LAPORAN POLIS TERHADAP TUN MAHATHIR MOHAMAD & MR LIM GUAN ENG



PENGUMUMAN:

DERAF:
LAPORAN POLIS TERHADAP TUN MAHATHIR MOHAMAD & MR LIM GUAN ENG
12.6.2020

Laporan ini dibuat ekoran dari pendedahan YB Tengku Zafrul, mengenai keadaan Kewangan Negara dan cadangan penubuhan RCI untuk menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mr Lim Guan Eng tanpa prejudis.

Rakyat terus terus dibohongi dan dimomokkan oleh Regim Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Mahathir dengan cerita palsu kononnya hutang negara yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN membuatkan negara berada di dalam keadaan kewangan yang cukup kritikal.

Malah PH melancarkan Tabung Harapan yang berjaya mengumpulkan hingga melebihi RM200 juta hasil dari sumbangan rakyat yang terpedaya dengan cerita karut PH.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan PH membuat pinjaman luar yang bernilai ratusan bilion ringgit, menjual hampir kesemua aset strategik orang Melayu yang bernilai puluhan bilion ringgit di Khazanah Nasional, Tabung Haji, LTAT dan lain-lain.

Selepas itu harta Petronas pula telah dijarah berjumlah puluhan bilion ringgit, bantuan kepada rakyat merhaen disekat, puluhan ribu penjawat awam diberhentikan kerja dengan alasan keadaan kewangan negara yang tenat dan rakyat diminta supaya mengikat perut kononnya untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

Selama hampir 22 bulan rakyat diperbodohkan dengan lakunan Regim PH.

Namun segala-galanya terbongkar apabila kerajaan sekarang mengumumkan bantuan segera kepada rakyat dengan dana melebihi RM250 billion.

Rakyat tertanya-tanya, apakah hanya selepas sebulan PH tumbang, secara-cara tiba-tiba sahaja kerajaan sekarang mempunyai wang yang cukup Dan kukuh sehingga berani membelanjakan RM250 billion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Khas ekoran Covid19?

Bagaimana kerajaan sekarang mendapat duit tanpa membuat apa-apa pinjaman dari luar, malah tidak menjual sebarang aset negara sedangkan sebelum ini Regim PH selalu memomokkan cerita hutang negara berjumlah RM1 trillions?

Pekong Regim PH kini terbongkar sekali gus menjawab persoalan rakyat bila Menteri Kewangan, Tengku Zafrul membuat kenyataan beliau merasa hairan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri kerajaan PH dan Mr Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu membuat pinjaman sedangkan keadaan kewangan negara adalah kukuh!!

Rakyat ingin bertanya apa tujuan sebenar Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang? Kenapa mereka berdusta!?

Apa muslihat mereka?

Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negara?

Tengku Zafrul dilaporkan berkata :

"Adalah menjadi persoalan besar bagi saya kenapa kerajaan Pakatan Harapan begitu rakus membuat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kedudukan negara masih kukuh?"

"Apa sebenarnya motif Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan ketika itu telah menimbulkan banyak tandatanya”

Laporan Polis ini dibuat untuk membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci, seterusnya menubuhkan RCI untuk merungkai Skandal terbesar tanah air ini.

Kami Rakyat Prihatin mewakili pelbagai NGO menuntut dan mendesak agar Kebenaran dan Keadilan ditegakkan.

Wallahua'lam.

Alkesah Mahathir YTL

TUN MAHATHIR, YTL GROUP DAN KEZALIMAN PENGUASAAN IPP YANG RAMAI TIDAK TAHU.

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

BAGAIMANAPUN, legasi Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun Mahathir telah berkubur. Akhirnya IPP ciptaan Mahathir sebagai pembekal tenaga kepada TNB yang dianggap paling kejam di dunia tutup buku.

Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September 2015 yang lalu. Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yang tidak adil kepada TNB itu adalah DS Najib Razak yang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad & sekutunya cuba gulingkan sekarang ini.

Ia perjanjian paling kejam kerana TNB dipaksa membeli "Tenaga" dengan harga paling mahal daripada YTL yang menyebabkan Tarif Elektrik di Malaysia mahal dan membebankan rakyat. Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia.
Bos YTL sebelum ini dalam satu majlis forum pernah dgn angkuh menyatakan kejayaan YTL adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.

YTL yang merupakan kroni Tun M semasa dia jadi PM memang pembohong besar.
⚠ Apakah IPP bukan projek kerajaan?
⚠ Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central?
⚠ Apakah projek 1Bestarinet yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan?
(Sekarang terbukti, projek 1Bestarinet gagal terutama untuk sekolah di kawasan pendalaman.)

Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat tycoon Cina YTL mengaut "wang percuma" selama 21 tahun.

Tetapi terima kasih Najib Razak kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat dan kesemua ini berlaku melalui #1MDB yang membeli beberapa IPP tersebut.

Dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli "tenaga" dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak perlu tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai "lebihan" tenaga. Beli tetap kena beli walaupun tidak digunakan.

Sebab itu perjanjian PPA ciptaan Mahathir itu dianggap paling kejam di dunia. Paling kejam sekali ialah dalam PPA tersebut ada klausa yg mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yang tetap dan tidak berubah.

Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL.
MEMANG KEJAM DAN
LINTAH DARAT !!!!

TS Arne Arope mendedahkan kos sebenar kepada TNB untuk mengeluarkan "tenaga" ialah RM0.08 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Mahathir memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM0.23 sen.

Akibatnya Arne Arope bersemuka dgn Mahathir dan menyatakan "Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it". Dianggarkan YTL untung RM 1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun.

Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?
1 Oktober 2015 sepatutnya hari terakhir jalinan kontrak antara TNB dan YTL. Matlamat awal Najib sekiranya apa yg dirancang menerusi 1MDB berjalan lancar maka TNB akan tidak lagi sambung lesen YTL Energy. Namun, gara-gara reputasi 1MDB yang teruk tercalar angkara musuh kerajaan, di dalam dan di luar menyebabkan 1MDB dan Najib Razak terpaksa membatalkan perancangannya itu, dan hanya menumpukan kontrak-kontrak dari luar Malaysia.

Mengikut laporan terkini, hanya 3 syarikat yang membida untuk mendapatkan lesen dari TNB, antaranya sudah tentulah YTL Energy, MALAKOFF dan sebuah lagi syarikat..seperti dijangka dan seperti yg dikehendaki oleh ramai musuh Najib dan kerajaan, YTL berjaya memenangi bidaan untuk kontrak sementara..

SUMBER lain pula menyatakan bahawa IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni Mahathir dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996.
Namun tindakan Najib Razak menghapuskan subsidi untuk IPP itu telah menyebabkan kroni-kroni belaan Mahathir 'naik minyak'.

Mereka kemudiannya telah menghasut agar mantan Perdana Menteri itu mengunakan seribu satu cara untuk memastikan Najib 'disingkirkan' agar pendekatan dan sistem lama yang digunapakai sebelum ini dapat dikembalikan.

Ini kerana tindakan 'berani mati' yang dilakukan Najib Razak untuk menyelamatkan kewangan negara dari terus mengalir kepada golongan yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan mereka kehilangan 'saluran kewangan'.

Atas sebab itu 'gerakan' perlu dilakukan agar Najib Razak berundur dan individu yang paling layak melaksanakan tugas tersebut ialah Mahathir.

Dengan populariti yang ada pada Mahathir ditambah dengan 'jasa' beliau mentadbir negara selama 22 tahun, rakyat sudah pasti akan percaya bulat-bulat apa yang keluar dari mulutnya.

Ditambah dengan ayat-ayat manis Mahathir 'saya lakukan ini untuk rakyat dan negara' sudah pasti masyarakat akan menelan bulat-bulat setiap butir perkataan yang keluar.

Sedangkan pada hakikatnya semua tindakan yang dilakukan oleh Mahathir ini adalah untuk menjaga 'periuk nasi' kroninya dan bukannya untuk rakyat.

Lebuh Raya Mahathir khianat

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA oleh Arwah TUN RAZAK yang Dikhianati Oleh Tun M
Usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)...
Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.
Dalam artikel ini, saya mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.
Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.
Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.
Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.
JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.
Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu.
Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.
Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan.
Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.
Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.
Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang jual kepada pemodal asing. Lebih gila untuk difikir apabila anak syarikat yg untung diswastakan manakala yg rugi kekal ditanggung oleh negara.
Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.
UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal.
Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.
Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi beray sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M dan proksi mereka.
Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini.
Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.
Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut...
Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?...
Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas... Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar 'PAMPASAN', sesuatu yang sangat tak masuk akal...
Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...
Panjang lagi kisah ni cuma saya pendekkan bagi pembaca mudah hadam.
Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh bace ni... dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ni...
Tetapi bila Malaysia jadi maju kaya bawah Dr M keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj tol kutip hasil titik peluh rakyat... Kat mana logiknya?...
Nampak sgt Dr M ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara...


Skrip basi

Skrip semua salah Najib sudah basi
By Manzaidi Mohd Amin - 17 May 2020


KUALA LUMPUR – Skrip “semua salah Najib” sudah basi, kata Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jalil.


Justeru, beliau menyarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz mencari skrip lain, selain menyalahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Tadi, Mukhriz berkata dia jatuh sebagai Menteri Besar Kedah kali ini sebab Najib. Dia kata, Najib adalah watak utama atau protagonist sebenar di belakang kejatuhannya.


“Saya ingin sarankan kepada Mukhriz dan ayahnya (Mahathir) supaya cari skrip lainlah, skrip “semua salah Najib” ini sudah basi. Seperti yang saya sebut sebelum ini, Najib bukan lagi Perdana Menteri ataupun Presiden UMNO.


“Yang keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah jatuh itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, bukan ADUN UMNO,” katanya dalam kenyataan yang dipetik media hari ini.


Mukhriz dalam sidang media mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar hari ini, menggambarkan Najib sebagai pembawa watak protagonis sebenar dalam usaha menggulingkan beliau sejak tahun 2016 lagi.


Beliau menyatakan, tindakan Najib itu tidak lain tidak bukan bertujuan melepaskan dirinya dari tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.


Menurut Isham, dalam kerajaan PH Kedah, UMNO hanya mempunyai dua ADUN sahaja.


“Sebenarnya ia salah Mukhriz sendiri dan beliau perlu bertanggungjawab serta menerima kenyataan itu.

“Hakikatnya, rakyat Kedah sering lihat Menteri Besarnya selalu balik ke Kuala Lumpur seakan Mukhriz tidak selesa duduk di Kedah. Bahkan, peruntukan kepada wakil rakyat juga tidak diberi secara sama rata macam ada pilih kasih,” katanya.


Mengenai dakwaan Mukhriz bahawa Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga dikatakan menjadi dalang kejatuhannya, Isham berkata, Menteri Dalam Negeri itu adalah Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bukan UMNO.


“Mukhriz juga hendak bertanding jawatan Presiden PPBM bagi mencabar Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Dr. Mahathir pula membuat usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri di Parlimen.


“Ini semua tentunya mengundang tindak balas setimpal yang sepatutnya telah diagak oleh Mukhriz dan Dr. Mahathir. Bagaimana pula tiba-tiba Najib juga yang salah?.


“Jika kita bergantung dan percaya kepada Dr. Mahathir, anaknya dan konconya, maka mengikut mereka tentunya tidak kiralah walaupun tiada bukti, tiada fakta atau tiada angin dan sebagainya, apa-apa pun Najib tetap salah dalam apa-apa pun hal,” katanya.


Secara berseloroh beliau menyatakan, dua beranak itu rupanya masih takut dengan bayang-bayang Najib, malah mengigau pun mungkin teringat Najib. – MalaysiaGazette


Bila sibacul berbicara

BILA SI BACUL BERSUARA

Sudah tentu Mukhriz Mahathir terpaksa menuding jari kepada orang lain walaupun hakikat sebenar kejatuhan dirinya sebagai Menteri Besar akibat daripada kejahilannya sendiri.

Sungguh menjangkalkan apabila menyatakan bahawa Najib Razak adalah individu di belakang Muhyiddin Yassin.

Kenapa Mukhriz tidak bersama PPBM untuk keluar daripada Pakatan Harapan sedangkan PPBM membuat keputusan kolektif di dalam hal sebegini.

Semuanya kerana Mukhriz sedar, tanpa Tun M di sisinya tidak ada parti politik yang mahukan dia termasuk DAP, PKR dan Amanah.

Satu perkara yang rakyat Malaysia kena faham ialah kenapa Mukhriz bertanding jawatan Presiden PPBM di kala Muhyiddin langsung tidak menganggu gugat jawatan Pengerusi PPBM yang di tandingi oleh Tun M.

Ia jelas membuktikan Mukhriz amat terdesak dan mudah di pengaruhi oleh anasir jahat untuk menghancurkan PPBM sendiri. Apakah Mukhriz yakin jika bersama PH maka dia akan di angkat sebagai Perdana Menteri.

Penafian demi penafian Mukhriz mengenai kuasa akhirnya terjawab hari ini, di mana dia memang bukan pemimpin sejati tetapi muncul di dalam politik atas kepentingan dirinya serta kaum keluarganya sahaja.

Yang pasti, Mukhriz bakal senasib akhirnya dengan Tamrin Ghaffar yang kini hanya menjadi pelacur politik orang lain


Fikir temolok sendiri

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berisiko memburukkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

Ketua Sektor Politik Pertubuhan Gerakan QIAM (QIAM), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata usul itu tidak kena pada masanya ketika negara masih bergelut dengan wabak COVID-19.

Beliau mempersoalkan sama ada bekas Perdana Menteri itu benar-benar sayangkan bangsanya kerana jika usul itu berjaya, ia akan menyebabkan kejatuhan sebuah kerajaan pemerintahan dominan orang Melayu dan Bumiputera.

"Demi kestabilan politik negara, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat selepas pandemik COVID-19 dikalahkan, kerajaan dipimpin Muhyiddin perlu kekal meneraju negara tanpa diganggu Dr Mahathir dengan kerenah politik kepentingan diri yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.

"Justeru, QIAM menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin untuk terus menerajui negara bagi melaksanakan berbagai program keprihatinan dan kesejahteraan rakyat yang menderita akibat wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, yang dikemukakan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi pada 4 Mei lalu, mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Wan Ahmad berpandangan, tindakan Dr Mahathir itu seolah-olah cuba mempertikai kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, seperti termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

"Bukankah pelantikan itu sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan?" katanya.

Wan Ahmad menegaskan, Yang di-Pertuan Agong terpaksa membuat pelantikan selepas Dr Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri atas kerelaannya dan tanpa dipaksa oleh Muhyiddin.

"Apakah kebaikan kepada rakyat, khasnya orang Melayu-Bumiputra di sebalik tindakan Dr Mahathir mengemukakan usul tidak percaya bagi menyingkirkan Muhyiddin, selain untuk kepentingan politik peribadi dan membuka peluang kepada Pakatan Harapan (PH) dan DAP kembali menerajui negara," katanya...


Pelarian Rohingya adalah PATI

(Video) ROHINGYA: ANTARA PERI KEMANUSIAAN DAN MENYUSU KERA DI HUTAN

KDN telah mengesahkan bahawa pelarian Rohingya adalah setaraf dengan pendatang haram atau PATI.
Hakikatnya, isu Rohingya telah meletakkan kerajaan pada situasi serba salah; membantu pelarian seagama atau menyusu kera di hutan tapi anak di pangkuan mati kelaparan’.
Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) DS Hamzah Zainuddin telah mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya.
Hakikat ini adalah kerana Malaysia tidak pernah menandatangani persetujuan atau perjanjian dengan statut Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.
Dengan itu, pelarian Rohingya yang berada di Malaysia pada waktu ini adalah diklasifikasikan sebagai pendatang tanpa izin, atau PATI meskipun mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Justeru, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemuka sebarang tuntutan kepada kerajaan. Malahan lesen memandu UNHCR sekalipun juga tidak boleh digunakan di Malaysia.
Kehadiran mereka di negara ini hanyalah kerana dasar perikemanusiaan dan status mereka untuk berada di negara ini hanyalah bersifat sementara sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin
Isu tentang status pelarian Rohingya ini terbangkit kerana wabak Covid-
19 yang telah menular di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur dan dikenakan status PKPD kerana jumlah jangkitan yang amat signifikan.
Memburukkan lagi keadaan, etnik Rohingya dikatakan telah mendominasi Pasar Borong Selayang, sikap pengotor mereka, serta isu perlindungan kumpulan samseng yang sekaligus menyekat penduduk tempatan mencari rezeki di pasar tersebut.
Di tengah-tengah isu jangkitan wabak Covid-19 itu, timbul pula isu kononnya kaum pendatang Rohingya yang memiliki KAD UNHCR, dikatakan ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang negara.
Dimuat naik daripada YouTube
Selain itu tertonjol pula Isu Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) dan Majlis Ulama Rohingya (MUR) yang dikatakan lantang memperjuangkan ‘hak’ pelarian Rohingya dan menuntut layanan istimewa untuk mereka.
Ironinya, MERHROM tidak ada dalam status pendaftaran ROS, manakala MUR pula tidak pernah diiktiraf oleh JAKIM.
DS Hamzah juga telah mengesahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak pernah mendaftarkan mana-mana pertubuhan atas nama Rohingya di Malaysia.
Justeru, beliau menegaskan mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Dalam rekod KDN, sehingga setakat bulan Mac 2020, terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang tinggal secara sementara di Malaysia. Daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 adalah terdiri daripada etnik Rohingya.
KDN juga mengingatkan sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu-gugat ketenteraman awam dan bertentangan dengan undang-undang negara, tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
DS Hamzah menegaskan, semua PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia tidak kira sama ada Rohingya atau bukan, hendaklah terus menghormati dan mematuhi undang-undang di negara ini.
*****

RM4,000 ke bawah terima bayaran RM1,600 - PM

COVID-19: 4 juta isi rumah pendapatan RM4,000 ke bawah terima bayaran RM1,600 - PM


COVID-19: 4 juta isi rumah pendapatan RM4,000 ke bawah terima bayaran RM1,600 - PM
Perdana Menteri turut umum bayaran RM500 dan RM800 kepada dua golongan bujang berusia 21 tahun ke atas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lebih 4 juta isi rumah berpendapatan bulan RM4,000 ke bawah akan mendapat bayaran RM1,600 bagi meringankan beban yang dialami akibat impak COVID-19 ke atas ekonomi negara ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata, bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

Bagi 1.1 juta isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 pula akan menerima bayaran RM1,000, di mana ia akan dibayar sebanyak RM500 pada bulan April, manakala selebihnya pada Mei tahun ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini.

"Bantuan Prihatin Nasional, ialah pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.

Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bayaran RM800 kepada tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, dan RM500 kepada 400,000 individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 ke atas.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata, RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, manakala RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Selain itu RM100 bilion dikhususkan untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), manakala bagi RM20 bilion telah pun diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

“Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan.

“Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” katanya lagi.

Covid-19 Satu Kampung Kena Kuarantin

COVID-19: Satu kampung kena kuarantin kerana jenazah pesakit positif dibuka
Jenazah pesakit COVID-19 yang telah dibungkus dan disteril dengan plastik oleh pihak hospital dibuka oleh keluarga kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa kematian disebabkan oleh Corona Virus.
Kejadian berlaku di Kendari dimana pesakit dalam pengawasan Covid -19 yang meninggal pada Isnin (23/3/2020) di Rumah Sakit Umum Daerah Bahteramas Kendari, Sulawesi Tenggara
Tindakan itu membawa mereka kepada penularan wabak dimana satu kampung tersebut kini di bawah kuarantin pihak keselamatan Indonesia malam tadi.
Mangsa merupakan salah seorang pesakit yang meninggal ketika menjalani proses kuarantin oleh pihak hospital apabila menunjukkan gejala Covid19 selepas pulang dari umrah pada 2 februari 2020.
Difahamkan family mangsa bawak balik jenazah menggunakan kenderaan sendiri dari hospital. Sampai rumah dikoyakkan plastik pembalut jenazah untuk pastikan tiada organ diambil. Kemudian baru dikafan semula dan ditanam.