Kantoi Jet Peribadi Kena Tangkap Basah




Belum sempat hangat nak hasut dan raih simpati pengundi PRU14 konon ada cubaan nak bunuhnya menerusi dakwaan sabotaj itu…sudah kena ‘tangkap basah’ atau dalam Bahasa Inggeris orang sebut ‘caught redhanded’.

Ini selepas tindakan segera Pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) buat siasatan pada Sabtu semalam untuk buat kepastian dapati tidak ada langsung sebarang tanda tanda sabotaj keatas jet peribadi itu.

Faktanya ialah tayar depan sebelah kiri Vista Jet itu kurang angin dan tidak ada tayar ganti untuk tukar maka jet itu tidak dapat terbang ke Langkawi.

Seperti dijangka sekalipun keputusan siasatan CAAM itu sudah diumumkan menerusi kenyataan rasmi Pengerusi badan itu Datuk Seri Azharuddin Rahman petang Sabtu namun Dr Mahathir masih terus dengan drama ‘ buat kering’ mempertahankan dakwaan sabotaj itu.

Bercakap dihadapan 600 hadirin pada ceramah di Langkawi Sabtu malam pembesar utama pakatan pembangkang itu tambah lagi ramuan cerita kononya beliau cuba menghubungi tiga rakannya untuk meminjam jet mereka ke Langkawi setelah jet asal tidak boleh pakai.

Dakwanya salah seorang dari rakanya memaklumkan telah diberi amaran untuk tidak meminjamkannya kepada beliau. Siapakah rakan itu dan kalau betul ada ugutan dari pihak tertentu agar jangan bagi pinjam jet kepada Dr Mahathir kenapa tidak terus buat laporan polis kerana ia melibatkan soal jenayah.

Bukankah Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun sendiri sudah cakap polis cuma akan bertindak menyiasat jika ada laporan melibatkan jenayah dari kes itu. Memang lawak…seorang bekas Perdana Menteri selama 22 tahun boleh berlakon macam orang tidak faham peraturan.

Semua orang tahu dakwaan cuba sabotaj pesawat apa lagi nak bunuh seorang bekas pemimpin negara dalam suasana nak pilihanraya adalah sesuatu cukup serius dan tidak boleh main-main.

Apakah Dr Mahathir takut nanti siasatan polis juga dapati beliau gempak lebih seperti juga hasil siasatan CAAM keatas pesawat? Hebat juga ego bekas Perdana Menteri ini sampai seolah beri gambaran beliau hanya layak naik jet peribadi ke mana mana.

Sebenarnya itulah gelagat beliau pun selama ini naik jet peribadi ke sana sini. Gambaran itu dapat dilihat dari dakwaanya bahawa cubaan sabotaj dan sekat beliau guna jet lain kerana ada orang seboleh-boleh nak sekat beliau ke Langkawi untuk hadir penamaan calon pagi Sabtu.

Bodoh sangat ke orang tidak boleh fikir…macamlah tidak ada penerbangan biasa MAS dan Air Asia ke Langkawi atau berkereta dan sebagainya. Kita boleh faham Dr Mahathir sangat terdesak untuk menang kerusi Parlimen Langkawi dan akan berusaha kempen memburukkan kerajaan sedaya mungkin tetapi gelagat drama ‘dakwaan kosong’ seumpama ini sudah sampai tahap sangat keterlaluan.

Kehebatan beliau boleh buat ‘muka kering’ cakap apa saja sesuka hati inilah yang dikatakan membuatkan kalangan pimpinan pakatan pembangkang cukup seronok ada Dr Mahathir sebagai prisai mereka untuk hentam kerajaan dalam kempen pilihanraya.

Ikut cakap sumber-sumber dalaman pakatan itu sebagai bekas Perdana Menteri tentu adanya unsur ‘segan segan’ dikalangan pihak berkuasa bertindak keatasnya sekalipun sebar ' fake news' main cakap lepas saja seperti dakwaan sabotaj jet.

Selain itu mereka menaruh harapan apa saja cakapnya ‘lebih laku’ di kaca mata orang ramai dan orang tidak berani pertikai. Maka tidak hairanlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa majlis di Jerantut beberapa hari lalu secara terbuka menobatkan Dr Mahathir sebagai ‘pelakon terbaik’ yang wajar dapat anugerah atas kepura-puraanya.

Sebelum ini satu Malaysia sudah tercengang dan terkejut melihat segala mak nenek U-turn dibuatnya termasuk ‘mengsucikan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mungkin baginya apa sangatlah main tembak saja peluru kapor pasal kisah sabotaj jet pula.

Ibarat kata untung sabut timbul…orang percaya. Tempoh kempen PRU14 ada banyak hari lagi sehingga hari pengundian 9 Mei...jadi jangan terkejut jika Dr Mahathir tampil dengan lakonan lakonan sensasi baru yang layak dicalon untuk Academy Award.-

Kalau Tidak Bersalah Apa Perlu Takut Walau Siapa Peguam

Putrajaya – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperoleh kebenaran memfailkan rayuan mencabar pelantikan pengerusi dan anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing yang dialami oleh Bank Negara sekitar 1990-an.

Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif yang mempengerusikan panel tiga anggota itu berkata mahkamah berpendapat tidak ada apa yang salah untuk pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seoreang daripada anggota,

Tan Sri Saw Choo Boon menganggotai panel RCI walaupun mereka berada dalam pasukan petugas khas. Dua orang lagi hakim yang bersidang dalam panel tersebut ialah Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Ramly Ali.

Dr Mahathir memohon kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan bagi kebenaran untuk semakan kehakiman membatalkan keputusan RCI yang menolak permohonannya untuk melucutkan kelayakan Mohd Sidek Hassan dan Saw daripada menganggotai panel tersebut.

Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos tahun lepas telah menolak permohonan bekas perdana menteri itu. Dr Mahathir merayu kepada Mahkamah Rayuan yang kemudian menolak rayuan itu pada 13 Dis tahun lepas. Pada 9 Ogos tahun lepas,

Dr Mahathir memfailkan permohonan untuk memulakan semakan kehakiman bagi melucutkan kelayakan Mohd Sidek selaku pengerusi Petroliam Nasional Bhd dan Saw, yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemandu) daripada menganggotai, masing-masing sebagai pengerusi dan anggota RCI.

Beliau menamakan anggota RCI iaitu Mohd Sidek, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, Saw dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan, setiausaha RCI Datuk Dr Yusof Ismail dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan bagi kebenaran, Dr Mahathir juga memohon perintah Mandamus untuk kerajaan atau kabinet menasihtkan Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan Mohd Sidek dan Saw sebagai anggota RCI.

Beliau memfailkan permohonan itu atas alasan RCI telah melanggar hak keadilan semulajadi kerana Mohd Sidek dan Saw juga adalah anggota pasukan petugas bertanggungjawab bagi siasatan yang mengemukakan cadangan untuk menasihatkan Kabinet bagi menubuhkan RCI.

Dr Mahathir diwakili oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla sementara peguam kanan persekutuan Alice Loke Yee Ching mewakili responden. – Bernama

Siapa Pon Tak Ingin Mahathir Yang Terhegeh2

PETALING JAYA – Dianggarkan seramai 50 anggota PKR peringkat akar umbi dari seluruh negara hari ini membantah keputusan pimpinan tertinggi parti membenarkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Memetik laporan media tempatan, golongan terbabit membuat bantahan itu dengan berhimpun secara aman di hadapan ibu pejabat parti itu. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang Muhamad Faisal Zainal dipetik sebagai mendakwa 60 peratus daripada 200,000 anggota PKR kecewa dengan keputusan itu dan membantah sekeras-kerasnya logo PKR digunakan bekas perdana menteri itu.

"Kami tidak bersetuju tetapi pimpinan parti tidak mahu mendengar suara akar umbi. Ingat PKR tertubuh pada 1999 atas kezaliman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Membenarkan Dr Mahathir menggunakan logo parti dan mengangkat beliau kembali menjadi perdana menteri adalah satu tindakan sangat tidak berprinsip," katanya kepada pemberita selepas himpunan aman di sini, hari ini seperti dipetik Bernama.

Difahamkan, Muhamad Faisal turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kakitangan di ibu pejabat parti dan menyeru agar pimpinan tertinggi mengkaji semula keputusan penggunaan logo oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam tempoh enam hari bermula hari ini. 

Untuk rekod, pada 5 April lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan membubarkan sementara PPBM kerana gagal mengemukakan butiran perlu seperti yang diminta. Selaras dengan itu, PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu selain tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti parti.

Dalam pada itu, media tempatan turut memetik anggota PKR Sabak Bernam, M. Veerappan sebagai berkata tindakan pimpinan parti membenarkan logo PKR digunakan Dr Mahathir adalah satu penghinaan kepada semua anggota parti itu yang berjuang demi keadilan sejak tertubuhnya PKR pada 4 April, 1999.

"Kita ahli di peringkat akar umbi amat kecewa Dr Mahathir akan bertanding pada PRU14 atas lambang PKR. Kami amat keberatan menerima beliau dan mencabar beliau bertanding sebagai calon Bebas," katanya. Kredit foto : Berita Harian (BH)

DAP Sudah Tunjuk Belang


Andainya keputusan PRU14 berpihak kepada PH, Mahathir akan diserang sakit jantung terkejut beruk harapan untuk menjawat jawatan PM pasti tiada tempat olehnya. Sekarang ini pun Mahathir sudah tahu tiada layak bagi dirinya untuk jadi PM kerana fakta yang ada ada harus diterima hakikat.

Mahathir bukan ada parti...!! bertanding dalam PRU14 ini pun tumpang parti PKR Dari segi layak jadi PM adalah pengerusi PKR iaitu Wan azizah. kerana parti PKR kedua terbesar bilangan kerusi dari Bos PH iaitu DAP. Parti PAN tolak tepilah wujudnya parti ini dari serpihan PAS yang diacu suai oleh DAP.

Aku tidak kesian perkara ini berlaku kepada Mahathir, tapi aku kesian kepada penjilat2 dan macai2 Mahathir yang bodo lebih dari tunggul kayu, kerana tidak tahu percaturan politik. kus semangat terlonjak2 terjerit2 Mahathir boleh jadi PM. Berhujah pula didalam group fb kita beri fakta dijawab dalam komen dengan maki hamun. low calss tiada moral punya macai2 Mahathir ini walau dinilai dari sudut mana pon.

DAP nampaknya telah mula menunjukkan nafsu untuk menyusun kabinet harapan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Baru-baru ini, DAP telah mengumumkan dua tokoh mudanya, Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong akan dilantik sebagai menteri kalau mereka menang Putrajaya dalam pilihan raya nanti. Pengumuman ini sebagai satu strategi menarik undi orang Cina dengan cara menunjukkan calon-calon mereka bakal menjadi menteri.

Tapi apa yang sebenarnya ditunjukkan ialah nafsu DAP untuk mengetuai kerajaan pusat akan datang dan dominasinya sebagai ketua dalam Pakatan Harapan. DAP akan bertanding paling banyak kerusi berbanding parti-parti PH yang lain, dan memegang remote control sebuah parti komponen PH, Parti Amanah Negara (PAN).

Parti Cina ini telah menunjukkan kesombongan sepanjang menguasai PH dan telah menunjukkan bagaimana ia menggunakan kuasa sejak menguasai kerajaan Pulau Pinang. Strategi menamakan dua pemimpin muda sebagai bakal menteri ialah tawaran DAP kepada orang Cina.

Mereka menawarkan calon-calon yang bakal menjadi menteri, maka mereka menuntut agar orang Cina mengundi calon yang mereka tawarkan. Kalau menteri pun mereka sudah rancang dan idamkan, bermakna mereka akan mahu melantik lebih ramai menteri lain.

Kalau pemimpin muda sudah dicanang akan dilantik menteri, tentulah pemimpin yang lebih senior dan daripada kumpulan yang rapat dengan keluarga Lim akan dilantik juga. Sudah tentulah pemimpin DAP yang lebih senior seperti Lim Guan Eng akan dilantik ke jawatan menteri yang lebih kanan seperti timbalan perdana menteri.

Ini semua menunjukkan DAP sudah cukup yakin akan menang besar dalam PRU14 ini, dan ia berani menunjukkannya kepada pengundi. Sejarah penguasaan DAP di Pulau Pinang dan Selangor telah menunjukkan kerakusan mereka terhadap musuh politik apabila berkuasa.

Di dalam parti sendiri pun, sudah terserlah sikap diktator mereka sehingga sebarang kritikan akan menyebabkan tercantas. Memberi undi kepada parti gila kuasa seperti ini hanya akan memudaratkan rakyat dan negara.



Azmin, Ummi Terdesak Hadapi PRU14, Mereka Bullshit – Azwan Ali

Baru-baru ini,Azwan Ali menyifatkan kehadiran Ummi Hafilda pada program Pakatan pembangkang bagi memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak dan sekadar mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Turut dihadiri sama, abangnya yang merupakan menteri besar Selangor dan juga timbalan presiden PKR,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Azwan menyifatkan kehadiran Ummi Hafilda pada program Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak dan sekadar mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Malah, Azwan menegaskan, dia tidak lagi mempunyai hubungan keluarga dengan kedua-dua mereka. “Jawapan spontan saya, siapa Ummi Hafilda? Saya harap dia tengok rakaman video ini. Siapa kamu yang nak tetap dapat perhatian, cari publisiti? Siapa kamu?

“Nak aku dedahkan semua perangai buruk kau pada media? Apa yang kau cakap pasal si dia dalam keluarga? Kamu patut tahu (apa yang kamu cakap tentang) seorang yang bernama menteri besar Selangor.

“Ini semua sikap puak-puak terdesak nak menghadapi PRU14. Jadi mereka ini bullshit,” katanya ketika ditemui Malaysiakini, semalam. Ahad lalu Ummi Hafilda yang sebelum ini sering tampil mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan apabila hadir pada majlis kutipan dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurut Ummi Hafilda, kehadirannya adalah kerana dia setia dengan kepimpinan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai perdana menteri yang terbaik di negara ini. Ummi Hafilda malah menawarkan diri untuk membuat jelajah satu Malaysia bagi memperbetulkan persepsi negatif orang ramai terhadap bekas perdana menteri itu serta menegaskan tidak akan sekali-kali berceramah untuk Umno lagi.

Mohamed Azmin yang mengulas kehadiran Ummi Hafilda itu berkata, dia mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak termasuk daripada adik perempuannya itu. Mengulas lanjut, Azwan berkata Ummi Hafilda kini terjerat untuk mendapat sokongan kerana perlu bergantung kepada Dr Mahathir. “Dia terjerat, dia tak ada modal dan dia terpaksa hanya kerana seorang pemimpin ini, saya tak nak sebut.

Saya tahu rakyat boleh nilai. Saya pun tak berkenan dengan identiti pemimpin yang tua nyanyuk ini. “Kalau saya cop dia sebagai tua nyanyuk, merapu. Jadi saya takkan sokong mereka sama sekali. Saya nampak dendam kesumat mereka untuk rampas kuasa.

Bukan untuk rakyat sangat tapi untuk mencerahkan nama masing-masing yang kononnya hebat. “Banyak lagi pemimpin pembangkang yang hebat tapi bukan mereka berdua (Azmin dan Ummi).

Saya tahu mereka kerana mereka adik-beradik saya. Sudah tentu saya kenal mereka kerana mereka darah daging saya, tapi bekas ya. Geli nak mengaku dua nama busuk ini sebagai adik beradik saya,” katanya.

Azwan bagaimanapun tidak menjelaskan “terjerat” yang dimaksudkannya. Azwan juga menggesa seluruh rakyat Malaysia tidak memberikan sokongan Mohamed Azmin dan Ummi Hafilda. “Hindari dua orang ini.

Kamu boleh undi sesiapa sahaja tokoh pembangkang, saya tak rasa apa. Itu hak mereka. Tapi jangan sampai rakyat yang saya sanjung ini mengundi dua nama terbusuk ini. “Saya cakap begini bukan kerana sokong Najib dan BN.

Tapi mereka berdua ni bodoh. Jadi berhenti mengundi mereka. Mereka cuma terdesak nak dapat kuasa tapi orang bodoh saja undi mereka,” katanya. Permusuhan adik-beradik itu antaranya melibatkan laporan polis yang dibuat Azwan mendakwa Mohamed Azmin terlibat dalam skandal seks, seperti dilapor sebuah blog sebelum ini.

 Selain itu, Azwan juga pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Mohamed Azmin terlibat dengan rasuah. Ketika ditanya perkembangan kedua-dua kes tersebut, Azwan menjelaskan bahawa sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas Mohamed Azmin. -PRU14.TV

Rafidah Sebar Berita Palsu

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (dan AP), Tan Sri Rafidah Aziz, menggunakan akaun Facebook “Rafidah Aziz Malaysian Citizen” untuk membuat beberapa dakwaan mengenai perbincangan kabinet pada penghujung 2008.

Menurut akaun tersebut, Rafidah mendakwa pada penghujung 2008, Perdana Menteri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, telah membawa cadangan pembangunan tanah Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara dalam keadaan yang meragukan. Menurut beliau lagi, kabinet meluluskan cadangan tersebut walaupun beliau membantah.

SURAT TERBUKA KAPADA PM Bismillahirrahmanirrahim DATO’ SRI PM, Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato’ Sri Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi.

Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ‘ SRI , atas PERKARA2 BERIKUT :

Masalah kepada kenyataan Rafidah Aziz ialah beliau digugurkan dari kabinet pada Mac 2008. Bagaimana beliau boleh mendakwa membantah satu cadangan kertas kabinet pada penghujung 2008?  
Tindakan undang-undang wajar diambil ke atas Rafidah Aziz kerana menerbitkan berita palsu yang boleh menjejaskan kestabilan negara kerana ini membabitkan tuduhan ke atas Perdana Menteri dan juga Angkatan Tentera Malaysia.

Rafidah mungkin akan menafikan akaun tersebut miliknya. Hakikatnya sebelum ini beliau tidak pernah menafikan bahawa akaun facebook tersebut telah memalsukan i
dentitinya.-MYKMU.NET

Mahathir Guna Logo Mata Lebam

Cuba tonton Video ini.Kita akan sedar betapa teruknya PKR dan Mahathir Siapa menyangka parti PKR yang ditubuh di atas jalan raya kerana kekejaman Mahathir kini digunakan oleh Mahathir dalam PRU ke 14 semata-mata gila mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Tian Chua dalam kenyataannya mengenang Parti Keadilan Nasional sebagai sebuah parti yang ditubuhkan 'di jalan raya' oleh orang-orang yang melawan apa yang mereka lihat sebagai ketidakadilan pada waktu itu. "Beza dengan parti lain,

PKR lahir dari jalan raya. Kita bukan daftar dengan ROS dulu kemudian masuk bertanding. "Pemimpin kita berjuang, mereka dihina dan mereka ditindas," ucap Tian Chua menceritakan kezaliman Mahathir.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkongsi pengalaman beliau menyaksikan Mahathir memakai logo PKR di bajunya dalam suatu majlis di Pasir Gudang, Johor.

"Saya nak kongsi cerita bila mantan perdana menteri, yang dulu kita panggil dia nama macam-macam, setuju untuk pakai lambang PKR. Saksikan Sandiwara politik Mahathir dan Anwar dulu hingga kini.


Hapuskan Dajjal Mata satu Pada PRU14

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa rakyat supaya menolak pemimpin berusia 93 tahun ‘lidah bercabang’ yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.

Titah baginda, pemimpin berkenaan bukannya mahu memperbaiki negara, sebaliknya mahu merosakkan negara mengikut hawa nafsunya. Malah titah baginda lagi, pemimpin politik berkenaanlah yang cuba menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu melalui kepemimpinan diktatornya.

Bagi TMJ, UMNO masih lagi parti yang baik dan terbukti berupaya memelihara kesejahteraan rakyat.

Berikut kenyataan penuh TMJ : HANYA PANDANGAN PERIBADI SAYA

Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya. Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya.

DYMM Sultan Johor dan saya saling berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor. Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti extrimis, menaiktaraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan. Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara.

Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu.

Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka akan menabur janji-janji manis. Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.

Semua maklum bahawa UMNO dilahirkan di negeri Johor, di dalam istana negeri Johor. Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham. Bagi pandangan saya, UMNO perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna UMNO perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hiraki.

Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi. Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan UMNO, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi.

Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami. Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara.

Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah. Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya,

“Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.” Begitu juga dengan kisah Prebet Adam dimana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.

Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar.

Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan Prebet Adam dan Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari didalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya.

Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhnya di dalam negara. Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular.

Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang. Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’.

Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan. Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara.

Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada didalam kerajaan. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Jikalau anda mahu berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.

Jikalau kami mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh mengubah segala-galanya daripada dalam. DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan tersendiri.

Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua. Ia adalah sulit dan rahsia. Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk menjatuhkan kerajaan.

Kita perlu mengubahnya daripada dalam. Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk didalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu kemana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama rakyat.

Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM Sultan Johor dan saya sendiri. Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua untuk dijadikan sebagai contoh.

Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi. Bola sepak hanyalah minat saya. Pada 30hb Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi JOHOR Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina dan kami akan bina yang lebih baik. Ia adalah satu pembayang apa yang ingin saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu.

Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi hari ini saya akan kongsikan kepada semua. Misi saya ketika menyertai FAM adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada. Ia juga untuk menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan Persatuan Bolasepak adalah terhad.

Mereka hanya menjaga Jawatankuasa tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan. FAM juga tidak lagi memberi arahan dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan pentadbiran liga. Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan dimana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga kepentingan Malaysian Football League (MFL).

Ini adalah sebab kenapa saya keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada Persatuan Bolasepak sama seperti di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga seperti Laliga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England), Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL.

Tetapi jangan salah tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Dia bukan proksi tetapi dia adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL. Ini diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang dari keluarga dan hidup di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia. Kami juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza.

Jika anda lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan disini untuk mengawal takdir sesebuah negara. Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia terkeluar daripada ‘order’ tersebut.

Itulah tanggungjawab kami dan ia akan sentiasa menjadi tugas kami. Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan. Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit.

Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.

Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita.

Jangan kita berpecah belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar. 

Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya bekerja bersama nakhoda tersebut. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


Waspada Umat Islam! Ditipu DAP Anti-Islam Berlogo PKR

SEMUA maklum, Pakatan Harapan (PH) dicanangkan blok pembangkang empat parti bukanlah sebuah organisasi sah yang hanya cuba ‘meniru’ konsep Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO.

Ditubuhkan sejak 2015 lalu sebagai menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang dibubarkan DAP sendiri kerana berbalah dengan PAS, gabungan longgar itu juga tidak diiktiraf pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Senang cakap,

PH sebenarnya memang pertubuhan haram sama seperti kumpulan militan radikal Daesh atau kelompok ajaran sesat ekstrem seperti Ayah Pin atau gabungan badan bukan kerajaan popular seperti Bersih. Sehingga kini,

PH masih lagi gagal berdaftar dengan pihak ROS waima logo bersama blok itu yang konon akan diserahkan pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam masa dua hari, pun tidak nampak bayangannya lagi!

Lebih lucu, sudahlah sekretariat PH berpecah ikut ibu pejabat parti masing-masing sama ada di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, Selangor, pemimpin blok itu juga ada tiga nama jawatan iaitu Ketua Umum, Presiden dan Pengerusi.

Ketepikanlah cerita caca-marba itu, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini pun PH gagal memuktamadkan satu logo bersama dan akhirnya terpaksa pula diputuskan penggunaan dua logo untuk dua wilayah yang berbeza.

Lambang mata satu PKR bakal dijadikan logo untuk calon PH di Semenanjung Malaysia manakala lambang roket yang juga bendera rasmi DAP digunakan mereka di Sabah dan Sarawak. Wow! Fesyen hipster lawak apakah ini?

Malangnya tanpa disedari semua, inilah antara cara PH menipu rakyat Malaysia di seluruh negara. Sebenarnya ini jugalah cara DAP mengaburi mata umat Islam apabila bijak menyamar memakai logo PKR di kerusi ‘panas’ tertentu.

Umum maklum, DAP bakal mempertaruhkan ramai calon wajah Melayu yang dilatih khas Sekolah Demokrasi milik parti itu untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu atau bercampur dalam PRU ke-14 bagi memecah undi Melayu.

Bagi umat Islam yang konservatif, sebut sahaja nama DAP apatah lagi melihat lambang roket, terbayang imej rasis dan cauvinis tebal parti itu yang memang jelas ‘totok’ anti-Islam selain anti-Melayu termasuk institusi beraja.

Justeru, kejayaan DAP berlakon kulit dengan lambang PKR, hakikatnya merupakan strategi penipuan terbaik malah bijak menggunakan alasan konon birokrasi ROS tidak meluluskan pendaftaran PH menjadi satu blok politik formal.

Walhal semua maklum, PH gagal diluluskan pendaftarannya oleh pihak PH akibat masalah dalaman PPBM sendiri melanggar perlembagaan partinya sendiri dengan lawak sarkas jelik seolah-olah memang sengaja mahu dibubarkan.

Syabas DAP berjaya menipu pengundi Melayu! Kepada umat Islam, nasihatnya mudah… Awas permainan licik DAP dan ingatlah setiap undi anda kepada calon PH yang berlogo PKR itu sebenarnya adalah juga undi kepada DAP.

 Undi DAP, bererti undi kepada fahaman liberalisme, pluralisme waima pro-LGBT yang dilaknat Allah dan paling ditakuti, anda mengundi untuk menghancurkan hak istimewa Melayu. Fikir-fikirkanlah!



UMNO Ambil Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR – Satu tindakan tegas harus diambil demi menjaga maruah parti keramat UMNO. Ia susulan penahanan seorang ketua bahagian yang ditahan polis dan didapati positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, pada Isnin.

 AJK UMNO Bahagian Rembau, Mejar (B) Razali Zakaria menggesa parti itu memecat seorang ketua bahagiannya yang ditahan kerana terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah. 

“Sebagai ahli Umno yang prihatin kami mendesak UMNO Malaysia menyiasat dengan terperinci serta mengambil tindakan tegas memecat ketua bahagian Umno terbabit.

 “UMNO juga perlu memecat sebarang jawatan yang disandang ketua bahagian terbabit dalam kerajaan atau mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

 Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Jamalullail pula berkata, penahanan ketua bahagian yang didapati positif dadah itu juga telah mencalarkan imej UMNO dan seterusnya akan menjejaskan persiapan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

“Bagaimana UMNO nak tonjolkan kepada masyarakat bahawa UMNO ini parti yang boleh dijadikan contoh kalau mengambil syabu pemimpinnya, mengambil dadah? “Itu sebab saya hadir ke sini sebagai pemimpin akar umbi menegaskan dan berharap UMNO ambil tindakan terhadap pemimpin ini,”katanya.

 Razali dan Syed Rosli ditemui selepas menyerahkan memorandum di Bangunan Menara Dato’ Onn di PWTC bagi menggesa tindakan diambil terhadap ketua bahagian berkenaan.


PPBM DiKecam Oleh Akar Umbi Sendiri

Ini arahan siapa? mestilah arahan dari taiko. Kalau tidak masakan orang-orang bawahan berani bertindak sendiri tanpa rujuk kepada ketua. Dalam suasana PRU14 semakin tiba, pihak ini sudah terdesak dan menghalalkan cara untuk diiktirafkan oleh RoS bahawa parti Munge (PPBM) sudah terdaftar secara sah.

Semua ahli munge diseluruh negeri parti ini bertapak mengatakan mereka tiada pernah menghadir mesyuarat, tapi tiba-tiba sahaja orang-orang tertentu sudah menyerahkan kepada RoS laporan mesyuarat cawangan dan bahagian dan siap dengan penyata kewangan parti.

Ahli-ahli akar umbi ada maruah tidak mahu minta sedekah dan menumpang mana-mana parti, hanya tiga taiko besar sahaja yang berminat dan tawarkan diri nak bertanding atas tiket DAP.

Akar umbi curiga dokumen PPBM kepada RoS 31 MAC:

Ahli PPBM Selangor, mempersoalkan ketulenan beberapa dokumen yang didakwa diserahkan parti itu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Ahli PPBM Gombak, Mohd Azimin Muhamad, mendakwa mereka mengesyaki dokumen membabitkan mesyuarat cawangan dan bahagian yang diserahkan kepada RoS pada Khamis lalu, adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin kepemimpinan parti itu boleh menyiapkan dokumen terbabit memandangkan PPBM tidak pernah mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan, lapor BH. “Kami tidak pasti mengenai (ketulenan) laporan kewangan, tapi jika membabitkan laporan mesyuarat cawangan serta bahagian, itu kami sangat tahu. “Mana ada mesyuarat di cawangan dan bahagian.

Bukan saja di Selangor, rakan kami di Pulau Pinang, Kedah serta Kelantan juga menyatakan mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana mesyuarat PPBM. “Jadi, laporan apa yang dihantar kepada RoS? Saya percaya ini satu bentuk penipuan kepada RoS dan pengkhianatan kepada ahli PPBM seluruh negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, yang turut dihadiri ahli PPBM Shah Alam, Tanjong Karang dan Sepang. Kelmarin,

PPBM dalam kenyataannya, berkata parti itu sudah menyerahkan dokumen membabitkan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti seperti yang dituntut RoS pada Khamis lalu jam 2.45 petang. Pada 16 Mac lalu,

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut ROS, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan kerana ia belum dan tidak dapat dilaksanakan. Mohd Azimin berkata,

Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya, perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu. “Pada kami, ini satu manipulasi fakta mesyuarat, pemalsuan minit mesyuarat cawangan dan bahagian serta jenayah kerana menipu jabatan kerajaan.

“Jika ini pembohongan, pasti RoS akan mengambil tindakan serius terhadap PPBM. Jika sesuatu terjadi pada parti, adakah kami (ahli) akan jadi peminta simpati atau sedekah kepada parti lain dalam Pakatan Harapan?

“Adakah kami akan menumpang DAP atau PKR? Kami ahli PPBM, bukan peminta sedekah,” katanya. Sehubungan itu, katanya, ahli parti digesa membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan dia sendiri akan membuat laporan polis, Selasa depan.