55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Ada Aku Kesah Atau Umno Kesah?

Ada Aku Kesah Atau Umno Kesah? tak jadi kudis pun!! Pakatan Haram terutamanya pengamal parti Pas dalam suasana hiruk pikuk terlonjak-lonjak dalam blog dan juga dalam ekaun facebook mereka. Paling rancak macai-macai PR khusus macai-macai Pas mereka menjawab setiap posting didalam berbagai group FB sertakan link yang berkaitan tentang gambar yang juga tertera seorang bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Mohamad Taib masuk menyertai Pas.

Almaklumlahkan..!! Pass menjadi pitam dengan satu tamparan kes 'Spender Stopa' jadi dengan cara ini mereka dapat satu semangat baru untuk terus berjuang dengan cara mereka dan berhujjah didalam group-group Fb. Aku melihat perkara ini hanya tersenyum sendiri dengan penuh bermakna, jadi disebalik senyuman itu maka aku kongsikan perkara ini untuk semua anda yang masih belum tahu siapa bekas MB Selangor ini.
Ada Aku Kesah Atau Umno Kesah?
Baiklah, disini apa motif kejadian yang terjadi kepada bekas MB ini suatu ketika dahulu aku tidak pasti. Bagi belia yang pada aku rasa berumur 35 tahun kebawah dari sekarang sewaktu perkara ini aku taip mugkin tidak pernah mendengar kesah tersebut. Seperti yang aku katakan diatas aku sendiri tidak tahu disebalik peristiwa silam, bahawa bekas MB Selangor telah ditahan oleh pihak emigresen kalau tak silap negara tersebut adalah Autralia.

Kalau setiap orang inginkan link dari kesah ini memang aku dikerat empat pun aku tidak dapat nak bagi. Zaman kejadian tersebut bekas MB Selangor ini masih menjawat jawatannya. Pada zaman itu juga tiada siaran astro, tiada siaran TV3 tiada siaran lain yang hanya ada ialah TV1 dan TV2 dalam bentuk warna hitam putih. Pada masa itu blog entah ada entah tidak dan Facebook sudah pasti belum wujud pada masa itu. Usia aku pula pada masa itu dalam mencecah belasan tahun.

Apa yang aku dengar dalam warta berita pada masa itu, mengumumkan bahawa Taib Mohamad telah ditahan oleh pihak emigresen Autralia kerana membawa wang tunai terlalu banyak. Wang tersebut diisi dalam sebuah beg James Bond. Dalam pengumuman warta berita itu juga mengatakan bernilai jutaan ringgit dalam kalau tidak silap yang aku dengar sebanyak dua juta ringgit tunai dalam bentuk mata wang kesemuanya bernilai wang seribu ringgit.

Kepada mereka yang mungkin arif dalam perkara ini mungkin boleh tampil kehadapan untuk memberi penjelasan jika sekiranya difikirkan perlu. Perkara lebih mendalam boleh dirujuk kepada kerajaan Malaysia dan siapa yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri masa kejadian ini aku juga tidak pasti. Waktu kejadia tersebut aku langsung tiada berminat didalam politik. Mari kita fikir dan desak pihak yang berwajib, wang sebanya dua juta pada masa itu, kalau dinilai pada masa sekarang mungkin sebanyak lapan juta atau  sepuloh juta.

Lihat sahaja bekas MB Selangor juga Khir Toyo apa sudah jadi? begitu juga Anwar Ibrahim semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tanya dan cari sebab, kenapa Tun Mahathir membekukan wang kertas bernilai lima ratus ringgit dan wang kertas bernilai seribu ringgit?

Pssttt...ini sahaja yang boleh aku sampaikan kerana selebih dan motif sebenarnya aku tak tahu.

Lawak Terbaik Menjelang PRU-13

Lawak terbaik menjelang PRU-13..Hambek ko.. Pas. Inilah untungnya menjadi penjilat tegar kepada PKR yang terkenal suka suntut belakang. Terima kasih lah kepada yang mumbuat kerektor ini memang padat, tepat dan kena pada tempat nya.




Malaysia Sudah Tidak Selamat Lagi

Malaysia Sudah Tidak Selamat LagiMalaysia Sudah Tidak Selamat Lagi, untuk rakyatnya. Mereka sudah tidak bebas lagi untuk bergerak kemana-mana walaupun dalam apa jua keadaan. Hahaha barulah aku tahu teruk rupanya negara Malaysia ni yerk..!!

Penasihat parti 'anak beranak' Papa Kelntong Rakyat' demi menagih simpati dana asing, sekali lagi menjual Malaysai dan memburuk-burukkan keadaan negara kita. Sungguh jijik manusia ini bukan sahaja menginayai negaranya sendiri malah mengkhianati juga bangsa dan negaranya. Andainya rakyat luar negara terpengaruh fitnah ini, sekali gus akan mengurangkan pelancung dari negara luar untuk berkunjung ke Malaysia seolah-olah berada dalam zon perang.

Yang hairan tu..dalam masa berTwitter sempat pulak  berTweet dengan Cinadoll pada tengan malam itu dan kembali semuala berTwitter dengan selamat. Ada juga lagi boleh meredak Kuala Lumpur tenganh malam untuk melampiaskan hajat dengan pasangan  'suntutny' juga selamat hingga ke hari ini. Tanpa ada terima ugutan tanpa tercalar kulit pun. Cuma mereka suka adakan perkara yang buruk mengatakan individu telah menerima ugutan bunuh dan sebagainya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik Malaysia ada hantu

Pssttt...sudahnya tumpo juga Yahudi juga yang balun nya.. 

Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

Antara Kebenaran Dan Kepalsuan
Antara Kebenaran dan Kepalsuan. Lihat gambar bezakan dan fkirkan. Pas dan PKR dengan sewenang-wenangnya boleh menfitnah dan mengaibkan orang lain dengan segala "BUKTI" yang mereka cipta sendiri. Tetapi orang lain tidak boleh tidak boleh aibkan mereka walaupun sudah terbukti kebenaran jika semuanya ini dinilaikan dengan akal dan fikiran yang waras.

Dalam gambar dibahgian atas, gambar ini telah dirakamkan semasa kempen Pas dalam PRK 59 di Bukit Gantang dan terdapt juga dalam kempen pada PRU-13 ini mereka masih mneggunakan taktik yang serupa, kerana terang-terang mereka melakukan nya.jadi kita tanya apa bukti. Pas menuduh DS Najib membunuh Attantuya.

Sedangkan tuduhan mereka (Pas) tiada bukti, tiada saksi dan tiada video dan mahkamah juga telah membebas tuduhan tersebut ini membuktikan bahawa dakwaan mereka semua adalah palsu. Berbeza jika perkara berlaku kemungkaran di pihak mereka Pas dan PKR walaupun sudah jelas segala bukti, namun mereka masih menafikan malah menuduh orang lain dengan sengaja membuat fitnah.

Pssttt..berhujah lah dengan fakta jangan dinafikan dengan auta

Demi Menyahut Seruan Hadi Awang

Salam untuk semua, kita kawan-kawan tak mau lawan. Demi menyahut seruan Hadi Awang kini aku datang sebagai meberi sokongan terhadap seruan dari beliau. Sebaelum ini diharap kapada semua pihak terutamanya kepada PR dan khususnya kepada penganut agama Pas. Tafsirkan dengan mata hati jangan tafsirkan mengikut emosi. Walaupu aku tidak sealiran dan sewaktu dengan Hadi Awang dan pegikut-pengikutnya tapi seruan yang telah dibuatnya kini sudah ku sahut.

Datuk Seri Hadi Awang mendakwa, Islam membenarkan peribadi pemimpin didedahkan termasuk dalam hal yang mengaibkan jika ia bertujuan untuk kebaikan. Beliau berkata bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin. Serangan peribadi dibenarkan didalam Islam, termasuk serangan yang akan menyebabkan pemimpin itu terpaksa menanggung malu, sekali gus menjejaskan imejnya.

Demi Menyahut Seruan Hadi AwangBagaimanapu katanya lagi Pas tidak akan terlalu bergantung kepada kaedah menyerang peribadi pemimpin dalam kempen pilihan raya umum ini. (Ini aku nak tanya mulut Hadi yang bercakap atau punggung dia yang bercakap)? Dalilnya setelah video seks yang melibatkan Stopa Ali keluar di internet, tak pasal-pasal pihak UMNO dan BN yang diperslahkan, adakah patut jika diukur dari ungkapan Hadi diatas ini.

Hadi memberikan lagi satu contoh katanya, seorang perompak yang masuk kampung dan berbuat baik dengan penduduk kata Hadi seterusnya, sesiapa yang mengetahui peribadi perompak itu WAJIB mendedahkan kepada masyarakat kampung itu, dengan tujuan mengelak mereka dirompak. (Soalan aku, video salah laku seks entah siapa yang sebarkan) juga telah disiarkan ini adalah baik, bagi mengelak anak dan isteri orang lain menjadi mangsa. Seperti lagi satu kesah yang telah berlaku seorang uztaz dari PKR ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang didalam bilik hotel jam 3;00 pagi apa tujuan? mungkin tidak salah agaknya kerana sekadar main GAME ANGRY BIRD..!!

Kata Hadi lagi, "dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan dalam Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi  yang tidak layak untuk menjadi pemimpin. (Aku tambah lagi satu perkara, mungkin Hadi terlupa atau sengaja disembunyikannya bagaimana bagi mereka yang melakukan seks terlarang)?.

"Dalam Islam sendiri, untuk melantik seorang saksi dan hakim, Islam membenarkan pendedahan peribadi. (Pilihan Raya) ini kita ingin melantik pemimpin. Rakyat perlu tahu perkara peribadi (Dan aku katakan disini, janganlah cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap)

Berbalik kepada demi menyahut seruan Hadi, akan aku sertakan dua link tentang perilaku yang dikatakan sebagai individu tersebut adalah juga pemimpin dikalangan Pas iaitu sedang beraksi "GANGNAM STYLE" dengan seorang wanita didalam bilik hotel di ibu negara. Video yang telah dimuat naik di Youtube entah pihak mana yang dah delete kan jadi dalam website ini anda masih berpeluang menyaksikannya.

Cuma malang sedikit, kerana tak pernah terjadi dalam sejarah manusia membuat maksiat membawa empat orang saksi maksum, kalau ada aku rasa dunia ini dah lama kiamat dan lebih malang lagi video juga telah difatwakan oleh Hadi sebagai besi yang tiada boleh jadi saksi. (Aku rasa jika video sudah wujud dizaman Rasullah, maka video juga akan digunakan pada masa itu) Bukanlah minda kita hidup dizaman perubahan yang lebih canggih dan modern. Fikiran dan otak manusia tidak mampu untuk mengingati setiap tarikh dan waktu sesebuah rakaman, tapi video sempurna merakamkan sedia tarikh dan waktu kejadian.

Klik Stopa "GANGNAM STYLE"

Klik Stopa "GANGNAM STYLE"

Pssstt...jangan salahkan ibu mengandung, kalau senjata sendiri memakan Tuan nya

150 Ahli PKR Keluar Parti

Kulim: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan baharu apabila Timbalan Ketua Cabang PKR Padang Serai disini, Johari Teh mengumumkan keluar parti tersebut malam tadi tatkala hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir.

GAMBAR HIASAN
Turut bersama beliau meninggalkan parti itu seramai 150 ahli dan penyokong parti tersebut yang mendakwa berasa kecewa dengan sikap pemimpin mereka. Lebih memburukkan buat parti itu apabila kesemua ahli dan penyokong PKR terbabit diketuai oleh Johari membuat keputusan mnyertai UMNO yang dilihat lebih relevan dan berkemampuan memerintah negara.

"Lebih ramai ahli PKR sekitar Parlimen Padang Serai iaitu Sungai Karangan, Kampun Padang dan Taman Bunga Raya berhasrat untuk meninggalkan parti itu. "Saya sendiri akan menubuhkan sebuah cawangan iaitu Cawangan Kampung Beka, Merbau Pulas dan Bahagian Padang Serai," kata Johari disini semalam.

Johari menyerahkan borong keahlian UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Halim Hasan dalam satu majlis yang dihadiri lebih 300 orang penduduk. Turut diadakan majlis tahlil dan bacaan doa selamat yang dihadiri beberapa ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Serai dan Ketua Cawangan UMNO kawasan sekitar.

Mengulas lanjut, Johari berkata, mereka akan membuka sebuah bilik Gerakan bagi membantu calon-calon BN yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, DUN Merbau Pulas dan Parlimen Padang Serai pada PRU-13.

Pssttt...meh ramai-ramai lagi tinggalkan PR

Warna Dakwat Akan Diketahui Umum Pada Hari Pengundian

Warna dakwat kekal akan diketahui pada hari pengundian. PUTRAJAYA - Warna dakwat kekal yang akan diguna pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hanya akan diketahui umum pada hari pengundian ini bagi memastikan tiada pihak dapat mengeksploitasi penggunaan dakwat tersebut, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Selain itu, SPR turut memastikan bilik kebal yang menempatkan dakwat kekal itu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, selain turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV). Abdul Aziz berkata warna dakwat kekal itu adalah berbeza sama sekali dengan warna dakwat dipasaran.

"Warna dakwat kekal itu unik serta tersendiri dan bahan kandungannya mempunyai spesifikasi khas, menjadikannya sukar ditiru," katanya. Buat pertama kali, pilihan raya umum ini bakal menyaksikan dua jenis dakwat berbeza warna digunakan untuk pengundian awal pada 30 April (Selasa) dan pengundi biasa pada 5 Mei (Ahad) kecuali pengundi pos.


Warna Dakwat Akan Diketahui Umum Pada Hari Mengundi
Menurut SPR penggunaan dakwat kekal sebagai satu  langkah mengelakkan pengundian berulang kali seperti yang didakwa sesetengah pihak dan ia selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan pada Februari tahun lepas.

Penggunaannya juga harus dan dibenarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat dakwat itu tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air. Rumusan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia pula mendapati bahan yang digunakan dalam dakwat kekal itu tidak memudaratkan kesihatan.

Dalam peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap individu yang ingin mengundi dicalitkan dijari telunjuk kiri mereka sebelum diberi kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi peraturan itu, kertas undi tidak akan diberikan kepada mereka.
Gambar Hiasan

Tatacara penggunaan dakwat kekal itu bermula dengan dakwat akan dicalitkan dipermukaan atas jari telunjuik kiri pengundi sehingga meliputi kuku dan kebawah. Jika tiada jari telunjuk, dakwat akan dicalitkan diatas mana-mana jari tangan kiri, jika tiada tangan kiri, dakwat akan dicalitkan pada mana-mana jari tangan kanan, bagi pengundi yang tiada tangan, dakwat kekal akan dicalitkan pada lengan pengundi dibahagian yang mudah dilihat.

Sejumlah 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan, iaitu 10,000 botol untuk pengundi awal dan selebihnya pada hari pengundian biasa, setiap botol dakwat boleh digunakan untuk kira-kira 100 pengundi.

Difahamkan SPR telah merancang laluan dan logistik untuk dakwat-dakwat diagihkan ke negeri-negeri dengan kawalanketat pihak polis.

Pssttt..habislah loyar burut mereka nak sabotajkan dakwat mengundi itu huhuhu..

Amaran Kepada Semua Tanpa Kecuali

Pengacau hari mengundi dikenakan tindakan undang-undang. Kuala Lumpur: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Aziz Mohd Yusof memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba mengacau proses pengundian pada pilihan raya umum nanti.

Amaran Kepada Semua Tanpa Kecuali
Abdul Aziz berkata, pihaknya mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang dikenali "MATA" dipercayai akan menghalang pengundi daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi pada 5 Mei depan.

"Kita sudah mengenal pasti maklumat yang dikemukan oleh kawan-kawan kita (Polis Diraja Malaysia) mengenai kumpulan MATA ini. Saya menasihatkan mereka yang terlibat supaya insaf dan hentikan niat untuk menganggu pada hari mengundi sebelum pihak polis bertindak.

"Mereka perlu tahu tindakan menghalang pengundi untuk mengundi adalah slah" katanya menerusi Program khas bertajuk "Landskap PRU-13 yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 malam tadi.

Beliau turut mendedahkan modus operandi kumpulan itu yang antaranya membuat kacau berhubung dakwat kekal dan mendakwa kononnya nombor siri kertas undi boleh menyebabkan pengundinya dikenal pasti kelak.

"Modus operandi kumpulan itu ialah mereka akan mencatitkan dakwat pada jari seseorang pengundi dan kemudian mereka akan membuat bantahan kononnya pengundi itu sudah mengundi.

"Satu lagi taktik mereka membuat kacau dengan meminta kerta undi lain daripada apa yang diberikan oleh petugas pilihan raya kononnya mendakwa kertas undi yang mempunyai nombor siri akan membolehkan pengundi dikesan kelak," kata Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata, SPR juga tidak menggalakkan callon membawa ramai penyokong ke pusat penamaan pada 20 April nanti kerana boleh menganggu tugas polis untuk mengawal keselamatan awam. Calon dinasihatkan tiba awal dipusat penamaan calon, tidak membawa ramai penyokong parti kerana akan menyusahkan polis untuk mengawal keselamatan awam. SPR juga yakin tidak menyediakan khemah serta membekalkan makanan pada hari tersebut.

"Penyokong ramai hadir pada hari tersebut tidak memberi jaminan calon itu akan menang," katanya BERNAMA.

Pssttt...semua kehendak pembangkang sudah dituruti termasuk dakwat kekal. Steady lah biarlah rakyat yang buat keputusan. Kenapa nak sabotaj pula?

Nik Aziz Melenting Apabila Dahinya DiTujal

Nik Aziz Melenting Apabila Dahinya DiTujal. "Kalu sokmo boleh ko dio tak gapoh, kalu boleh ko oghe lain dio melenting". Inilah 'Badut akhir zaman' yang akan pupus bila-bila masa sahaja dari sekarang. Sudahlah title 'Tok Guru' tersebut dari arahannya kepada semua Jabatan Dibawah Tadbirnya supaya memanggil dengan gelaran tersebut, tetapi sikap dan perkataannya lansung tiada mencerminkan seorang Tok Guru yang berilmu dan berakhlak terpuji

Nik Aziz Melenting Apabila Dahinya DitujalNik Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dahulu secara terbuka memberi lampu hijau kepada pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam. Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam". demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersenda dan menghina Islam.

Inilah pandangan taksub bagi siBadut akhir zaman ini kerana mempolitikkan agama untuk kepentingan politik puak sendiri. Oleh kerana Nik Aziz sudah memberi muka, maka itulah kira-kira beberapan bulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims. Manakala pemimpin bukan Islam terdiri dari PKR dan DAP pula semakin berani bersyarah diruang solah utama umat Islam. Ahli kariah pula termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.

Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada Pas, terus beri keizinan untuk pemimpin non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz dan ustazah.

Pernah pemimpin Pas dan PKR bersemangat untuk berdemontrasi didepan Bangunan MCA gara-gara kenyataan Presiden MCA berkenaan hudud Pas. Entah syaitan mana yang merasuk pemimpin-pemimpin pembangkang ini sehingga memberi kata dua kapada MCA.

Berbalik kepada kemarahan pembangkang terhadap Presiden MCA, mereka mungkin telah lupa, Soi Lek bukannya seorang beragama Islam dan jika mengikut pandangan si Badut akhir zaman si Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidak bersalah. Bukankan Nik Aziz pada 12 0gos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam?

Jika kenyatan Soi Lek berkenaan hudud Pas dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara logiknya ianya berlaku setelah si Badut Akhir Zaman Si Nik Aziz juga yang telah memberi muka dan apabila ditujal dahinya kenapa pula mereka nak melenting. Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga lampu hijau untuk MCA menghina Islam. Kerana kedua-duanya bukan Islam.

Pssttt..segala kebiadapan celuparnya Nik Aziz kembali kepada dirinya sendiri

Tahniah Kelantan Juara AIDS Tiga Tahun Berturut-turut

Tahniah Kelantan Juara AIDS Tiga Tahun Berturut-turut
Tahniah Kelantan Dibawah Tadbir Nik Aziz Tiga Tahun Berturut-Turut Juara AIDS.Sesuatu yang mungkin Nik Aziz tidak menyedarinya atau sengaja buat tidak peduli, kerana mungkin beliau menghitung rakyat kelantan semuanya sudah dipasak ilmu agama yang tinggi berkat acuan Nik Aziz sudah melebihi 23 tahun mentadbir Kelantan manakan mungkin rakyatnya terjebak gejala yang tidak sihat.

Tapi inilah hakikatnya yang berlaku sekarang di Kelantan. Baru beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan perangkaan yang dikeluarkan oleh Polis Kelantan yang menunjukkan kes rogol meningkat mendadak di Bumi Tadahan Wahyu negeri Islam pemimpin ulama tersohor Pas, Nik Aziz Nik Mat,

Hari ini pula satu perangkaan yang mengejutkan juga sampai lagi ke pengetahuan kita. Kali ini melibatkan dinegeri pimpinan ulama Pas yang menjadi penyumbang utama bilangan penyakit HIV, AIDS di Malaysia.

Negeri Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 tahun hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak. Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes tersebut.




"Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lau." katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Tok Panjang, Kedai Buluh, anjuran Persatuan Suka Tomoi Kelantan, Mat Hassan Jusoh.

Mazlan sehubungan ini berharap ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan anak gadis mereka sewenang-wenang keluar bersama lelaki.

"Mungkin sempena musim perayaan, ibu bapa beri kelonggaran untuk anak gadis  mereka keluar berjumpa teman lelaki," katanya. Mengenai Ops Sikap Ke-24 dinegeri ini yang berakhir 5 September lalu, Mazlan memberi tahu, ia mencatatkan sebanyak 834 kes dengan 26 kematian.

Pssstt... Rogol bergilir-gilir dah menjadi 'trend' rupanya di Kelantan.

Tanda-Tanda Awal PKR Tidak Diterima DiSabah

Tanda-Tanda Awal PKR Tidak DiTerima DiSabahSimulut bacul Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) hari ini tidak dibenarkan memasuki Sabah dan diminta kembali ke Semenanjung.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut tiba bersama Tian Chua bagaimanapun dibenarkan memasuki Sabah dan diberikan pas lawatan sementara oleh para pegawai imigresen bertugas.

Mohanad yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, beliau mengesyaki sesuatu 'perkara' akan berlaku apabila sejurus turun daripada pesawat mereka disapa dan ditegur oleh beberapa polis cawangan khas yang seperti sedang menunggu ketibaan mereka.

"Semasa bergerak ke kaunter imigresen saya nampak ramai pegawai-pegawai beruniform biru dan Tian Chua dimaklumkan tidak dibenarkan memasuki Sabah. Saya bernasib baik kerana diberikan sekeping kertas putih (pas lawatan sementara)," katanya semasa merasmikan markas Pas Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru disini hari ini..

Pssttt.. elok dibagi masuk dan hantar dia kat Lahat Datu

Jangan Merajuk Jika Tidak Dicalonkan

Jangan Merajuk Jika Tidak DicalonkanJangan merajuk jika tidak dicalonkan. Saya sokong penuh kenyataan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang meminta anggota sayap itu tidak "merajuk" atau "menentang" jika mereka tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. 

Katanya perkara itu turut terpakai oleh dirinya sendiri yang tetap komited memastikan kemenangan Barisan Nasional sebagai calon. "Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kalau diarahkan bertanding saya akur, kalau diminta undur saya juga akur," katanya menerusi laman sosial Facebook.

Menurut Khairy sekarang adalah masa bagi pemimpin muda membuktikan perpaduan dan kesetiaan kepada parti menerusi amalan dan tindakan. Yang penting bukan jawatan tetapi niat untuk bekhidmat demi rakyat dan keberkesanannya dalam membawa kebaikan kepada rakyat, katanya meminta semua anggota dan pemimpin sayap itu menjadikan beliau sebagai contoh.

"Saya Ketua Pemuda Umno Malaysia, pangkat Naib Presiden Umno, namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walau pon bagitu, saya tak pernah kenal erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk," katanya.

Pssttt..eloklah yang mana Pak Menteri yang suam-suam kuku itu direhatkan, bagi peluang mereka yang cergas dan aktif berkhidmat untuk rakyat.

Korea Utara Luluskan Serangan Nuklear

Korea Utara 4 April - Tentera Korea Utara hari ini memaklumkan ia telah mendapat kelulusan akhir untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Amerika Syarikat (AS) dengan kemungkinan menggunakan senjata nuklear.

Korea Utara Luluskan Serangan Nuklear
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Ketua Turus Tentera Rakyat Korea (KPA) berkata, beliau secara rasmi memaklumkan kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'

"Serangan tanpa belas kasihan daripada pasukan revolusi kami ekoran ancaman AS telah diteliti dan disahkan," kata kenyataan itu - AFP.

Pssttt...era perang dunia ke3 dah nak bermula agaknya tu...!!

Apa Itu Kerajaan Sementara Dan Fungsinya

Apa Itu Kerajaan Sementara Dan FungsinyaApa Itu Kerajaan Sementara Dan Fungsinya? Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negera.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.

Katanya amalan yang diterima pakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ianya berjaya memberi kesan positif kepada negara. Dalam hal ini saya merujuk kembali kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang selalu menyatakan dan mengutuk kerajaan Barisan Nasional didalam ceramah mereka (PAS) bahawa UMNO-BN mengamalkan undang-undang penjajah.

Sedangkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS di Kelantan dan sesuatu ketika dahulu juga di pimpin oleh PAS di Terengganu, iaitu MB nya Hadi Awang dan lagi satu negeri sekarang iini juga dibawah pentadbiran PAS di Kedah juga mengamalkan sisten penjajah..!!? Memang tak faham langsung rupa nya pemimpin PAS ini kutuk BN secara tak lansung kutuk diri mereka sendiri. (cuba baca tulisan saya di perenggan yang ketiga diatas, kalau nak faham apa yang saya maksudkan).

"Kerajaan yang sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri," katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila hanya melibatkan tugasan harian sahaja tanpa melibatkan sebarang pembetukan dasar atau polisi baru berikutan pembubaran Parlimen akan membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.

"Fungsi untuk mentadbir negara adalah sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi didalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat," katanya. Wan Junaidi berkata Ketua Setiausaha Negara selaku Ketua pelaksana dasar akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada badab Eksekutif sahaja.

Beliau berkata istilah kerajaan sementara tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia merupakan kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen.

Pssttt..rupa-rupanya PAS juga terima pakai undang-undang British secara tak lansung yer..emh..emh..!!

Tun M Liat Anwar Meroyan

Tun M liat Anwar Meroyan, Jelaslah kepada kita semua betapa meroyan dan gundah gulananya jiwa Anwar Ibrahim, bercita-cita besar hanya sekadar ingin jadi PM sahaja. Peluang keemasan semasa berada bersama Umno dan dalam kerajaan sewaktu ketika dahulu berlalu tanpa hajatnya tercapai.
Tun M Liat Anwar Meroyan
Tun M berucap dihadapan 14 ribu penduduk di Johor Bahru
Lebih malang lagi sewaktu menjawat jawatan no2 besar dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, Anwar telah disumbat dan direhatkan di Sungai Buloh Resort.


Semasa kejadian tersebut Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kerana terdapat bukti jelas atas kesalahannya meliwat.

Berbeza dengan kes liwat II Anwar bernasib baik kerana terlepas disebabkan bukti lemah, namun kes ini sebenarnya belum berakhir. Kerana mangsa yang diliwat Anwar bin Ibrahim iaitu bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih mengemukakan rayuan bicara. Nasib Anwar akan lebih malang kerana bekas peguam belanya Yuktes Vijay menyatakan sedia membantu Saiful didalam mahakamah rayuan.

Yuktes Vijay mendakwa, Saiful sebenarnya terinaya, Yuktes juga berkata beliau tersilap membela Anwar kerana memang jelas kejadian liwat itu berlaku. Baiklah kita tinjau kesah ini, iaitu petikan kata-kata Tun M semasa berucap dihadapan 14 ribu penduduk pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat Kempas Permai, Johor Bahru.

Menurut Tun M, Anwar, 66, tidak pernah berhasrat untuk memperjuangkan nasib rakyat dan sejak dahulu hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impiannya itu tercapai.

"Baru tiga hari dia masuk UMNO, dia sudah menyatakan hasrat untuk jadi Ketua Pemuda. Lepas itu dia hendak jadi Naib Presiden kemudian Timbalan Perdana Menteri sampailah saya sendiri dia hendak lawan".

"Saya liat, tidak mahu letak jawatan dan mulalah dia kata saya macam-macam. Sudah jelas masa itu dia masuk UMNO sebab hendak jadi Perdana Menteri," kata negarawan berusia 88 tahun itu pada program Bicara Perdana Menteri Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat Kempas Permai di Johor kelmarin.

Pssttt...Nak lawan tokeh rupanya..!!

Ini Bukan Pejuang Moro

Ini Bukan Pejuang Moro
Marilyn Monroe

Ini bukan pejuang Moro @ pengganas Kiram.. tapi ini aktress Norma Jeane Mortenson @ Marilyn Monroe. Aktress jelita serta aktress seksi @ simbol seks tahun 50an. Dilahirkan June 1, 1926 - August 5, 1962 (umur 36) Jika mendiang ada dizaman ini usianya sudah 87 tahun seangkatan dengan Nik Aziz kikiki...

Ini petikan senikata lagu dangdut Indonsia

Walau pun Madonna cantik...
Marilyn Monroe juga cantik..
Tetapi ku..lebih cantik Nyaii..
Aku rela korban harta demi Nyaii..

Kalau kaca bisa pecah..
Kayu juga bisa patah..
Cinta ku pada Nyaii tak kan berubah..
Pssttt.. kumtum ROSE khas untuk seseorang...

Rakan Blog K.B.E