir. Tetapi Mahahtir hanya mendiamkan hal ini. Hanya selepas itu baru Anwar ketahui bahawa rupanya akaun itu adalah akaun bersama Mahathir dan Daim. Patutlah Mahathir dan Daim mahadiam mengenai pemindahan wang ini.*


⬛ Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak ??
*Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta*.
▶ *Ini bererti dalam 17 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM6.12 juta*.
*Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi*.
*Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina*.
♦ *Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak? Di sinilah kita dapat melihat kelicikan Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya.*
*Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin*.
*Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya. Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri*.
*Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahun rakyat*.
*Patutkah seorang Perdana Menteri yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat berkorban*? Dan kita juga ingin tahu berkorban untuk apa?
*Berkorban supaya wang Petronas dapat digunakan untuk menyelamatkan syarikat anaknya Mizan*?
*Berkorban supaya tol dapat dinaikkan untuk menyelamatkan syarikat milik UMNO, Renong*?
*Berkorban supaya sebanyak RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dapat digunakan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank*?
*Berkorban supaya Mahathir dapat membina mahligai bernilai RM200 juta di Putra Jaya dan membeli jet Global Express juga dengan harga RM200 juta*.
*Sekiranya kita mendapatkan kembali semua wang Mahathir dan Daim di bank Switzerland dan menggunakannya untuk membiayai pembinaan lebuhraya mungkin rakyat tidak perlu membayar lagi tol untuk selama-lamanya*.
*Sekiranya kerajaan tidak membina mahligai Mahathir di Putra Jaya wang RM200 juta itu mencukupi untuk memberi pendidikan percuma selama setahun untuk semua pelajar di sebuah universiti tempatan seperti Universiti Malaya*.
*Wang sejumlah itu juga boleh membina 8,000 buah rumah kos rendah untuk rakyat miskin*.
*Bayangkanlah berapa banyak sekolah, komputer dan subsidi untuk petani yang boleh diberikan dengan wang yang dibelanjakan untuk menyelamatkan Mirzan dan RHB*?




▶ Kenapakah anak-anak Mahathir yang telah pun kaya perlu dibantu lagi.
i) Mirzan memiliki saham bernilai RM726.5 juta di sebelas syarikat yang disenaraikan di KLSE.
ii) Mokhzani pulamemiliki saham bernilai RM624 juta.




◾ Sebaliknya, nasib penanam padi tidak terbela. Harga barangan semakin naik. Pengangguran semakin meningkat. Dan kita semua disuruh terus berkorban. Apakah pula pengorbanan Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka ?
*Apakah terlalu besar pengorbanan sekiranya kekayaan Mirzan, Mokhzani, Daim, Rashid Husein dan lain-lain kroni Mahathir yang beratus juta ringit itu berkurangan menjadi beberapa puluh juta ringgit*?
*Sekiranya keadaan ini berterusan, kita akan menjadi rakyat miskin dalam negara yang kaya*.
*Petani kita tidak akan mampu menyuapkan makanan kepada keluarga mereka*.
*Siswa-siswi tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kelengkapan yang serba kurang di universiti-universiti*.
*Graduan kita tidak mendapat pekerjaan kerana hanya segelintir syarikat yang mendapat manfaat dari program pemulihan ekonomi*.
*Para eksekutif kita pula akan menjadi pegawai yang memiliki nama jawatan yang besar tetapi tidak mampu membeli rumah untuk keluarga sendiri*.
*Dan kita disuruh berkorban dan terus berkorban pada ketika Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka membongkah kekayaan negara untuk diri mereka*.
*Adakah rakyat harus mahadiam melihat golongan mahakaya ini terus maha menindas kita*?

Myanmar oh Myanmar


Rakaman pemandangan Negeri Rakhine dari udara menunjukkan banyak penempatan Rohingya diratakan, mencetuskan semula tuduhan bahawa Myanmar memusnahkan kediaman dan melenyapkan sejarah etnik minoriti Islam berkenaan. Hampir 700,000 penduduk Rohingya meninggalkan Negeri Rakhine, barat Myanmar dan berlindung di Bangladesh sejak serangan pemberontak ke atas lebih 30 pos polis lewat tahun lalu mencetuskan operasi ketenteraan penuh kejam. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengetuai kecaman global terhadap tindakan keras tentera Myanmar, menyifatkannya sebagai penghapusan etnik. Aktivis-aktivis hak asasi manusia pula berkata, kemusnahan sistematik beratus-ratus perkampungan, masjid dan harta benda lain merupakan cubaan berkesan untuk memadamkan kaitan etnik Rohingya dengan tanah air mereka. Penduduk minoriti Islam itu tidak diiktiraf sebagai sebuah kumpulan etnik minori­ti di Myanmar dan ditindas berdekad-dekad lamanya. Malah, banyak pihak bimbang bahawa operasi tentera Myanmar lewat tahun lalu itu merupakan percubaan mengusir etnik Rohingya dari Myanmar untuk selama-lamanya.

Gambar-gambar yang di­siarkan di media sosial selepas lawatan diplomatik ke zon konflik di Rakhine pada ming­gu lalu menyokong dakwaan tersebut. Imej menghantui fikiran yang disiarkan di akaun Twitter Duta Kesatuan Eropah ke Myanmar, Kristian Schmidt itu menunjukkan wilayah yang rosak dengan tanah-ta­nah diratakan. Kampung-kampung Rohingya yang dibakar semasa operasi tentera kelihatan diratakan jentolak, tanpa saki-baki struktur mahupun pokok kayu. “Penduduk Rohingya terkejut melihat kampung-kampung mereka hangus,” kata Chris Lewa, ketua badan bukan kerajaan Projek Arakan yang bertahun-tahun membantu etnik Rohingya di Rakhine. “Mereka bimbang musim hujan yang bakal tiba akan melenyapkan sama sekali pe­ninggalan kehidupan masa lampau mereka,” tambahnya. Pada tahun lalu, Myanmar dan Bangladesh menanda ta­ngani perjanjian penghantaran semula pelarian Rohingya yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari lepas.

Namun, ramai pelarian Rohingya enggan pulang ke Negeri Rakhine tanpa jaminan bahawa hak asasi dan kese­lamatan mereka dilindungi. Pihak berkuasa di Myanmar pula bertegas akan menyaring dengan ketat semua pelarian Rohingya dan akan hanya menerima mereka yang disahkan sebagai penduduk Rakhine. Pengkritik-pengkritik perjanjian tersebut berkata, proses kontroversi itu berkemungkinan besar mengakibatkan ramai pelarian Rohingya tidak dapat kembali ke tanah air mereka.

Awas Pengguna Apple


Pengguna Apple dinasihatkan tidak membuka sekiranya menerima ‘teks bom’. Teks dari bahasa Telugu yang digunakan oleh golongan Dravidia di bahagian selatan India ini mampu merosakkan peranti yang digunakan dalam iPhone, iPad dan juga Mac. Sekiranya pengguna Apple terus membuka teks tersebut, ia boleh merosakkan sistem aplikasi dalam sebarang gajet jenama berkenaan. Semua gajet Apple meggunakan iOS 11.2.5 atau MacOS mudah terkena dengan pepijat tersebut sekaligus menggagalkan untuk penggunaan iMessages. Selain itu ia juga memberi kesan kepada aplikasi WhatsApp, Facebook Messenger, Outlook (IOS) dan juga gmail. Dilaporkan, sekiranya berlaku, gajet tersebut akan tertutup (off) secara berterusan.

Perogol dibelasah beramai-ramai

Hari Valentine Membawa Padah



Sambutan Hari Valentine bertukar tragedi apabila seorang wanita maut selepas rambutnya tersangkut pada tayar belakang kereta go-kart hingga tercabut kulit kepalanya di Yadavindra Gardens, Pinjore, semalam. 
Wanita terbabit, Puneet Kaur, 28, yang dikejarkan ke hospital oleh suaminya, Amardeep Singh, 30, disahkan meninggal dunia selepas itu. 

Mangsa pada mulanya dikatakan sudah mengikat rambutnya ketika memandu sebelum memakai topi keledar namun getah rambutnya tiba-tiba tertanggal sebelum ditimpa kejadian berkenaan. “Saya menaiki go-kart bersama isteri tetapi tiba-tiba getah rambutnya tertanggal sebelum mendengarnya menjerit dengan kuat. “Go-kart dihentikan serta merta dan saya lihat kulit kepalanya tercabut,” kata Amardeep. 

Kejadian ngeri itu turut disaksikan anak mereka berusia satu tahun termasuk ibu bapa Amardeep. Wanita itu dikejarkan ke hospital kerajaan di Panchkula dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang. Sementara itu, polis Pinjore, Inspektor Sukhbir Singh berkata pihaknya sudah mengarahkan pengurusan menghentikan sementara operasi go-kart terbabit.

Pembangkang Tiada Kredibiliti


Ipoh – Parti pembangkang sudah hilang kredibiliti kerana mengamalkan politik menghasut dan meracuni pemikiran rakyat. Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata, pembangkang juga tiada agenda pembangunan untuk rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod pencapaian menerusi program-program pembangunan yang telah dilaksanakan. Menurutnya, kedua-dua perkara ini sudah disedari oleh rakyat dan boleh menilai tawaran yang diberikan oleh BN untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat. “Setelah beberapa tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kerja pembangkang hanya menghasut dan meracuni pemikiran rakyat dengan dakyah-dakyah dan pembohongan dan mereka juga tiada agenda pembangunan. “Jadi rakyat telah sedar terhadap dua perkara ini. Dengan rekod yang sangat baik dan perancangan yang sangat mampan, BN adalah wadah dan parti yang boleh memastikan kestabilan politik, ekonomi dan kebahagian rakyat dapat diteruskan apabila rakyat memberikan undi kepada BN,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Tahun Baharu Cina kepada 50 penerima di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini. – Utusan

Jus bercampur dadah


Ipoh – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membongkar kegiatan sebuah pusat hiburan di Jalan Medan di sini, awal pagi tadi, yang menjual dadah kepada pelanggan dengan mencampurkan bahan itu ke dalam jus buah-buahan. 

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Zolkifli Mohd Dom berkata dalam serbuan itu seramai 22 individu termasuk lima pekerja pusat hiburan terbabit ditahan kerana positif dadah. 

Beliau berkata hasil siasatan mendapati dadah jenis methamphetamine dicampurkan ke dalam jus buah-buahan untuk diberikan kepada pelanggan. “Ada antara mereka mendakwa sedar ada dadah dalam jus mangga itu dan ada antaranya yang tidak tahu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini. 

Serbuan yang dijalankan antara 3.30 hingga 5.30 pagi itu melibatkan 39 anggota AADK serta tiga anggota polis bahagian
Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, katanya. 

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, 33 penagih berumur antara 19 dan 66 tahun ditahan di beberapa lokasi di Ipoh semalam. Kesemua mereka dibawa ke pejabat AADK Kinta untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. – Bernama

Mahathir Tidak Boleh DiPercaya Sampai KeUsus

Di mana-mana sahaja di seluruh negeri termasuk di laman maya rakyat Sabah mempersoalkan apa yang pernah dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan yang diketuai DAP membuat keputusan melantik beliau ke jawatan itu untuk sementara jika pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya. 


Perbincangan dalam kalangan rakyat marhaen itu ternyata mendedahkan pelbagai kelemahan Dr. Mahathir yang bermula daripada tindakannya menggunakan sistem penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun sehingga membantutkan pembangunan negeri kepada penarikan hak-hak negeri ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 


Masih lekat diingatan rakyat Sabah apabila pada tahun 1983 Dr. Mahathir membatalkan perundangan tentang hak eksklusif rakyat Sabah dalam pembekalan elektrik dan industri gas apabila diberikan kepada Persekutuan walaupun jelas terkandung di dalam MA63. 


Selain itu, pada tahun 1996 kuasa Imigresen yang ada pada kerajaan negeri cuba dihapuskan dengan alasan memberi keadilan kepada semua negeri tetapi berjaya dikekang selepas pemimpin-pemimpin negeri membantah keras langkah berkenaan. Pemimpin-pemimpin Sabah sendiri mengakui semasa zaman Dr. Mahathir, MA63 seolah-olah menjadi dokumen paling dirahsiakan sehingga tiada sesiapa yang berani bercakap tentang perkara itu secara terbuka kerana akan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa sebab.


Pada masa sama, dalam aspek pembangunan pula, rakyat Sabah hanya mampu melihat pelbagai mercu tanda kemajuan negara ditumpukan di Semenanjung oleh Dr. Mahathir. Persoalan mereka mudah, kenapa semua mercu tanda kemajuan negara itu tertumpu di sana sedangkan kebanyakan hasil bumi di Sabah sudah diambil oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir. 


Tidak layakkah Sabah diberikan lebih? Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau lebih peka kepada keperluan rakyat Sabah malah hak-hak negeri di dalam MA63 menjadi perbincangan terbuka apabila Najib berjanji akan memulangkan jika ada yang terambil di peringkat Pusat sebelum ini. Lebuh Raya Pan Borneo Sabah merupakan projek paling bernilai yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri ini dan akan siap pada 2021 serta pelbagai lagi peruntukan kepada Sabah demi memastikan kebajikan rakyat negeri ini sentiasa dibela. 


Seperti diakui Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad dalam program Seminar Memperkasa Kepimpinan Wanita UMNO hari ini bahawa pemerintahan Najib jauh lebih baik berbanding Mahathir kerana keikhlasan Perdana Menteri membantu rakyat Sabah. “Sipitang ini kawasan pedalaman tetapi sudah tiga kali Najib datang bukan macam Dr. Mahathir 22 tahun pegang jawatan itu tidak pernah langsung pijak tanah di sini. “Najib datang bukan sahaja untuk lancar Lebuh Raya Pan Borneo Sabah tetapi dia juga datang semasa karnival gasing, ini sukan rakyat pun dia boleh datang di sini,” katanya. 


Jika Pakatan Harapan menganggap Dr. Mahathir adalah pemegang kunci untuk mentadbir Putrajaya, mereka lupa bahawa beliaulah sebenarnya yang telah mengunci pintu kemajuan di Sabah selama 22 tahun. Justeru, layakkah beliau menjadi Perdana Menteri kepada rakyat Sabah? – Utusan

PPBM 50 Sudah Chow

Larut – Hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendorong 50 ahli PPBM Bahagian Larut meninggalkan parti berkenaan dan menyertai UMNO hari ini.
Kesemua ahli PPBM itu menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor dengan disaksikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Larut, Shafie Mohd. Khairy berkata, tindakan itu diambil kerana tidak lagi menyakini perjuangan parti tersebut dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya kaum Melayu.
Katanya, ini kerana parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu di dalam parti.
“Kami juga tidak lagi mempercayai kepimpinan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu yang mana pelantikannya dibuat kerana pengaruh DAP.
“Kami tidak mahu bersama parti yang menyokong DAP dimana jika pakatan memerintah negeri ini maka boneka Menteri Besar adalah daripada parti DAP,” katanya dalam sidang akhbar khas di Selama di sini hari ini. – Utusan