Nazri: Dengan jadikan Pas kuat, impian Hadi maju jadi PM

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, Presiden Parti Islam itu, Datuk Seri Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menanti dari pakatan rakyat.


Berkongsi analisis beliau berhubung  pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu nafsu baru untuk berkuasa.


Kata Nazri, permainan politik baru pemimpin PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia diterima oleh bukan Islam dan seterusnya  menjadi parti yang kuat dalam pakatan rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP.


Sehubungan dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen.


"Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat," katanya lagi.


"Jika beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam pakatan rakyat," kata Nazri pada sidang media disini hari ini - themalaysianinsider.com    

3 ulasan:

  1. BTUL RAMAI YG CKP PASRAEL BARU BANGUN TIDO BROO!. SELAMA NI DIORANG HANYUT DLM DLM DUNIA CIPTAAN DIORANG SENDIRI. TENGOK SKRG APE DH JADI DGN WALLY SLIPAU DAN SAHIBUL HAPRAK HADI BESI. DAH NYANYUK! KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. Boleh tak saudara bayangkan bagaimana kalau ditakdirkan Hadi menguasai Putrajaya? Sedangkan masa dapat Terengganu dulu tak sabar-sabar nak masuk opis MB sampai tak sempat tunggu subuh.

    BalasPadam
  3. Memang betul Jeff: 57 tahun dah merdeka pas baru sedar nak buat negara berkebajikan itu pun ciplak idea UMNO hihihi...baguslah mereka tiru idea yang baik.

    sahabat Enal: Haji Hadi yang buat di tak sabar tu agaknya dia nak merasa sembahyang subuh kat ofis tu heh..heh..heh..

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular