Mahathir DiPeralatkan Oleh DAP



Mahathir diperalatkan oleh DAP untuk jadi kuda tunggangan dan dalam pada masa yang sama, demi dendam Mahathir terhadap Najib untuk jatuhkan Najib dan kerajaan Barisan. Jadi kuda pon kudalah...jadi belaci pon belacilah...

Hew Kuan Yau, walau dipandang kurang serius oleh banyak pihak kerana imej kelakar beliau sebagai seorang Superman, sebenarnya bukanlah sebarang orang di dalam DAP.

Laman web rasmi DAP memuatkan pelbagai kenyataan Hew Kuan Yau di atas jawatan Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock, antara April ke Jun 2002. 

Beliau kemudiannya diumumkan oleh Ibu Pejabat DAP meletakkan jawatan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD dengan biaya penuh the Chinese University of Hong Kong (CUHK) dari Ogos 2002 ke Ogos 2005.

Semakan dengan CUHK menunjukkan memang benar Hew Kuan Yau menamatkan pelajaran peringkat PhD beliau di CUHK dengan menghasilkan kajian ke atas DAP bertajuk “”The Third Way” in Malaysia: Study of the Democratic Action Party” pada Julai 2005.

Setelah tular video Hew Kuan Yau menyeru Cina Sarawak mengundi calon Melayu DAP, khususnya Abdul Aziz Isa Marindo yang bertanding di DUN Batu Kitang, di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei 2016, beliau meletak jawatan dari DAP pada Julai 2016. Bagaimanapun, bila Hew Kuan Yau ditahan dan direman empat hari oleh pihak polis atas kesalahan menghina Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pada Mac 2017, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membela beliau.

Sebab itulah saya agak terkejut bila menonton video Hew Kuan Yau yang secara terbuka mendedahkan kepada orang-orang Cina mengenai betapa Tun Dr Mahathir sebenarnya hanyalah sekadar alat yang digunakan oleh Lim Kit Siang untuk mendapatkan kuasa.

Kata-kata Hew Kuan Yau yang diterjemahkan di dalam video itu ialah: “Mahathir ialah orang jahat. Saya tak pernah cakap Mahathir ialah orang baik. Mahathir macam Shek Kin. Kalau Shek Kin sudah mahu mati, takkan kita tak bagi kalau dia mahu pakat dengan kita? Mahathir memang jahat dari berdekad-dekad dulu. Ini pok kai memang banyak rasuah.

Mahathir sudah 92 tahun, Lim Kit Siang hanya umur 75 tahun. Sila fikir sendiri siapa guna siapa. Kit Siang hanya umur 75 tahun, Mahathir umur 92. Ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak lagi game. Siapa guna siapa? Sendiri tahulah.”

Terbaru, Hew Kuan Yau diumumkan di laman Facebook Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, akan berceramah bersama-sama beliau, Teo Nie Ching, Chew Peck Choo dan Wong Shu Qi di Kangkar Bahru, Kluang, pada 31 Mac ini sekali gus menggambarkan Hew Kuan Yau masih bersama DAP dan kata-kata Hew Kuan Yau adalah pendirian DAP.

Peliknya ialah kenapa video sepenting ini tidak menjadi tular, sehinggakan saya sendiri baru sahaja menyedarinya walaupun ia telah dikeluarkan pada April 2017 lagi, dan hanya mendapat 1,012 tontonan sahaja berbanding video melawakkan saya yang dikeluarkan oleh Kelab Che Det yang mendapat hampir 3 juta tontonan sebelum ia dibuang dari laman Facebook itu.

Nampaknya masyarakat kita jauh lebih sukakan perkara lawak berbanding perkara serius. Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM).



Kit Siang Tunjuk Muka Tak Tau Malu

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) ‘tidak tahu malu’ kerana tetap hadir mengikut persidangan walaupun sudah digantung enam bulan mulai semalam.

Katanya, tindakan Ketua Ahli Parlimen DAP itu jelas melanggar peraturan mesyuarat dewan kerana keputusan menggantung dibuat menerusi pungutan suara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Malah, Pandikar Amin menyifatkan perlakuan Kit Siang sebagai kes rujukan kerana pertama kali berlaku dalam sejarah Parlimen peraturan mesyuarat diingkari.

“Sepatutnya apabila kena gantung, tidak boleh hadir. Ini kes pertama (berlaku), tapi saya ada baca buku Speaker Parlimen British, Selwyn Lloyd, kalau ada Ahli Parlimen yang berdegil, ada pilihan (untuk dihukum) boleh juga ‘tutup sebelah mata’.

“Apa faedah saya suruh polis angkat dia (Kit Siang) keluar. Apabila keputusan sudah dibuat, Ahli Yang Berhormat harus beredar dan keluar supaya tidak ikut persidangan. “Tetapi mereka terlalu berani, dia ada lesen besar.

Apa pun dia boleh buat. Nak ‘ridicule’ (memperlekeh) Speaker, nak maki Speaker dia boleh kerana dia wakil rakyat bukan? “Ya, pembangkang ada lesen besar. (Bagi mereka) semua orang salah, mereka saja yang betul, jadi tidak apalah,”

katanya kepada media selepas melancarkan buku biografi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) berjudul ‘Mahdzir Khalid: Semua Kita Serupa’ di Parlimen, hari ini. Pandikar Amin mengulas tindakan Kit Siang yang terus berada dalam Dewan Rakyat sehingga menimbulkan persoalan mengenai status sebenar wakil rakyat itu dalam dewan.

Sementara itu, Mahdzir berkata, rakyat perlu menolak Kit Siang dan parti diwakilinya kerana menonjolkan sikap degil dan angkuh di Dewan Rakyat. “Bayangkan kalau jadi kerajaan, saya tidak fikir mereka akan bertolak-ansur dengan semua perkara. Memang patut kena tolak dan sesiapa yang pergi kalau ikut parti dibawa Kit Siang, kena tolak,” katanya.

Mukhriz Dan Proton Punca Dendam Mahathir

Pendedahan dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir yang menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana didorong dendam ekoran permintaan peribadinya ditolak Najib, seharusnya diberikan perhatian serius.

Antaranya, Ismail menyebut Najib menolak permintaan Mahathir untuk menswastakan MAS kepada seorang rakannya, lesen judi sukan rakan Mahathir diberi kelulusan dan berbilion diberikan sebagai bantuan kepada Proton.

Mari kita lihat satu lagi kejadian yang kemudiannya disusuli dengan pengumuman popular pada Ogos 2014 di mana Mahathir tidak lagi mahu menyokong Najib. Saya yakin apa yang berlaku dalam tempoh 10 bulan sangat kritikal untuk mendorong Mahathir menentang Najib walau apa sekalipun, yang kemudiannya mencetus kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan pencalonan Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi.

Pada September 2013, anak Mahathir, Mukhriz mengenepikan saranan untuk mengekalkan status quo bagi jawatan tiga naib presiden UMNO, sebaliknya memilih untuk bertanding sama, biarpun sebelum itu Mukhriz tewas teruk bagi pertandingan jawatan ketua Pemuda Umno pada 2008.

Seperti dijangkakan, Mukhriz kalah sekali lagi bagi jawatan naib presiden ketika keputusan diumumkan pada 21 Oktober 2013. Mahathir sangat ketara, berang dengan kekalahan anaknya dan menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz dan menuduh Najib menyokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menewaskan Mukhriz bagi jawatan terakhir naib presiden. 

Sebuah media asing turut memetik kemarahan Mahathir: “Kami diberitahu mereka telah menghapuskan politik wang ketika pemilihan Umno baru-baru ini, namun saya tidak yakin,” kata Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya. Biarpun beliau tidak menyebut nama Najib secara spesifik, beliau berkata: “Saya rasa terdapat banyak penglibatan wang, melibatkan jutaan ringgit, dan ramai yang tidak sepatutnya menerima undi memperolehinya kerana wang yang dibelanjakan.” 

Biarpun Mukhriz secara terbuka menyatakan dia mahu dilantik oleh presiden sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namanya tidak disenaraikan pada pengumuman 30 November 2013. Najib yakin Mukhriz yang baharu sahaja diberikan jawatan menteri besar Kedah memerlukan lebih banyak pengalaman dan membuktikan dirinya sebelum mendaki tangga kepimpinan parti. Lagipun, Mukhriz akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi berikutan jawatan menteri besar disandangnya, oleh itu, dia tidak memerlukan jawatan yang sama melalui lantikan.

Saya yakin Mahathir tidak akan gembira dengan apa yang berlaku di mana beliau menyatakan berulangkali “mereka terhutang budi kepada saya” dan yakin bahawa beliau adalah individu yang menaikkan Najib sebagai presiden kerana Najib adalah anak kepada Tun Abdul Razak, dan ‘budi’ yang sama perlu dikembalikan kepada Mukhriz.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan ketika hari pertama Perhimpunan Agung UMNO pada 2 Disember 2013, Mahathir membuat pengumuman bahawa beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas. Beliau memberi alasan usia 88 tahun adalah terlalu uzur dan doktor turut menasihatkannya untuk mengundur diri atas faktor kesihatan.

Berikutan apa yang berlaku dan bila ia berlaku, ramai yang tidak mudah diperbodohkan dengan cubaan secara terbuka Mahathir untuk menunjukkan rasa tidak puashati terhadap Najib atas kekalahan anaknya, Mukhriz. Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan perletakan jawatan Mahathir sebagai penasihat Petronas: “Perletakan jawatan Mahathir, bagaimanapun, hadir ekoran hubungan dengan Perdana Menteri, Najib Razak semakin tegang beberapa bulan lalu, lebih-lebih lagi dengan keengganan Najib untuk memberi sokongan kepada anak Mahathir bagi jawatan penting dalam UMNO.

Lembaga Pengarah Petronas melapor terus kepada perdana menteri.” Di sebalik alasan kurang sihat dan faktor usia untuk menjadi penasihat Petronas, Mahathir kemudiannya mengambil jawatan pengerusi Proton Berhad, lima bulan selepas itu pada Mei 2014. Ramai yang tahu, Mahathir menganggap Proton bagai anaknya sendiri.

Proton sudah mengalami kerugian sejak DRB-Hicom, yang dimiliki rakan lamanya, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih syarikat itu dua tahun lalu. Berikutan ambil alih itu, Proton tidak lagi milik kerajaan dan menjadi milik 100 peratus syarikat persendirian. Proton berdepan masalah dan ia turut menjadi beban kepada kumpulan DRB-Hicom.

Beberapa tahun sebelum Mahathir dilantik sebagai pengerusi, kerajaan telah menolak beberapa permohonan dari Proton berjumlah berbilion ringgit sebagai bantuan kerana ia adalah sebuah syarikat persendirian. Adalah menjadi pengetahuan umum, perlantikan Mahathir sebagai pengerusi Proton adalah sebagai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyalurkan bantuan berbentuk geran percuma RM3 bilion kepada Proton sebagai bantuan.

“Dengan Dr M di Proton, Putrajaya tidak boleh katakan tidak untuk wang yang diminta,” kata satu laporan. “Perlantikan Dr Mahathir berusia 88 tahun itu sebagai pengerusi Proton akan memperkukuhkan kedudukan Proton terhadap kerajaan.

Menurut beberapa individu, Mahathir kecewa ekoran keengganan Petroliam Nasional Berhad dan kerajaan untuk memberi dana RM3 bilion bagi pelan transformasi Proton dan ini menyebabkan beliau memilih untuk memainkan peranan dalam syarikat pembuat kereta nasional itu,” kata laporan The Edge ketika itu.

Mahathir sendiri berulangkali berkata Proton berhak menerima geran berkenaan dari kerajaan kerana ‘Proton memang berhak.’ Bagaimanapun, kerajaan masih menolak permohonan itu yang turut menyebabkan Mahathir menulis mengenai keputusannya untuk tidak lagi menyokong Najib melalui satu tulisan pada 18 Ogos 2014.

 Alasan diberikan ialah rasa tidak puashatinya terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan ISA, menyalurkan BR1M, melaksanakan gaji minimum dan menuduh Najib mengutamakan produk import berbanding barangan tempatan yang dipercayai merujuk kepada Proton. Tiada langsung disebut mengenai RM2.6 bilion atau 1MDB ketika pengumuman itu ditulis.

Ironinya, sebagaimana manifesto Pakatan bagi Pilihanraya Umum ke-14, Mahathir kini membuat pusingan-U bagi kebanyakan rasa tidak puashatinya dengan menyatakan BR1M akan diteruskan dan menaikkan gaji minimum sebanyak 50 peratus kepada RM1,500 sebulan. Sebelum ini, Mahathir telah menulis bahawa kerajaan yang melaksanakan gaji minimum RM900 sebulan pada tahun 2011 akan menyebabkan inflasi teruk, perniagaan akan lingkup dan mengurangkan daya saing Malaysia.

Tetapi kini, manifesto diumumkan beliau mahu menaikkan kadar itu kepada RM1,500 sebulan. Secara ringkasnya, Mahathir sudah tentu merasa sangat kecewa dan egonya terluka akibat layanan diberikan terhadap dua anaknya, Mukhriz dan Proton sepanjang 10 bulan itu. Mahathir sudah tentu menyalahkan Najib dan kekecewaan ini diterjemahkan melalui kemarahan dan keinginan untuk membalas dendam.

Pada awalnya, Mahathir mengorak langkah dan cuba untuk mengguling Najib melalui pengaruh dalam parti namun gagal. Ini termasuk menggunakan isu RM2.6 bilion dan siasatan 1MDB. Dua bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin memberitahu ahli Majlis Tertinggi UMNO bahawa sememangnya wujud konspirasi untuk menggulingkan Najib tetapi beliau mendakwa tidak terlibat.

Muhyiddin turut merujuk kepada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dan berkata beliau tidak mempunyai masalah terhadap dana berkenaan kerana ia sememangnya adalah amalan dari dahulu lagi di mana wujud satu akaun khas bagi presiden UMNO. Sehingga kini, Muhyiddin enggan mengesahkan atau menafikan apa yang dikatakan itu biarpun wujud satu rakaman audio pengakuannya yang sudah disebarkan dua tahun lalu.

Selepas berusaha lebih dua tahun dan masih gagal menggulingkan Najib ketika Mahathir masih lagi dalam UMNO, Mahathir kemudian meninggalkan UMNO untuk bekerjasama dengan Pakatan termasuk musuh utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Ramai pemimpin DAP berulangkali menyatakan mereka hanya menggunakan Mahathir dan Mahathir tidak kisah dipergunakan asalkan matlamat utamanya tercapai, iaitu membalas dendam.

 Anda juga mungkin terfikir apakah konsesi yang diberikan Mahathir kepada DAP serta PKR untuk menyatakan persetujuan bekerjasama. Ini juga menjelaskan mengapa Mahathir membuat banyak pusingan-U terhadap prinsip yang dilaungkan sebelum ini termasuk mengenai Anwar, ISA, gaji minimum, GST, DAP, mengawal media dan sebagainya.

Beliau hanya menggunakan apa sahaja cara yang boleh, bercakap apa dikehendakinya serta sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai hasrat untuk membalas dendam. Dan ini sangat ketara ketika pelancaran manifesto Pakatan bagi PRU14, di mana 45 minit dihabiskan Mahathir untuk menyebut nama Najib beratus kali dan hanya beberapa kali sahaja menyebut tentang manifesto berkenaan. 

Sebagai peneraju Pakatan Harapan dan calon perdana menteri, Mahathir sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat betapa hebatnya manifesto mereka, apa manifesto mereka yang boleh selesaikan, bagaimana rakyat mendapat manfaat dan apa visinya untuk negara ini. Sebaliknya, beliau menggunakan platform itu untuk menyerang secara peribadi terhadap Najib ekoran dendam menggunungnya.

Apapun, saya tidak tahu sama ada Mahathir sedar apa yang termaktub dalam manifesto mereka. Bukannya beliau tidak peduli tetapi dendam kesumatnya melangkaui segala-galanya, termasuk masa depan negaranya.

Dera Pembantu Rumah Dihukum Penjara 8 Tahun

Dera Pembantu Rumah, ‘Datin’ Rozita Dihukum Penjara 8 Tahun

March 29, 2018 SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara terhadap seorang suri rumah yang mengaku bersalah mencederakan pembantu rumahnya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Rozita Mohamad Ali, 44, selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini. Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan bermula hari ini dan menolak permohonan penangguhan pelaksanaan.

Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Petaling Jaya mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun ke atas Rozita, dan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, permohonan semakan semula hukuman dibuat Jabatan Peguam Negara terhadapnya.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad manakala responden diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Pada 21 Mac lalu, Rozita gagal hadir ke mahkamah dan pihak pendakwaan diberi tempoh seminggu untuk mencarinya.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, di sini antara jam 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda Ditemui sebelum prosiding bermula, wanita itu mengesahkan tidak mempunyai gelaran termasuk Datin seperti dilaporkan sebelum ini. – BH

RUU Paling Ditakuti Oleh Setiap Penfitnah

Penulis blog akui tidak arif dalam undang-undang, apatah lagi untuk memberi kritikan atau hendak menyokong. Akan tetapi setelah dihalusi dari pemikiran, terlihat dan faham bab dan perkara-perkara yang termaktub dalam satu-satu undang-undang ternyata wajar dan tepat. Ianya memberi kebaikan untuk umum dalam sebuah yang cintakan keamanan
Cuma Rang undang-undang RUU ini paling dibenci dan tidak disukai oleh seluruh kaki-kaki penfitnah. Yang datangnya khusus dari kereka-mereka yang benci kepada kerajaan yang memerintah. Mereka mengatakan menyekat kebebasan untuk mengkritik kerajaan. Tidak ada sebab kerajaan tidak boleh dikritik atau ditentang melalui undang-undang di mahkamah.

Untuk tujuan itu, biarlah ada bukti dan fakta. Malangnya setelah satu-satu isu itu telah diputuskan oleh mahkamah tetapi tidak berpihak kepada pengkritik atau pembangkang. Mereka akan terus memainkankan lagi isu yang berkenaan sehingga "mulut-mulut pembangkang dan pencacai ini sudah tumbuh lumut-lumut hijau" namun mereka tidak sedar semua itu. Terus menerus menghentam.

Jadi dengan wujudnya rang Undang-undang RUU kelak, mereka akan sedar dan jadi takut. Kerana hukuman jika bersabait dengan kesalahan "jawabnya makan tak habis. sila baca Jangan tuduh sembarangan RUU tujuan politik dan berpehak pada kerajaan

Dibawah ini disertakan rakaman video komen Mahathir dalam temuramah dengan wartawan dilogi Parlimen. diakhir kata-kata Mahathir itu secara tak lansung dijawabnya sendiri tuduhan itu yang datang dari mulutnya sendiri KAH...KAH...KAH NAK TERGELAK KAK CHAH

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Rang Undang-Undang Akta Antiberita Tidak Benar yang telah dibentang di parlimen tempoh hari bersifat berat sebelah dan bertujuan untuk melindungi kerajaan. 

Beliau mendakwa undang-undang tersebut diadakan atas tujuan politik dan semata-mata bagi memberikan kuasa kepada kerajaan untuk menahan mana-mana pihak yang dilihat mengkritik kerajaan. Menurut beliau, perkara tersebut jelas terbukti apabila keputusan sama ada sesuatu berita itu palsu ataupun tidak terletak ditangan pihak pendakwa raya. 

“Mereka keliru dan tidak tahu apa sebenarnya tujuan Rang Undang-undang ini selain daripada untuk memberikan kerajaan kuasa untuk menahan pengkritik kerajaan. “Sebaliknya kalau kita membuat kenyataan yang benar tetapi dinafikan oleh kerajaan maka tidak ada tindakan yang akan diambil kerana keputusan untuk mengambil tindakan terpulang kepada pendakwa raya. 

“Kalau pendakwa raya berpendapat bahawa ini bukan berita tidak benar, maka tak ada tindakan dan ini kita sudah lihat pendakwa raya menolak laporan tiga pihak institusi kerajaan iaitu Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak dibawa ke mahkamah,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Selasa. 

Turut mengiringi beliau pada petang itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai. Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar yang telah dibentangkan antara lain memberi peruntukan denda maksimum sehingga RM500, 000 dan penjara 10 tahun kepada mana-mana individu yang telah disabitkan bersalah. RUU tersebut, jika kesalahan berterusan selepas seseorang disabit bersalah, denda selanjutnya adalah sebanyak RM3000 begi setiap hari kesalahan itu berterusan.



Kantoi Mahathir mengakui Manifesto Pakatan Tidak Boleh Pakai

KANTOI… Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui pernah menasihatkan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan manifesto mereka sendiri terutama dalam isu penghapusan tol lebuh raya. Menerusi satu wawancara eksklusif dengan akhbar mingguan The Sunday Times dari Singapura, beliau mengakui bahawa “ada ketika kita tidak mungkin mampu memenuhi segala janji yang ditawarkan dalam manifestor tersebut.

“Parti kami malah rakan gabungan kami, anda tahu mereka amat berjiwa sosialistik, mereka suka memberi apa yang diminta rakyat. Saya beritahu mereka ada tidak boleh dilaksanakan termasuk mahu memansuhkan tol lebuh raya.

“Saya kata, beginilah, kita perlu selenggara jalan terbabit. Anda juga perlu bina banyak jalan raya. Dari mana dapat duit jika kamu cuba selenggara jalan ini? Namun mereka mahu populariti dan suka berjanji sesuatu,” kata beliau. Mahathir yang bakal berusia 93 tahun itu merujuk manifesto blok pembangkang tersebut pada 8 Mac lalu yang antara lain menjanjikan konon penghapusan kutipan tol lebuh raya serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau yang juga Pengerusi PH tidak diiktiraf pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu turut ditanya adakah berasa janggal berada dalam pakatan pelik berkenaan dan Pengerusi PPBM tersebut menjawab: Ya, ia amat janggal!

“Mereka inilah pernah gelar saya pelbagai nama buruk dan saya juga pernah kutuk mereka dengan gelaran tertentu – tetapi kini bekerja dengan saya,” dalih Mahathir sambil menambah, mereka sendiri memilihnya menjadi pemimpin. Untuk rekod, sepanjang 22 tahun memerintah negara ini, pembangkang pernah melabel dirinya sebagai diktator zalim maha Firaun manakala Mahathir menyelar mereka sebagai rasis cauvinis anti-Melayu dan anti-Islam.

“Ia memang pelik diterima mereka, namun anda dapat lihat saya serasi dengan mereka,” kata Mahathir merujuk pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dan keluarganya pun mengambil masa lama untuk bersetuju kerja dengan beliau. “Ia amat susah untuk dia pada mulanya menerima saya sebagai pengerusi PH, dan kemudian nama saya turut naik sebagai calon perdana menteri jika menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 menewaskan Barisan Nasional (BN).

“Ia memakan banyak masa kepada dia untuk memutuskan namun dia kemudian sedar dan ada orang memberitahu dia bahawa tiada cara lain untuk anda letak sesiapa lagi bagi memenangi sokongan pengundi majoriti Melayu. “Walau apapun perbezaan kami pada masa lepas, kami telah belajar untuk melupakannya meskipun ada kala ia boleh turun dan naik, tetapi secara umumnya dia menerimanya,” kata Mahathir mengulas sikap terbaharu Anwar.

Bagaimanapun Mahathir mendedahkan bahawa cabaran terbesar beliau ketika ini ialah untuk menjelaskan kepada ‘akar umbi’ UMNO kenapa dirinya tiba-tiba berubah buat pusingan U dengan menyertai pakatan pembangkang. “Mereka mungkin tidak faham.

Misalnya saya pernah kutuk DAP namun kini bersama DAP. Saya boleh jelaskan tetapi pengikut tegar UMNO tidak boleh terima DAP,” kata Mahathir yang menilai peluang PH masih agak samar. Lebih lucu, beliau menyifatkan hasrat PH untuk menang PRU hanya 50-50.

Jelas Mahathir, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal ditewaskan, Pengerusi BN itu tidak mungkin dapat dikalahkan lagi selepas ini! “Jika Najib menang, dia akan menjadi lebih kuat. Jadi inilah sahaja peluang terakhir kami untuk mengalahkannya.

Jika kami kalah pada PRU ini, maka tiada lagi masa depan kepada pembangkang,” terang Mahathir. Mengulas kerusi manakah akan ditandinginya, Mahathir mendakwa belum terlintas dalam fikirannya. Beliau pernah bertanding di Kubang Pasu dan dikatakan bakal menjadi calon di Putrajaya, bandar yang diwujudkanya dahulu.

“Saya tidak mungkin kalah. Saya perlu pilih kerusi terbaik untuk saya menang,” kata beliau menambah Johor akan menjadi medan pertempuran terbaik PH untuk menang namun sukar ditembusi apatah lagi menawan negeri itu. Mahathir bagaimanapun menjelaskan bahawa jika blok tersebut kalah dalam PRU pada kali ini, mereka perlu terbuka menerimanya tetapi mengeluh: “Saya tentunya akan berasa amat sedih.” – *Video parodi satira di bawah sekadar bahan jenaka…



Pemimpin Selangor Dapat Undi Rakyat Kendong Baldi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan peneroka Felda di negara ini bakal berhadapan dengan masalah untuk memasarkan hasil minyak sawit sekaligus meninggalkan kesan kepada ekonomi negara jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. 

Ini kerana pembangkang menyatakan akan membatalkan segala kontrak perjanjian dengan negara China sekiranya parti itu menang pada PRU itu. "Kerajaan mengamalkan dasar hubungan baik dengan kuasa-kuasa ekonomi besar dunia termasuk China dan India serta negara-negara lain kerana mereka akan membeli minyak kelapa sawit yang dikeluarkan oleh peneroka Felda di negara ini. 

"Cuba bayangkan kalau mereka batalkan perjanjian itu, hubungan antara dua negara akan menjadi keruh...kalau keruh minyak sawit ini tidak laku dan tidak boleh jual, yang susah bukan mereka (pembangkang), tetapi peneroka Felda sendiri.

 "Jangan jadi macam Selangor, pemimpin mereka dapat undi, tetapi rakyat dapat baldi kerana kegagalan kerajaannya untuk menguruskan soal air, " kata Najib ketika berucap di Majlis Ramah Mesra di Parlimen Paya Besar di Felda Lepar Hilir 1 Paya Besar Pahang Sabtu malam.

Bernama melaporkan turut hadir di majlis itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah. Mengikut rekod, selain India dan Kesatuan Eropah, China merupakan antara negara terbesar yang membeli minyak sawit dari Malaysia.

Sehubungan itu beliau meminta supaya peneroka Felda yang menjadi penyokong kuat kerajaan BN selama ini membuat pilihan yang tepat pada PRU14. Menurutnya hasil hubungan diplomatik yang erat kerajaan dengan negara-negara termasuk Arab Saudi dan China ini telah membuka banyak ruang ekonomi dan faedah untuk rakyat termasuk menerusi (eksport) hasil pertanian dan (peruntukan) tambahan kuota haji.

Dalam pada itu, Najib turut menzahirkan komitmen untuk terus menjalankan agenda pembangunan di kawasan luar bandar. Beliau berkata, "Sesetengah tempat lain kehidupan mereka lebih mewah dari sini, ada tempat itu mereka mendapat segala kemudahan tetapi tidak sekuat mana menyokong kerajaan BN, tetapi tempat seperti ini (Paya Besar) tetap kuat menyokong kita.

"Sebab itu kerajaan tidak akan lupakan agenda pembangunan di luar bandar supaya mereka seiring dengan pembangunan di bandar, namun agenda di bandar tetap perlu diteruskan kerana kita perlu untuk mengembangkan ekonomi. "Apabila ekonomi berkembang, hasil negara akan bertambah dan kita dapat mengagihkannya ke luar bandar, " katanya. Dalam majlis tersebut,

Najib juga mengumumkan bahawa Felda kini dalam penelitian akhir untuk menggagihkan lot tanah kepada generasi kedua dan ketiga bagi membolehkan mereka mendirikan rumah di tanah milik ibu bapa mereka. "Kita akan mula agih tanah lot ini yang dijangka dapat dimulakan pada 1 April dan dibuat dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)," katanya.

Selain itu, Najib mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM4 juta untuk pembinaan masjid Lepar Hilir, pemasangan lampu jalan di laluan masuk Felda Bukit Sagu (RM2 juta) dan pembesaran laluan masuk ke Felda Hilir Lepar 1 melalui Pulau Manis yang dianggap jalan maut (RM4 juta) serta pemasangan lampu jalan ke Felda Panching.

Perdana Menteri turut menunaikan hasrat beliau untuk mengadakan majlis tahlil kepada dua pemimpin UMNO Paya Besar iaitu Ketua Bahagian, Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang meninggal dunia pada 12 Feb lalu dan ADUN Lepar, Datuk Mohd Shohaimi yang meninggal dunia pada 31 Dis lalu. Majlis itu diketuai Kadi Daerah Maran, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah. "Ini sebagai menghargai sumbangan, jasa dan budi mereka kepada kita. Kita juga akan meneruskan perjuangan mereka," katanya.-

Mahathir Dicabar Buat Terjah, Ada Beranikah?


Mahathir dicabar buat terjah. Ada beranikah? Tidak perlu tunggu surat undangan, boleh datang bila2 masa sahaja disetiap tempat dan negeri diMalaysia ini dalam acara 'Roadshow' oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda.

Peluang ini wajib bagi Mahathir mengambil kesempatan, jangan biar berlalu sehingga tibanya PRU14 nanti terlepas begitu sahaja. Ayuh Mahathir buktikan kehebatan anda. Anda adalah individu yang memulakan kes 1MDB ini diselewengkan oleh pentabiran kerajaan Malaysia khususnya kepada Najib sasaran anda yang utama. Jadi 'Roadshow' oleh Ketua Eksekutif (CEO) syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terpaksa menjelajah keseluruh negara bagi tujuan untuk menerangkan kepada umum bahawa segala tuduhan anda adalah palsu dan lebih tepat lagi adalah fitnah semata2.

Mahathir boleh berdebat secara terbuka dan disaksikan oleh semua didalam roadshow keseluruh negara Malaysia. Bawalah seberapa banyak bukti yang anda ada untuk menguatkan tuduhan anda itu benar berfakta tapi buka dengan auta.

Rakyat semua akan menjadi saksi atas segala kebenaran dari pihak andakah atau dari pihak kerajaan Malaysia khususnya kepada Najib. Kalau benar anda jaguh rakyat, jaguh dalam mentadbir urusan negara inilah peluang keemasan yang perlu anda ambil.

Segala hujah anda kalau tidak boleh dan tidak dapat disangkal oleh Arul Kanda, bererti anda telah dapat kemenangan terlalu besar sebelum PRU14 tiba dan sudah pasti anda dapat title buat kata isteri anda Datin Hasmah "orang Kedah kata ada dua kali (2x) Ayuh Mahathir cepat sebelum masa berlalu, jika mahu jadi PM pada 2x...!!! Dalam wacana bersama yang dianjurkan akhbar sinar harian, anda telah buat terjah yang sudah dirancang...

KETUA Pegawai Eksekutif (CE0) syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda ketika ini sedang melakukan siri `Roadshow' bagi memberikan taklimat dan menjawab pelbagai soalan 1MDB.


Alangkah menariknya jika ketika program itu diadakan, pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad boleh membuat kejutan dengan hadir ke program tersebut. Mahathir boleh datang tanpa jemputan pada majlis penerangan oleh Arul Kanda ini dengan membawa bersama-sama bukti dan tuduhannya terhadap 1MDB.

Mahathir boleh cakap `depan-depan' dengan Arul. Ini kerana pada program yang diterjah oleh Mahathir iaitu Wacana Sinar Harian bertajuk, `Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?', yang bertujuan untuk membincangkan mengenai umur dan kemampuannya untuk menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun, ia lebih berbaur kepada menyanjunginya.

Jika Mahathir boleh melakukannya pada forum itu, maka boleh beliau melakukan perkara sama pada program taklimat mengenai 1MDB oleh Arul. Mahathir boleh bertekak atau mempersoalkan jawapan Arul dan beliau boleh tunjukkan sekali bukti-bukti yang diperkatakan mengenai 1MDB selama ini. Bila sudah bertemu,

Mahathir tidak perlu lagi menggunakan alasan `saya dengar' atau `saya diberitahu' tatkala beliau menyerang 1MDB ataupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain itu, nyatakan sekali apakah tuduhan khusus terhadap Perdana Menteri berkenaan 1MDB yang boleh dibawa ke mahkamah.

Masalahnya selama ini pihak yang dituduh pula diminta mengemukakan bukti sedang mereka yang menuduh gagal membawa sebarang fakta, sebaliknya lebih bersandarkan spekulasi. Kisah 1MDB telah diolah dan dimainkan secara persepsi oleh pihak Mahathir seolah olah amat mudah untuk wang beralih tangan.

Bagi yang tidak tahu tentang urusan korporat sudah tentu akan mempercayainya dengan mudah. Seperti kata Arul Kanda, kesilapan membuat keputusan korporat ( bad corporate decision ) sememangnya ada tapi itu bukan satu jenayah. Cuba lihat kepada Proton, ia tersilap dalam urusannya selama 30 tahun dan sentiasa meminta bantuan dari kerajaan sehingga RM13 billion perlu disalurkan untuk membela Proton.

Hanya menerusi isu 1MDB, ia dijadikan alat sabotaj oleh Mahathir untuk menjatuhkan Najib kerana beliau enggan menjadi `Pak turut' kepada Mahathir. Dalam hal ini, eloklah jika Mahathir dapat menghadirkan diri pada sesi penerangan mengenai 1MDB ini. Ia tentunya menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu ramai.

1MDB Cerita Rekaan Mahathir Untuk Jatuhkan Najib

Dalam satu sidang media di parlimen akhirnya Mahathir mengakui bahawa pihak pembangkang di negara ini menggunakan bantuan media asing untuk memainkan isu isu persepsi tentang 1MDB. Akhirnya sudah terbongkar siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang diperolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan tentang 1MDB di luar negara.

Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan dalam satu posting bahawa Mahathir ada bertemu Justo untuk mengambil dokumen. SSTDM menulis “Kalau Untuk Pengesahan Apa Salah nya … takkan nak terima saja Tanpa Dokumen Pengesahan Melalui Perjumpaan empat mata …”.

Pada tahun 2015 lagi, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama polis Thailand telah menyiasat bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo. Dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat bahawa gerakan mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dibuat menerusi pengubah suaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi. 

Dalam transkrip perbualan Whatsapp telefon Justo turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pembangkang, orang kanan Mahathir dan Claire Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report yang berkonspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan mengunakan dokumen palsu itu.

Dalam satu temubual dengan News Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Mahathir sebagai salah seorang yang terlibat. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk ambil dokumen tetapi akhirnya tidak membayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.

Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire Brown berkata mahu raikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak. Malah Claire Brown telah berjumpa dengan Mahathir selepas itu. Bergambar sekali lagi. Bukan sekali jumpa tetapi berkali kali termasuklah di London semasa Hari Raya Puasa tahun lepas.

Dengan pengakuan Mahathir pada dua hari lepas itu, ianya mengesahkan segalanya, siapa dalang terbesar yang mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi. Mahu gunakan isu 1MDB sebagai isu politik bagi tumbangkan kerajaan. 1MDB bukanlah isu pun. Duit RM42 billion yang didakwa Mahathir sebagai hilang tidak pun hilang.

Kapal layar, lukisan dan kapal terbang yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar. Termasuklah dakwaan kononnya ada RM430 juta duit 1MDB di Switzerland, juga tidak benar bila sudah dua kali ditolak oleh parlimen Switzerland.

Semua ini cerita rekaan kerana dokumen dan sumber yang diguna untuk tumbangkan Najib itu adalah semata mata berdasarkan dokumen yang diubah suai oleh Sarawak Report semata mata. Malah portal Malaysian Insider pun sudah tutup bila pendedahan Justo ini dibuat.

Syed Saddiq juga sudah bocorkan rahsia bahawa Mahathir sudah beri AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk bayar pihak media asing untuk kempen propaganda jatuhkan kerajaan. Sebelum ini pada 10 April 2016, Mahathir dalam satu temubual dengan The Weekend Australian turut menjemput campur tangan asing di Malaysia.

Jadi apa yang Wan Saiful Wan Jan, yang baru dua tiga hari masuk PPBM dedahkan tentang campurtangan asing menerusi Cambridge Analytica akhirnya terkena ke atas batang hidung anak Mahathir sendiri. Puas Mukhriz bersilat menafikan, tetapi akhirnya peluru yang ditembak oleh Wan Jan itu makan diri sendiri bila Azrin Zizal, bekas pegawai media Mukhriz mendedahkan cerita yang sebenar.

Ramai sudah keluar parti PPBM kerana tahu agenda peribadi Mahathir ini. Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun. Mahathir sebenarnya yang tidak berpuashati bila kroninya tidak lagi mendapat berbillion ringgit menerusi IPP. Kerana hendak anak sendiri jadi Perdana Menteri, kerana agenda kroni,

Mahathir sudah jadi pengkhianat bangsa dan negara sendiri. Undang campur tangan asing untuk jatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini. Malaysia belum lagi dijajah oleh China seperti yang didakwa pembangkang. Yang terjajah dan tergadai adalah pembangkang Malaysia. Mereka sudah tergadai kepada tangan tangan asing.

Rakyat Malaysia Tanggung Hutang Peninggalan Mahathir RM200 Billion

Mahathir membandingkan hutang zaman beliau dan sekarang. Mengikut blognya, apabila beliau berhenti kerajaan ada hutang sebanyak RM185 bilion. Sekarang hutang kerajaan RM666 bilion. 

Mahathir buat apa hutang sebanyak itu? KLCC dibina guna duit Petronas, Putrajaya duit Petronas, LRT projek penswastaan, monorail duit swasta, lebuh raya duit swasta. Hampir kesemua projek besar kerajaan Mahathir bercorak konsesi termasuk Putrajaya.

Mahathir membina legasi dengan memaksa kerajaan hari ini membayarnya. Syarikat-syarikat kerajaan seperti TNB, MAS dan banyak lagi telah diswastakan (dijual) yang bermakna kerajaan dapat duit.

Penyediaan janakuasa juga diswastakan dengan tujuan kerajaan tidak perlu berhutang dan kroni makan besar. Gaji kakitangan kerajaan tidak dinaikkan kerana elak beban kewangan kerajaan. Jadi RM185 bilion hutang zaman Mahathir tu untuk apa?

Zaman sekarang kita tahu kerajaan bina infrastruktur mega seperti LRT fasa 3, MRT, ECRL, Pan Borneo guna wang pinjaman. Kerajaan juga terpaksa subisidi berbilion ringgit kepada konsesi lebuh raya dan IPP setiap tahun sejak Tun Mahathir bersara.

Jumlah kakitangan keselamatan, kesihatan, pendidikan bertambah berkali ganda dari zaman Mahathir. Gaji kakitangan awam dinaikkan supaya sesuai dengan tuntutan zaman. Tidak ada lagi kakitangan awam yang tinggal di setinggan seperti zaman Mahathir. Hospital, sekolah, lapangan terbang dan empangan bertambah berkali ganda.

Sebahagian hutang negara hari ini juga kerana menanggung masalah tinggalan Mahathir seperti perjanjian berat sebelah konsesi Tol dan IPP. Kerajaan juga terpaksa menyelamat syarikat tenat tinggalan Mahathir seperti MAS dan LRT. Kita juga mewarisi hutang Mahathir hampir RM200 bilion.

Helah DAP Pecah Belahkan Melayu

Strategi pecah dan perintah digunakan oleh British semasa menguasai Tanah Melayu. Ianya diambil dari Bahasa Latin, divide et impera memecahkan struktur kepada kelompok yang lebih kecil bagi mendapatkan atau menakluk sesuatu kawasan.

Strategi ini pernah digunakan oleh Caesar semasa mengembangkan empayar Rom. Bagi situasi politik negara ini, boleh dilihat taktik yang sama digunakan oleh DAP untuk memecah belahkan dua parti Melayu yang kuat iaitu UMNO dan PAS.

Musuh DAP sejak azali iaitu UMNO kerana jika mengikut sejarah, DAP adalah antara parti yang tidak menyertai Barisan Nasional selepas pilihan raya tahun 1969 sedangkan parti pembangkang lain seperti PAS, Gerakan dan PPP bersama-sama Kerajaan.

Walaupun DAP pernah bekerja sama dengan PAS sebanyak 2 kali iaitu semasa Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Dalam kedua-dua pakatan ini (BA dan PR), DAP tahu bahawa PAS bukanlah parti yang mampu mereka kuasai.

Kekuatan akar umbi PAS merupakan penghalang kepada cita-cita DAP. Jadi, bagaimana mahu tewaskan kedua-dua parti Melayu ini? Pecah belahkan mereka. Perpecahan dalam UMNO sehingga tertubuhnya PPBM merupakan kelebihan bagi DAP.

Kepimpinan Amanah pula telah diketahui umum bahawa mereka hanyalah barua dan broker DAP selama mereka dalam PAS. Sesuatu yang tidak boleh dikalahkan secara berdepan, boleh dirosakkan dari dalam. Hasilnya, pengundi Melayu akan berpecah kepada tiga kelompok. Kuasa mengundi kaum Melayu telah dilemahkan.

Manakala, pengundi kaum Cina tetap menyokong penuh DAP dan sekutunya. Adakah ini beri kelebihan kepada kaum Melayu? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh pengundi kaum Melayu itu sendiri.

Kenyataan Budak Hingusan Dalam Pakatan

Tindakan Pakatan Harapan diketuai DAP yang ‘mengugut’ mahu memecat pegawai tinggi kerajaan dalam tempoh 30 hari pertama jika pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilihat bakal meruntuhkan struktur pentadbiran negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, tindakan Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu boleh dianggap sebagai suatu bentuk ancaman kepada jawatan pegawai tertinggi kerajaan.

Katanya, proses pelantikan pegawai tertinggi kerajaan bukanlah sebuah proses yang mudah kerana perlu mengikuti kaedah saringan ketat sehingga akhirnya dilantik ke jawatan tersebut. “Kenyataan Mukhriz itu adalah sangat tidak wajar kerana selagi tidak bercanggah dengan peraturan, pegawai kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya dipecat.

“Janganlah mengikut pertimbangan politik semata-mata, belum memerintah lagi sudah mahu mengugut pula, kita perlu pastikan pentadbiran kerajaan itu sentiasa berjalan dengan baik, bukan dengan melemparkan ancaman sebegini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas dakwaan Mukhriz bahawa Pakatan Harapan yang diketuai DAP akan memecat semua pegawai tertinggi kerajaan dalam masa 30 hari pertama selepas memenangi PRU-14 semasa sesi dialog ‘Tak Ado Apo Nak Sorok’, di Seremban hari ini. Dalam pada itu, Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman berkata, kenyataan Mukhriz itu juga seolah-olah ingin ‘menjual’ negara disebabkan pegawai kerajaan merupakan nadi penting pentadbiran.

Jelas beliau, perkara tersebut juga membuktikan bahawa pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang hanya mengikut telunjuk DAP apatah lagi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee pernah menyuarakan hasrat mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam sedia ada. 

“Saya berpendapat pegawai tertinggi kerajaan tak seharusnya dibabitkan dalam kancah politik kerana mereka hanya menjalankan tugas dan dasar kerajaan yang memerintah. “Sekiranya Pakatan Harapan mahu memecat kesemua mereka dalam masa 30 hari, perkara itu dilihat akan meruntuhkan keseluruhan sistem kerajaan kerana bagaimana mereka mahu memastikan urus tadbir yang baik sekiranya orang baru yang dilantik tidak mempunyai pengalaman,” jelas beliau.

Tambah Hamidah, tindakan yang bakal dilakukan Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu juga bakal menjadi stigma negatif untuk menakut-nakutkan penjawat awam. “Kenyataan Mukhriz itu seharusnya membuka mata kepada rakyat terutamanya kakitangan kerajaan bahawa Pakatan Harapan akan membuat apa sahaja sekiranya menguasai negara. “Ini juga membuktikan betapa lemahnya Mukhriz dalam berbicara, parti sendiri pun tidak dapat dijaga dengan elok, inikan pula ingin memerintah negara,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Dua Parti Politik Undang Kuasa Asing Campurtangan Pentadbiran DiMalaysia

AIDCNews -16/03/18 – Dalang asing menyusup masuk ke dalam politik Malaysia melalui enam cara; NGO BERSIH, NGO liberal, portal berita luar negara (Sarawak Report), portal berita dalam negara (Malaysiakini), LGBT dan misiniori Kristian Evangelis.

Kesemua agen-asing asing itu ditaja oleh dua yayasan yang bertopengkan demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) iaitu NED (National Endowment For Democracy) dan yayasan demokrasi milik George Soros.

NED dan Yayasan Soros dikenali di seluruh dunia sebagai dalang pelaksana ‘regime change’ (perubahan regim) yang akan menjatuhkan sesebuah kerajaan jika negara itu tidak berkiblatkan AS dan Yahudi. Di Malaysia, agen-agen asing itu kebiasaannya bernaung kepada dua buah parti pembangkang iaitu DAP dan PKR. (Fakta Lihat Video)



PAS Buat Dakwaan Yang Tidak Boleh DiSangkal

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dakwaan yang dikatakannya memang tepat. Bebanan ekonomi negara Malaysia masih ditanggung oleh semua rakyat sehingga kini. Ini semua dari akibat sikap rakusnya beberapa pemimpin Kerajaan Umno-Barisan selama 22 tahun yang lepas. Banyak kerugian Dana negara hilang lesap begitu sahaja. Sedangkan Bank Negara Malaysia, tidak pernah terbakar...malangnya wang boleh hilang berbilion RM.

Itu sebab pembangkang kepada kerajan Umno-Barisan pada masa itu, menjaja bahawa kerajaan UMNO-Barisan rasuah dan amalkan utamakan kroni. Memang tepat dakwaan tersebut ianya dinilai dari banyak fakta yang ada. Tapi pada masa itu, rakyat tidak mendapat info kerana kebebasan akhbar dikawal @ disekat. Kakitangan kerajaan tidak berani buka mulut atau dedahkan keburukan yang berlaku dalam pentadbiran. Sehinggakan bidang kehakiman dikawal.

Pembangkang yang menentang dan bermulut lancang dikuarantin dalam ISA dan tidak boleh mendapat pembelaan dari mahkamah. Nasiblah PAS sedah sedar dan keluar dari gabungan pakatan haram, itu pon sebabnya si Maha Firaun kini sudah ada didalam gabungan pakatan haram ini.

TAHNIAH PAS KERANA SUDAH SEDAR+ Tapi nak tanya Hadi awang bila nak tarik amanat songsangkata lawan UMNO itu kalau mati pon mati SYAHID

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa segala kesukaran berkaitan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan dan rakyat pada masa ini adalah peninggalan beberapa pemimpin Pakatan Harapan diketuai DAP semasa mereka berada dalam kerajaan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masalah ekonomi berbentuk legasi itu berpunca daripada mereka yang memerintah negara sejak tahun 1980-an lagi, tetapi kini tidak lagi bersama parti pemerintah, UMNO dan Barisan Nasional. 

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin tersebut tetapi dipercayai merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. “Masalah ekonomi dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan pemimpin yang berada di dalam Pakatan Harapan hari ini yang memerintah negara sejak 80-an,” katanya semasa siaran langsung Facebook malam tadi.

 Dr. Mahathir sering dituduh oleh pembangkang termasuk oleh DAP dan PKR sendiri kerana mengamalkan kronisme sepanjang pentadbirannya dengan menawarkan kontrak kerajaan berat sebelah yang memberi manfaat kepada golongan tertentu. Kontrak konsesi tol dan penjana tenaga bebas merupakan antara bentuk kontrak berat sebelah yang sinonim dengan pentadbiran Dr. Mahathir dan beberapa tempoh konsesi yang ditandatangani kekal sehingga hari ini.

Pemimpin PPBM Sendiri Punya Hal Salahkan Orang lain

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Mahathir sebagai "bapa berita palsu biar aku tokok lagi sebenarnya Mahathir banyak gelaran yang jelek dia boleh sandang diantaranya "bapa penyamun" Lesap duit Bank Negara dengan pelaburan dalam Forex. Lingkup Perwaja Steel milik negara ditangannya. Dijualnya Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kepada kroninya. Diswastakannya TNB yang nama terdahulu K.E.D dan LLN juga kepada kroninya dengan perjanjian yang berat sebelah, yang boleh memberi keuntungan bukan kepada TNB tapi keuntungan kepada kroni2 Mahathir boleh baca faktanya  Ini Fakta bukan auta

Selain dari Hadi Awang Presiden PAS sekarang yang pertama dan yang utama ialah Mahathir bapa perpecahan sesama bangsa Melayu di negara Malaysia ini. Tersingkirnya PAS dari Perikatan semasa itu sebelum UMNO-Barisan. Muncul Semangat 46 yang di ketuai oleh Tengku Razaliegh berpunca dari Mahathir Kononnya ada team A dan team B dalam UMNO semasa itu. Siapa yang wujudkan Presiden Parti dalam UMNO tidak boleh ditanding jawatannya dan formula itu juga mungkin dipakai sehingga sekarang didalam UMNO. Sedangkan kalau raja yang zalim pon boleh disanggah. apalah sangat jawatan Presiden parti

Lebih parah lagi kepada UMNO ianya dimusuhi oleh PAS ditambah pula amanat songsang Hadi Awang, lawan UMNO itu kalau mati syahid hukumnya. Ini aku rasa RoS sudah lakukan satu kesilapan, sepatutnya setiap pertubuhan atas nama agama tak perlu diiktiraf sebagai parti politik ianya hanya layak sebagai pertubuhan NGO sahaja.

Apakah ramai yang sangka PAS itu islam dan dan bijak serta arif dalam bab hukum hakam. Aku mesti jelaskan dengan fakta PAS labelkan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC tapi sehingga umum mengetahui semasa PAS bekerjasama dengan pakatan yang diketuai oleh DAP apa pula tarafnya tak kafir ke pula. Dengan izin dan harap maaf: punyalah nak tutup kes malu diri sendiri oleh PAS, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tampil mengatakan "USAHKAN DAP, KALAU SYAITAN SEKALI PON NAK TOLONG KITA...KITA TERIMA"

al-Quran mana jadi rujukan oleh kedua pemimpin PAS ini? dalam Quran Allah berfirman melaknati iblis dan syaitan. Salain diri aku ramai lagi yang pernah lihat video di YouTube yang telah dipadamkan oleh mereka yang berkenaan, Dalam video tersebut selepas kuliah Allahyarham Nik Aziz sentuh tentang bab buka aurat atau nampak aurat oleh golongan wanita, Nik aziz kata puak-puak yang tunjukkan aurat dan galakkan kejadian rogol "JADI DEPO DOH TUNJUK AURAT APA LAGI ROGOLLAH" nak berceramah biarlah betul supaya tidak disalah tafsir.

Aku respek juga sedikit sekarang kepada PAS, dah sedar dii agaknya sekarang keluar dari Pakatan harapan yang taiko besarnya DAP. Macai2 Mahathir juboq semua dah kembang gabungan pakatan Harapan yang kini masih lagi haram kerana belum diterima pendaftarannya angkat Mahathir jadi PM jika depa menang PRU14 ini.

Hangpa semua tau dak, oleh kerana Mahathir ni peminat dan pemilik kuda yang banyak, jadi gabungan pakatan buat Mahathir ini kuda tua untuk tunggangan mereka. Hebat sangatkah kuda tua ni. Ada lagi ramai yang tak tau, banyak2 kuda Mahathir minat kuda baka dari perak hangpa nak tengok kuda Mahatir hangpa tinjau Sini

Mahathir juga layak dengan gelaran anti Islam, kalau hangpa nak nafikan nafikanlah. Dia pernah cemuh PAS pasal nak buat hudud, Katanya kalau pencuri dah kena potong tangan macammana nak cari makan...adajuga baguihnya nooo..dia kesian pencuri kena potong tangan. yang PAS juga satu hal nak buat hudud mereka ingat mudah macam lukis atas kertas sahaja.

Mahathir dah bersara dari jawatan PM selama 22 tahun, yang tinggal dalam UMNO-Barisan pula dikutuk kerana tidak laksanakan hukum hudud. Hangpa ingat nak laksanakan hudud itu mudahkah? aku bagi contoh paling senang sahaja dalam bab nak hukum rotan sahaja pada pesalah. Rotan yang saiz besar mana hangpa nak pilih, besar kelingking, besar ibu jari tangan atau besar ibu jari kaki?

Setiap rotan itu pula hangpa tahukah berat tingbangannya berapa dan saiz panjangnya berapa? siapa pula yang jadi tukang pukulnya. Kalau suruh budak belasan tahun pon sakit bontot. kalau yang tukang pukul itu saiz badan dan kederatnya macam Hulk Hogan macam mana..adilkah hukuman itu. Sedangkan sikap islam adil tidak boleh zalim.

Dah tahu Pakatan harapan terang tidak suka kewudan Islam di Malaysia ini yang Mahathir serta Muhyideen pi pulak tumpak sekaki jadi bermakna satu mangkuklah mereka itu. orang khususnya dan Islam amnya di Malaysia ini cuba tinjau dalilnya Cuba renongkan seketika

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Berita Palsu. Gelaran tersebut sesuai diberikan kerana tokoh pembangkang berusia 92 tahun itu masih lagi suka berterusan menyalahkan kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung isu pendaftaran parti berkenaan.

Nur Jazlan berkata, Mahathir sepatutnya perlu sedar apa yang telah dilakukan sehingga UMNO diharamkan pada 1988 ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden UMNO ketika itu.

Ujar beliau lagi, perkara sama dijangka berulang kembali kini apabila PBBM pula gagal didaftarkan setelah pihak ROS mendapat lebih 400 aduan daripada ahli parti itu sendiri yang tidak berpuas hati dengan organisasi berkenaan. “Beliau yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan UMNO sendiri pernah dinyahdaftarkan dan terpaksa dibubarkan pada ketika itu kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan ditetapkan.

“(Apabila PBBM gagal didaftarkan) beliau menyalahkan pihak kerajaan dan ROS pula. Banyak fake news (berita palsu) dikatakan oleh Tun (Mahathir) sendiri kata ROS konon bersikap bias (berat sebelah) dan sebagainya. “Beliau sebenarnya lupa apa dilakukannya sendiri kira-kira 30 tahun lalu,” kata Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai ketika ditemui dalam program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di Johor Bahru, Johor pada Ahad. Pada 9 Mac lalu,

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim meberi tempoh 30 hari bagi menjawab Notis Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 yang dikemukakan jabatan tersebut kepada PPBM atau pendaftarannya terpaksa dibubarkan. Langkah tersebut dikatakan antara sebab Pakatan Harapan sehingga kini masih berstatus organisasi haram kerana masalah dalaman PPBM yang juga antara parti komponen blok pembangkang itu. – Agensi

MAS DiJual Untuk Cover Rugi Forex Akibat Mahathir Berjudi

Rafidah Aziz, Kuasa Sebenar Di Sebalik Air Asia March 11, 2018

 Mahathir telah meminta Rafidah untuk kekal dalam Umno sebagai “Trojan Horse” – orang Melayu gelar duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Tugasnya ialah menyerang Najib Tun Razak untuk memberi gambaran bahawa Umno sendiri menentang Perdana Menteri. Sekiranya Umno mahu Najib disingkirkan, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang lain? Tentunya seluruh rakyat Malaysia juga mahu melihat Najib digulingkan.

Dan inilah sebab mengapa Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Azmin, dan lain-lain, tidak lagi menyerang Rafidah dan bercakap tentang rasuahnya melibatkan AP dan ‘pink forms’. Apabila Air Asia ditubuhkan pada tahun 2001, ‘market talk’ ialah kroni, proksi dan penama Tun Dr Mahathir Mohamad, Tatparanandam Ananda Krishnan, adalah tangan tersembunyi di balik tabir syarikat penerbangan baru itu.

Terdahulu, pada tahun 1994, kerajaan telah ‘menjual’ syarikat penerbangan Malaysia, MAS, kepada kroni merangkap proksi bersama penama dan pemegang amanah Tun Daim Zainuddin, Tajudin Ramli. Memandangkan Daim sudah memiliki syarikat penerbangan sendiri, memang masuk akal Mahathir juga mahu juga satu. Tetapi itulah pandangan pasaran. Sebenarnya ada perkara lain di belakang tabir.

MAS tidak dijual kepada Tajudin. Mereka membuatnya kelihatan seperti Tajudin membeli MAS untuk memberi gambaran bahawa kerajaan telah membuat sejumlah besar keuntungan untuk menampung kerugian forex Bank Negara sebanyak RM31.5 bilion. Oleh itu, keuntungan yang mereka hasilkan daripada penjualan MAS dapat mengimbangi kerugian yang telah mereka buat daripada perjudian di pasaran forex.

Dan juga Ananda bukan tangan tersembunyi di belakang Air Asia sepertimana ramai yang percaya. Ia adalah Rafidah Aziz. Tetapi, pada masa itu, beliau adalah Menteri Perdagangan, dan masih lagi memegang jawatan tersebut untuk tujuh tahun lagi – jadi tiada siapa yang mengesyaki ia adalah dia.

Pada tahun 2007, AirAsia X ditubuhkan dan pada tahun 2008 Rafidah bersara daripada kerajaan. Pada tahun 2011, beliau mengambil alih sebagai Pengerusi baru AirAsia X. Rafidah adalah “Trojan Horse” Mahathir dalam Umno yang tugasnya menyerang Najib untuk memberi gambaran bahawa parti itu menentangnya Rafidah adalah wanita yang sangat kaya jadi pelaburannya yang ‘tidak seberapa’ di Air Asia bukan masalah besar.

Beliau dikatakan mempunyai tidak kurang daripada 50% saham dalam syarikat penerbangan itu, yang diletakkan di bawah beberapa penama. Dan jumlah itu tidak sampai 20% daripada jumlah kekayaannya.

Terdapat beberapa percubaan untuk menyiasat salahlaku beliau yang melibatkan AP dan ‘pink forms’ tetapi setiap kali itu juga Mahathir memberitahu SPRM dan AGC untuk menutup fail tersebut. Mahathir sendiri mengakui bahawa dia telah menyelamatkan Rafidah dari penjara tidak kurang daripada tiga kali.

“Pada tahun 2006, Rafidah dituduh rasuah yang berkaitan dengan pengeluaran Permit yang Diluluskan (AP) untuk mengimport kenderaan asing oleh bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad dalam siri kritikannya terhadap Kerajaan Malaysia.

Mahathir juga mengkritik ketika itu, pengendalian Permit yang Diluluskan (AP) bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, yang mengejutkannya Rafidah masih menjadi anggota Kabinet walaupun dua orang dalam senarai orang yang dikeluarkan dengan jumlah tertinggi AP telah dikaitkan dengannya . “(Transkrip sidang media Mahathir, The Star, 24 Oktober 2006)

Kit Siang dan Guan Eng tidak lagi mahu Rafidah dipenjara kerana rasuah dan kini mahu Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri Ini adalah apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng katakan pada 19 Oktober 2005: “Isu AP ini juga merupakan isu yang nyata yang memberi kesan kepada tugas dan tanggungjawab rasmi kerajaan kerana ia melibatkan bekas Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sekarang.

Mahathir mendakwa bahawa dia ditipu oleh Rafidah, ketika beliau adalah Perdana Menteri, mengumumkan Naza sebagai kereta kebangsaan dan tempatan. Rafidah gagal membalas atau menunjukkan bukti bahawa dia tidak terlibat dalam skandal AP. Ini adalah tuduhan yang sangat serius yang akan mendapat liputan antarabangsa yang luas kerana Mahathir menjadi sinonim dengan Malaysia, kini masih seorang pembuat berita antarabangsa.

Bagi bekas Perdana Menteri menuduh Menteri menipu beliau dan terus mendakwa salah laku dan penyalahgunaan kuasa yang membawa kepada penciptaan Raja AP adalah berita besar di peringkat antarabangsa. Bagaimanakah kerajaan dapat dikendalikan dengan integriti dan kredibiliti jika Menteri-menteri mereka menipu, pendusta dan terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah?

“ Tugas Rafidah adalah menyerang Najib menggunakan portal DAP seperti The Malaysian Insight Pada November 2008, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali memberitahu pemberita di Parlimen: AP dimonopoli oleh pihak tertentu dalam pasaran. Rata-rata, kesemua 77 syarikat masing-masing sepatutnya menerima 600 AP tetapi Naza Konsortium Sdn Bhd diberikan 8,431 permit dari tahun 2004 hingga 2006.

Pastinya ini adalah jumlah AP yang sangat luar biasa bagi satu syarikat, katanya. Menganggarkan setiap AP bernilai RM50,000, Azmin berkata Naza akan membuat keuntungan RM424 juta tanpa perlu membawa sebarang kenderaan kerana kekurangan AP membolehkan ianya membuat dokumen itu laku dengan sendiri. Kewangan Twitter telah mengatakan ini pada 2 Mei 2008:

“Ia membingungkan bagaimana tiga individu (S.M. Nasimuddin S. Amin, Syed Azman Syed Ibrahim dan Mohd Haniff Abdul Aziz) membuat lebih RM1.8 bilion untuk dua tahun sahaja. Wow! Tetapi angka-angka itu hanyalah kecil kerana AP telah dikeluarkan sejak 1988.

Anak saudara Rafidah sendiri, Annie Tajul Arus, dilaporkan diberi AP untuk mengimport 850 kereta Kleeman pada tahun 2004 dan 199 pada tahun 2005. Pada satu masa, Nasimuddin dikhabarkan menjadi menantu dari ‘Ratu AP’ Rafidah Aziz.

“ Kontroversi AP yang melibatkan Rafidah Aziz didokumentasikan dengan baik dan semua rakyat Malaysia menyedari skandal tersebut. Dan kita belum lagi bercakap tentang ‘pink forms’, yang merupakan “cash cow” untuk Rafidah.

Setiap kali syarikat membuat penyenaraian awam, mereka mesti memperuntukkan sebahagian saham mereka kepada pelabur Bumiputra. Dan Rafidah memutuskan siapa yang mendapat saham itu, walaupun untuk anak-anak Mahathir, kerana Rafidah sendiri mengakui dalam kes yang membuatkan Ezam Mohd Nor akan dipenjarakan selama dua tahun.

Bercakap tentang bagaimana Rafidah membuat keuntungan dan berapa banyak yang dia dapat dalam 21 tahun sebagai Menteri Perdagangan adalah berita lama. Malah, ia tidak lagi jadi berita. Apa yang kita perlu bincangkan adalah di mana dia telah meletakkan wang itu.

RM8 bilion bukan jumlah wang yang kecil dan anda perlu menjadi sangat kreatif untuk tidak hanya menyembunyikan wang itu tetapi untuk memastikan ia membuat lebih banyak wang dan berkembang kerana wang boleh menyusut.

Rafidah dan Mahathir juga telah bersalam dan berbaik dan kini dia adalah “Trojan Horse” Mahathir dalam Umno Satu tempat yang Rafidah telah meletakkan wang dari sumber tidak halal yang kita ketahui ialah Air Asia. Beberapa bilion selamat diletakkan di sana, walaupun hanya sebahagian kecil atau 20% dari keseluruhan kekayaannya.

Mahathir juga tahu mengenainya, sudah tentu, tetapi dia tidak bercakap. Dan dia tidak bercakap kerana Rafidah kini ‘orang’ beliau. Mahathir telah meminta Rafidah untuk kekal dalam Umno sebagai “Trojan Horse” – orang Melayu gelar duri dalam daging atau gunting dalam lipatan.

Tugasnya ialah menyerang Najib Tun Razak untuk memberi gambaran bahawa Umno sendiri menentang Perdana Menteri. Sekiranya Umno mahu Najib disingkirkan, bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang lain? Tentunya seluruh rakyat Malaysia juga mahu melihat Najib digulingkan. Dan inilah sebab mengapa Mahathir, Kit Siang, Guan Eng, Azmin, dan lain-lain, tidak lagi menyerang Rafidah dan bercakap tentang rasuahnya melibatkan AP dan ‘pink forms’. – Malaysia Today

Orang2 Islam DiMalaysia Renong Sedalam2nya Sebelum PRU14

Dr Peter G. Riddell berkata kemenangan besar pembangkang di Malaysia didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat yang berbilang agama dengan dasar kerajaan khususnya golongan minoriti agama lain menyuarakan protes mereka terhadap pemimpin Islam.

Sebagai sokongan terhadap pihak pembangkang di Malaysia , sebagaimana di Negara Teluk, agenda untuk menjatuhkan kerajaan dilancarkan pada PRU12 dan dikatakan masa yang terbaik bagi pembangkang untuk menguasai Malaysia. Slogan ‘regime change’ (fungsi utama NED) telah dialncarkan keseluruh Negara untuk mengubah kerajaan yang sedia ada kepada sebuah kerajaan yang berfahaman pluralism , liberal dan tidak ada kebergantungan kepada Islam sebagai Agama persekutuan lagi.

Malang nya pada PRU12 yang lalu pihak pembangkang, mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (New Dawn) untuk Malaysia selepas PRU 12. “New Dawn” juga slogan yang dicipta oleh barat untuk pihak pembangkang mengorak langkah semula pada PRU13 akan datang. Kita orang Melayu akan kehilangan segalanya ketika itu! Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk PRU 12 , dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13 dan lagi besar untuk PRU14 nanti.

Puzzle hampir lengkap sudah. DAP dan PKR sudah memainkan peranan mereka untuk membawa Mahathir kedalam kancah politik Orientalis dan Pluralisme. Pengikut hanya tahu isu yang diperkatakan dan mereka buta tentang hal yang tersembunyi dalam agenda Yahudi yang dikatakan dibawa oleh DAP dan PKR. Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi ‘pecah perintah’ untuk mengambilalih mana-mana negara. Kumpulan “Pro-Demokrasi”.

Kalau di Malaysia, Projek Pluralisme sangat bahaya kerana berkait dengan usaha menyamaratakan antara agama yang dikenali sebagai Interfaith Council (IFC) atau Interfaith Commission (IFC) yang ditaja oleh Konrad Adenuer Foundation (KAF), Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council. Lebih menarik lagi, KAF, IKD dan Bar Council merupakan badan pemikir dan penaja Anwar di Malaysia.

Jadi dengan kewujudan HARAPAN yang diketuai oleh Anwar, Mahathir dan Muhyidin serta Kit Siang seakan telah bersetuju dengan agenda pluralism, liberal serta Evangelis yang dibawa oleh barat kedalam Pakatan. Dalam hal ini persoalan yang timbul ialah dimanakah fahaman yang dibawa oleh Mahathir serta lain lain sebelum ini? Sudah pastinya akan mengorah langkah baru iaitu bersama dengan DAP dan PKR dan adakah secara terpaksa bersetuju dengan agenda yang bakal menghancurkan Islam.

Secara tidak langsungnya PPBM telah mengubah fahaman menjadi seperti diatas. Selepas ini jangan kita hairan apabila pengiktirafan kepada IFC, Merdeka Center, IKD serta sokongan terhadap Bar Council diucapkan oleh Muhyiddin dan Mahathir. Sebelum ini , satu lagi badan pemikir Anwar iaitu MEGC (Middle Eastern Graduate Center) telah menerbitkan buku-buku berbentuk pluralisme untuk menyebarkan ideologi persamaan antara agama di Malaysia. Lebih menarik lagi pengarah MEGC,

Mustaqeem Mahmood Radhi adalah penulis utama IKD (badan pemikir Anwar). Dari sudut fahaman kita sudah sedia maklum bahawa DAP dan PKR adalah penyumbang kepada membawa fahaman Orientalis di Malaysia. Diantara muka muka yang dilihat amat ketara sebagai penyokong dan pendokong kepada agenda ini dapat dikenal pasti dengan jelasnya.

Siapakah yang tidak mengenali Marina Mahathir dimana dengan berpaksikan NGO Sister In Islam telah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan amalan Agama Islam dan mengagongkan amalan liberal dan menyokong gerakan LGBT dalam Negara ini.

Siapa juga yang tidak kenal Hishamudian Rais yang sudah pun mengaku dilahirkan sebagai saorang Islam tetapi tidak menganut Agama Islam dan dalam erti lain tidak mempunyai pegangan agama dan bebas mengikuti apa juga fahaman. Ini juga dikenali sebagai Ethies.

Hannah Yeoh sememangnya semua orang tahu dan merupakan seorang pendakwah Evangelis yang menggunakan proksi politik sebagai medan untuk penyebaran Kristian dan perkara ini dapat kita lihat dengan terbitnya buku “Becoming Hannah”.

Marina Chin yang terkenal dengan demontrasi BERSIH juga adalah salah saorang penyokong kuat amalan LGBT yang mana tuntutan untuk menghalalkan kumpulan ini agar ianya mendapat tempat dalam Negara Malaysia sedang diperjuangkan. Fahaman ini semua orang tahu, dan dimana membawa masuk penyebaran kristian melalui Evangelis serta pengkaderan dikalangan orang Melayu.

Sokongan Anwar terhadap Orientalis dapat dilihat apabila JAKIM mula mengharamkan buku-buku Orientalis dijual di Malaysia. Jadi dengan wujudnya PH yang kita sedang melihat penglibatan secara langsung Mahathir dan PPBM kedalam kancah pertukaran ideologi dan perjuangan yang dahulunya untuk Agama , Bangsa dan Negara kini bertukar kepada fahaman Pluralisme dan mengangkat ianya sebagai dasar perjuangan kesamarataan.

Barangkali ‘Harapan Baru’ merupakan ilmu yang ditimba ketika menuntut di Universiti Jesuit Georgetown, Amerika Syarikat CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) sekitar tahun 2005, yang berketuakan seorang aktivis Jesuit terkenal John Esposito.

Sebab itu ketika Anwar melalui Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU 12, Majalah Gereja ‘Church Times’ merumuskan “Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia” Sekarang DAP memainkan peranannya bersama PKR untuk memastikan ‘New Hope” yang diperjuangakan bersama Yahudi dengan dana yang amat besar akan tercapai pada pRU14 nanti disamping mendapat sokongan Mahathir serta pengikutnya.

Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman PKR dan DAP sendiri yang akan cenderung kepada ajaran New Age (plurisme agama) dan kehendak penyumbang dana mereka .Di masa yang sama, PRU13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi. Kekeliruan yang dimaksudkan itu ialah kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam2 fitnah Dajjal.

PKR dan DAP telah menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui “demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik2 halus. Sekarang kita dapat bayangkan bagaimana setelah HARAPAN dilancarkan dengan berpaksikan PKR dan DAP dengan sokongan barat.

Apakah akan berlaku kepada Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu selepas ini. Oleh itu, demi mempertahankan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang beragama Islam , orang Melayu seharusnya sedar bahawa agenda yang dibawa oleh Pakatan sekarang ialah agenda untuk membunuh dan meletakkan Islam itu dibawah telapak kaki mereka.

Perjuangan untuk mempertahankan semua ini dari dilacurkan oleh pemimpin Melayu pembangkang yang sudah liberal, seharusnya semua orang melayu mesti mempertahankan kerajaan yang dipimpin oleh Melayu Islam. Kegagalan ini akan mengakibatkan betapa dimasa akan datang kita akan melihat Islam itu hanya setaraf dengan agama yang lain dan kesuciannya akan dilacurkan oleh pemimpin Melayu yang hanya mabukkan kuasa dan jawatan dalam politik.

Renung sedalamnya, jangan hanya kerana kita tidak puas hati pada satu perkara yang remeh kita sanggup menyerahkan Negara yang diperintah oleh pemimpin Islam kepada pemimpin kafir dimana sokongan liberal., Evangelis, Ethies, Pluralisme berpihak kepada mereka. Akibatnya nanti, Islam akan hancur dihadapan mata kita sendiri , dan dimana itu tiada apa yang seharusnya disesalkan dan segala yang dipertahankan akan terus diubah segalanya. Jadi pada PRU14 akan datang pilihlah saorang pemimpin yang mampu meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya.

Manifesto Pakatan Harapan Memperjuangkan Agenda Liberal

BANGI, 22 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan manifesto Pakatan Harapan sebagai satu usaha memperjuangkan agenda liberal. Beliau berkata, setelah meneliti manifesto gabungan pembangkang itu, maka tidak syak lagi bahawa komitmen Pakatan Harapan bagi mendaulatkan Islam di Malaysia ini tiada.

Katanya, tidak seperti Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa ‘pengurusan institusi Islam dikuatkan dengan peruntukan yang lebih tinggi’. Namun, pada Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini pula tidak mengandungi sebarang jaminan begini, malah memperlihatkan bahawa Pakatan Harapan mendokong agenda G25.

“Disebutkan secara spesifik di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini bahawa ‘kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan’. “Ia satu naratif G25, dan DAP, untuk mewajarkan penghapusan institusi Islam di peringkat Pusat di atas alasan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sedangkan pelbagai ilmuan, baik di bidang politik, undang-undang atau agama, telah menghujahkan di sebaliknya.

“Turut disebutkan secara spesifik di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini adalah janjinya dalam isu hak asasi, iaitu bahawa Pakatan Harapan ‘akan memperbaiki dan melaksanakan sepenuhnya Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan’. “‘Matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia’ dan ‘konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai tetapi belum diratifikasi akan diratifikasikan seberapa segera, termasuklah the International Covenant on Civil and Political Rights 1966 (ICCPR)’,” katanya di laman Facebook sambil memetik manifesto PH. 

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Kamarul yang juga merupakan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia itu berkata, perjuangan hak asasi ini juga adalah agenda utama G25, dan DAP. “Boleh dibayangkan jika janji Pakatan Harapan untuk meratifikasikan seberapa segera konvensyen-konvensyen antarabangsa yang belum diratifikasi ini dilaksanakan, apa yang akan berlaku kepada Malaysia?

“Sudah tentulah pelbagai Undang-Undang Jenayah Syariah tidak lagi boleh dikuatkuasakan, sudah tentulah insiden umat Islam keluar dari Islam (murtad) akan berleluasa, begitu juga dengan golongan seperti ateis dan LGBT yang akan turut berleluasa. “Semoga Allah selamatkan umat Islam di Malaysia dari ancaman golongan liberal,” katanya.

Bukti Lim Guan Eng arah Zenith bayar RM19 juta Terdedah


Bukti Lim Guan Eng arah Zenith bayar RM19 juta kepada Gnanarajah terdedah Habislah.

Hubungan Lim Guan Eng dengan Dato Sri Gnanaraja terdedah Lim Guan Eng yang sebelum ini mendakwa tidak tahu menahu tentang wang 19 juta ringgit yang di bayar Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd kepada Dato' Gnanaraja supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan berhubung projek terowong dasar laut dan lebuh raya Pulau Pinang akhirnya mendapat malu apabila gambarnya bersama Dato' Gnanaraja itu tular dalam media sosial. 

Gambar itu dikatakan pertemuan Lim Guan Eng dengan Gnanaraja selepas menerima wang RM 19 juta daripada Zenith. Ini bermakna Lim Guan Englah yng mengarahkan Zarul Zenith membayar kepada Gnanaraja dan Jabarullah yang dikatakan mempunyai akses menuntup kes terowong.

 Awal Mac lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku empat akaun berjumlah RM3.6 juta serta menyita beberapa buah kenderaan mewah milik "conman" Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram pemilik Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur Foundation).

 SPRM mengambil tindakan susulan selepas penahanan ahli perniagaan itu menerima rasuah wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang. Selain membekukan empat akaun bank milik syarikat individu tersebut, SPRM turut menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.3 juta serta tiga buah televisyen bernilai RM167,900.

Mahathir ganti Kit Siang Mukhriz ganti Guan Eng

Andainya syarat2 yang diminta oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak dipenuhi oleh Parti MUNGE @ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam tempoh yang ditetapkan maka Parti MUNGE dibubar dan terkulai layu.

Yang syoknya disini ialah, Mahathir memang bertekad untuk jatuhkan DS Najib sekali gus nak rampas Putrajaya (kira2 BN tewaslah tuuu) ahli-ahli munge nak bertanding atas tiket apa? Kalau pakai lain-lain logo parti yang ada dalam Pakatan tak powerlah...

Jadi apa kata mampu ke Mahathir ganti Kit Siang dan Mukhriz ganti Guan Eng... Muhyideen nak ganti siapa pulak ehhh...!! Jadi kita tunggu dan lihat

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diberi tempoh 30 hari bagi menjawab Notis Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 yang dikemukakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kepada parti itu atau pendaftarannya terpaksa dibubarkan.

Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Surayati Ibrahim berkata, Notis berkuatkuasa 28 Februari tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM dan PPBM dikehendaki menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan dokumen seperti yang dinyatakan dalam Notis tersebut kepada ROS.

“Sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana Notis yang telah dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan tersebut, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Surayati berkata, Notis Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS kepada sesebuah pertubuhan untuk mengemukakan Minit-minit Mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Pusat serta perihal penyata kewangan. Menurut beliau, Notis itu dikeluarkan disebabkan aduan yang dikemukakan oleh ahli PPBM kepada pihak ROS yang mana maklumat tersebut diperlukan bagi melengkapkan siasatan jabatan itu terhadap aduan berkenaan. 

Jelas beliau, Notis mengikut Sekyen 14 (2) yang dikeluarkan itu juga adalah suatu Notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan. “Walaupun keperluan minima menurut Seksyen 14 (3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari untuk PPBM memberikan maklum balas, namun ROS telah memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari. “Ia bagi memudahkan PPBM memberikan maklum balas dengan menyertakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta,” katanya

DAP Pasang Jerat Kepada Penjawat Awam

Semakin dekat pilihanraya , semakin itu juga kita dapat melihat betapa desparadonya pemimpin tua dan muda DAP cuba menghapuskan kenyataan kenyataan yang mereka ucapkan dan cadangkan apabila memenangi pilihanraya umum akan datang. Desparado ini bukan sahaja dikalangan pemimpin muda Cina DAP, malah penyakit ini telah berjangkit kepada pemimpin Melayu DAP yang mabuk apabila mengatakan bahawa DAP akan menjaga kebajikan dan melindungi penjawat awam di Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi Biro Buruh DAP yang mana menyatakan menerima aduan daripada penjawat awam yang dikatakan ketakutan apabila diancam dengan kenyataan yang datangnya dari pihak kerajaan kepada penjawat awam. Mungkin pemimpin buruh ini mabuk daun ketum agaknya apabila tidak melihat sumbangan yang diberikan oleh kerajaan terhadap penjawat awam dalam Negara ini. Sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka mahupun dari kalangan penjawat awam terdapatnya penyokong tegar DAP.

Menurut Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, tujuan jawatankuasa itu diwujudkan adalah untuk mempertahankan mana-mana penjawat awam yang menerima tekanan untuk mengundi mana-mana parti politik tertentu menjelang pilihan raya umum ke-14. Mungkin Naib Pengerusi Biro ini masih lagi bermimpi disiang hari, apabila dalam keadaan mamai beliau lupa dengan ancaman yang dibuat oleh Tony Phua terhadap cadanagan DAP untuk melakukan pengurangan kuantiti penjawat awam. 

Hal ini diperkatakan sendiri oleh Tony Phua selaku Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, mencadangkan untuk mengurangkan pejawat awam sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas kuasa pentadbiran kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Perkara ini turut telah disiarkan dalam banyak portal dan akhbar termasuk Sinar Harian dan juga portal media elektronik. Jadi penafian apakah yang mahu dilakukan oleh Naib Pengerusi Biro Buruh DAP ini. Cukup cukup lah mahu melindungi agenda jahat DAP untuk memusnahkan periuk nasi rakyat.

Bukan itu sahaja, malah Jeff Oii juga turut mengeluarkan kenyataan dimana beranggapan bahawa taraf penjawat awam yang ada di Malaysia ini hanya seperti “kucing Kurap” dan dianggap golongan yang pemalas. Tidak cukup dengan penghinaan tersebut, cadangan untuk mengurangkan separuh daripada penjawat awam di Malaysia juga dicadangkan oleh DAP bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang telah dianggap satu pembaziran wang Negara. Biro Buruh DAP mungkin tidak lagi sedar bahawa DAP adalah musuh kepada penjawat awam dalam Negara ini setelah ianya diwujudkan sendiri oleh DAP sendiri. Untuk DAP melindungi hak-hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal.

Kedangkalan untuk memberikan cadangan yang koleltif oleh pemimpin DAP ini sekali gus menunjukkan betapa Negara akan hancur dan peningkatan kemunduran akan berlaku dalam Negara. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi setelah kita melihat betapa Pulau Pinang dan Selangor dalam keadaan tenat sekarang. Ketenatan Pulau Pinang dan Selangor dapat dilihat dengan peningkatan defisit yang hampir mencecah RM1 billion sekarang susulan kegagalan mengurus oleh kedua kerajaan negeri ini. Penurunan kadar kesihatan, kebersihan serta ketidakcekapan tindakan untuk melaksanakan janji pilihanraya yang sebelum ini.

DAP dan pakatan pembangkang yang lain tidak mampu untuk memenuhi keperluan rakyat walaupun setelah 8 tahun memerintah kerajaan negeri. Malah semakin banyak penyelewengan dan penipuan terhadap hak rakyat yang bernilai berbilion ringgit dilakukan. Selangor dan Pulau Pinang sedang menghadapi isu skandal yang amat parah sekarang dimana banyak ketirisan yang sedang dan telah berlaku dengan amalan kronisme , nepotisme yang diamalkan sehingga ianya menjejaskan indeks rasuah Negara susulan penyiasatan dan tangkapan dilakukan.

Penjawat awam dalam Negara sekarang sedang dalam keadaan dilemma apabila ada cubaan oleh pihak pembangkang DAP yang berniat untuk menakut-nakutkan mereka dengan ancaman untuk menutup periuk nasi penjawat awam dengan dasar yang bakal mereka laksanakan apabila menang kelak. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman seharusnya terus mengeluarkan kenyataan agar penjawat awam dalam Negara ini agar tidak mengambil risiko yang besar dalam pengubahan dasar Negara

Jangan hanya kerana sedikit kekurangan yang belum sampai masanya untuk dipenuhi oleh kerajaan dan hak-hak demokrasi mana-mana penjawat awam dalam Negara ini akan terus dijamin oleh kerajaan selagi kerajaan memerintah sebagai mana sekarang. Biro Buruh DAP harus ingat bahawa agar jangan bercakap apa yang mereka tak tahu. Sektor awam ini peranannya untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat sebagaimana yang dikatakan oleh DAP.

Kena ingat, untuk meningkatkan kecekapan dan tahap efisyen penjawat awam ini, kita mesti ada jumlah kakitangan yang wajar. Disamping itu perlu ditingkatkan teknologinya agar pencapaian itu cekap dan berkesan, Negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat tidak melihat jumlah penjawat awam sebagai beban malah menganggap kakitangan tersebut merupakan aset terpenting dalam melaksanakan tugas-tugas kementerian.

Percayalah, tanpa teragak-agak, sebagaimana sekarang kerajaan akan bertindak dalam apa jua cara untuk membela nasib kakitangan awam dan memelihara prinsip-prinsip demokrasi ke atas semua warganegara Malaysia. Sebagai tambahan pengetahuan kepada Naib Pengerusi Biro Buruh DAP ini, adalah diperjelaskan bahawa Malaysia sebenarnya ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan nisbah penjawat awam kepada masyarakat.

Kekurangan ini merangkumi guru kepada pelajar. Nisbah profesor kepada penuntut institut pengajian tinggi. Nisbah hospital dan doktor dengan rakyat. Jumlah doktor pakar di hospital kerajaan, begitu juga di hospital daerah. Banyak nisbah yang belum kita penuhi. Justeru itu tidak perlulah lupa dengan jerat yang telah dipasang sendiri oleh pemimpin DAP dengan cuba memerangkap penjawat awam sebagai yang diakatakan diancam oleh kerajaan kerjaya mereka setelah merujuk kenyataan yang bersungguhan DAP untuk menghapuskan jumlah penjawat awam di Malaysia.

Kenyataan “gula gula” yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi Buruh DAP ini amat mudah dibaca dan melihat DAP amat terdesak sekarang dan berusaha untuk menjerat penjawat awam dengan janji manis dan setelah menang segalanya akan berubah. Pulau Pinang dan Selangor adalah contoh terbaik bagaimana nasib rakyat diperjudikan hanya kerana pemimpin yang ada didalam pakatan pembangkang itu adalah pemimpin kleptokrat yang sedang bermaharaja lela merompak harta rakyat.