Mahathir Ada Beranikah Sahut Seruan Pas Ini?

PAS meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan barisan kabinet yang sempurna terlebih dahulu, sebelum sesuatu tindakan drastik diambil termasuk siasatan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang siasatan dan tindakan terhadap mana-mana individu. "Namun perlu berlaku adil dan kita jangan membalas dendam terhadap sesuatu pihak sahaja.

"Kerajaan baru di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN) ini perlu disusun secara sempurna terlebih dahulu. Jangan tergopoh-gapah buat siasatan, pecat 'orang berkenaan', sedangkan kabinet belum dibentuk," katanya pada sidang media pada Majlis Jamuan Rakyat dewan undangan negeri (DUN) Demit, di Kota Bharu, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, PAS mengambil sikap tidak menuduh mana-mana pihak sehinggalah ia terbukti bersalah di mahkamah. "Namun, siasatan mestilah dibuat bukan zaman Najib sahaja, sebaliknya zaman Tun Dr Mahathir juga perlu dibuat seperti isu forex," katanya. 

Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam ucapannya berkata, tindakan anggota DUN BN yang lompat parti di Sabah dan Perak membuktikan parti itu tiada tunjang utama dan tidak istiqamah sebagaimana PAS.
"Fenomena yang berlaku itu boleh dijadikan pengajaran dan iktibar oleh PAS untuk terus kuat. "PAS pernah kalah dan disekat bantuan, namun kita tetap istiqamah dan tidak meninggalkan parti," katanya.

"MAHATHIR JANGAN MAMPOS DALU" Nga Kor Ming

DAP sentiasa menghina Mahathir dari dulu hingga kini dan selamanya namun perkara tersebut tidak mengganggu beliau.

Mahathir rela dihina DAP. (macai2 dan penjilat Mahathir juga tak kesah) Sememangnya beliau mengamalkan politik haiwan. Dalam satu video yang menjadi viral di media sosial, Nga Kor Ming menghina Mahathir seteruk teruknya dengan meletakkan Mahathir di neraka bersama Lee Kuan Yew.

Sebagaimana yang kita tahu, orang kafir tidak akan masuk syurga dengan semua kejahatan yang beliau lakukan bersama pakatan pembangkang diketuai DAP. Ini ayat kasar yang Nga Kor Ming gunakan terhadap Mahathir. Beliau dengan biadap mengatakan Lee Kuan Yew sedang menunggu “di atas” untuk main mahjong dengan Mahathir sambil Nga menuding jari pada gambar Mahathir.

Semua hadirin ketawa dengan ayat Nga Kor Ming itu. Namun Mahathir dan anak-anaknya tidak sedikit pun marah dihina sedemikian. Tambah Nga Kor Ming lagi,

“kita berdoa Mahathir jangan MAMPOS lagi, agar umurnya panjang. PRU kali ini adalah ‘konsert perpisahan’ bagi Mahathir”

“Lee Kuan Yew hubungi Mahathir, tanya dia, kau bila nak naik atas ni?. “Anak muda” kita ini (Mahathir) kata ” mana boleh mampus lagi, aku ada satu benda lagi tak selesai.

Apa benda tak selesai? , Jatuhkan BN dululah. Seterusnya anda boleh dengar kata-kata biadap Nga Kor Ming dalam video dibawah.

Video Player 00:00 01:54 Sungguh terdesak Mahathir sehingga sanggup dihina DAP sedemikian rupa. Rakyat Malaysia harus tolak pakatan pembangkang diketuai DAP yang tidak peduli akan maruah manusia. Rakyat hanya sampah bagi pakatan terutamanya orang Melayu.





Dicabar Jawab Isu Ada 488 Syarikat, RM170 Bilion


Mantan Ketua Srikandi PPBM itu berkata, Mahathir juga perlu menjelaskan bagaimana anak-anaknya dapat banyak keistimewaan dengan peroleh pelbagai kontrak dan tender daripada kementerian dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Ini berlaku ketika era pentadbiran Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun di sebalik imej anak-anak Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu tidak begitu menonjol serta terlibat aktif dalam bidang politik tempatan.
Selain itu, Anina juga menggesa bekas menteri kewangan zaman Mahathir, Tun Daim Zainuddin menjelaskan bagaimana beliau memiliki dana begitu besar untuk membeli Kumpulan Bank ICB Financial Group pada 1994.
Institusi perbankan tersebut dipercayai mampu memiliki rangkaian di 13 buah negara dan secara kebetulan pada masa itu pula, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) pula merekodkan kehilangan RM30 bilion secara misteri.
“Adakah kehilangan RM30 bilion daripada rizab BNM ketika itu ada kaitan dengan kekayaan sepantas kilat Daim kerana Daim juga adalah Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas transaksi-transaksi misteri.
“Ia pernah menyebabkan BNM kehilangan dana begitu besar iaitu terbesar dalam sejarah bank di dunia, sebelum beliau (Daim) kemudian meletakkan jawatan pada 2014,” kata Anina dalam sidang akhbar di Langkawi hari ini.
Tambah beliau lagi, Mahathir tidak boleh menutup isu tersebut dengan cuba membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion yang sudah lama selesai dan tidak relevan lagi.
“Derma politik daripada keluarga diraja Arab Saudi dan isu 1MDB telah ditimbulkan kembali oleh kem Mahathir dengan sengaja untuk mempengaruhi pengundi terhadap isu lapuk sebenarnya yang telah lama selesai.
“Pada saya, isu sebenar yang perlu diselesaikan menjelang hari pengundian pada 9 Mei ini adalah dengan menjawab segala persoalan cepumnas mengenai kekayaaan ahli keluarga dan kroni-kroninya,” kata Anina.
Sementara itu katanya, penglibatan kartel lama melibatkan Daim; Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim dalam kempen Dr. Mahathir menimbulkan rasa sangsi kepada rakyat khususnya di Langkawi.
“Tindakan itu adalah sangat ironik apabila kumpulan kartel lama yang telah mengumpul begitu banyak kekayaan ketika era Mahathir yang mengamalkan budaya kronisme dan salah guna kuasa itu, kini tiba-tiba tampil semula.
“Ia kononnya bersama Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia. Adakah kumpulan ini mahu menyelamatkan Malaysia? Ataupun mereka hanya mahu menyelamatkan diri sendiri,” soal Anina dengan nada sindiran.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada lebih 42,000 pengundi di kerusi Parlimen Langkawi supaya menolak Mahathir, 92, yang menjadi calon pakatan pembangkang di situ pada pilihan raya umum Rabu nanti.
“Jangan kita gadaikan masa depan Langkawi dengan memberi undi kepada Mahathir yang hanya dipergunakan oleh DAP,” tegas Anina.

DAP Rangka Manifesto PRU-14


KUALA LUMPUR – Bekas Pengasas PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa manifesto gabungan pembangkang PKR bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dilancarkan pada Mac lalu adalah ‘manifesto DAP’ kerana dirangka oleh parti itu tanpa mengambil kira pandangan sekutunya yang lain.

Beliau yang tampil dalam sidang akhbar hari ini mengemukakan bukti dokumen ber­cetak manifesto yang dikatakan dihasilkan oleh DAP itu daripada seorang individu dipercayai ahli parti berkenaan dan mendapati kandungannya tidak berbeza dengan manifesto yang dibentangkan oleh gabungan itu. 

“Apabila saya mendapat dokumen ini, ia sama sahaja dengan manifesto gabungan pembangkang PKR. Saya tertanya-tanya adakah ini manifesto gabungan pembangkang PKR atau DAP?” soalnya. Beliau yakin Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak tahu menahu mengenai manifesto yang dikeluarkan itu berikutan beliau dilihat teragak-agak apabila diminta me­ngulas mengenai janji-janji dalam manifesto berkenaan terutama cadangan menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Ini sekali gus membuktikan Dr. Mahathir diperalatkan untuk kepentingan DAP. Saya yakin manifesto ini tidak mengambil kira pandangan atau perancangan rapi daripada parti-parti gabu­ngan pembangkang lain. Sebaliknya manifesto lengkap disiapkan DAP kemudian menjadi manifesto gabungan itu,” katanya.

Beliau seterusnya mempertikaikan peranan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang PKR berikutan DAP dilihat paling dominan sehingga menghasilkan manifesto untuk gabungan itu. “Siapa DAP dalam gabungan itu? Adakah peranan Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau menjadi alat untuk menentukan bahawa segala yang direncanakan DAP akan tercapai seterusnya beliau diperkudakan oleh DAP.

“Masyarakat khususnya Me­layu perlu berfikir adakah ini yang mereka mahu. Jika saya katakan ini tidak benar, saya berharap pihak bertanggungjawab tampil menafikan kenyataan ini kerana saya mempunyai bukti kukuh.” katanya. Beliau berjanji akan mengadakan beberapa lagi siri pembongkaran dan pendedahan mengenai muslihat DAP sepanjang kempen PRU-14