Hudud Bergema setiap kali pilihanrraya hampir tiba |
Ada lagi yang lebih lucu, Nasrudin Hassan Tartawi telah mengatakan Karpal Singh sudah berlembut mengenai perlaksanaan hukum hudud dan boleh berbincang dengan Pas mengenainya. Kahkahkah..rupa-rupanya Pas nak buat hudud kena dapat restu dari 'Mursyidul Singh' kalau tanpa izin nya maka jawabnya hudud tak jadilah yer..!!!
Sejak 1993-94 Pas menuduh kerajaan persekutuan sebagai penghalang Kanun Jenayah Syariah II yang dalamnya terkandung hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan. Nik Aziz kononnya kecut dengan kandungan surat Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir, yang kononnya mengancam akan ambil tidakan jika Pas lakasanakan hudud.
Sebelum dua dekad Mahathir bersara sudah mencabar kerajaan Pas Kelantan, kalau nak buat hudud silakan..!!Tapi kenapa Pas Kelantan tak laksanakan. Apakah nak buat hukum dan nak laksanakan hukum Allah kena minta keizinan dari manusia? mana yang lebih ditakuti? Ini semua Pas cuma nak kelirukan masyarakat serta bertujuan meraih simpati dari umat Islam.
Ada lagi yang lebih lucu, Pas Kedah terang-terang mengatakan tak mampu nak laksanakan hudud dinegeri itu. Dan Tok Jijan pula memberi alasan yang paling lucu, nak tunggu Kelantan dahulu yang lakukan hudud, maka mungkin Kedah pula baru nak tiru kehkehkeh.. Kalau Tok Jijan bagi alasan tunggu Lim Guan Eng atau Karpal Singh lakukan hudud di Pulau Pinang baru Tok Jijan buat hudud di Kedah kan ini alasan yang aku rasa teramat kukuh..!!!
Yang lebih menghairankan ialah apakah pemikiran dan penerimaan dari penganut-penganut hanPAS ini tak boleh membezakan pemimpin mereka berkata benar atau berkata dusta? Dah lebih 22 tahun Pas Kelantan bertapak tapi tak laksanakan hudud. Rakyat Kelantan memang terkenal semangat kedaerahan yang kuat. Walaupun Mursyidulnya sentiasa bermain wayang dengan bab-bab hukum tapi mereka masih menerima tanpa rasa bersalah.
Bagi mereka biar Pas tadbir kelantan sampai dunia kiamat jangan bernaung dengan UMNO-BN, mereka sangkakan kalau bagi UMNO-BN mentadbir kelantan nanti Dr M atau lain-lain pemimpin UMNO datang dari luar datang berkuasa disana...bukalah minda orang-orang UMNO anak jati di negeri Kelantan tu nak dibuang kemana? Ramai tokoh-tokoh yang layak dari anak Kelantan itu yang boleh menjadi perantaraan dengan Kerajaan Pusat. Kalau kesedaran ini dah timbul dari awal..dah lama dah Kelantan jadi maju dari keadaan sekarang.
Disini kenyataan Dr Mashitah Ibrahim-Pas tak laksana hudud kerana takutkan DAP Sememangnya dah jelas dan nyata korang semua (piok-puok hamPAS) jangan nak spin lagi. Maka tidak benarlah tuduhan kamu semua bahawa Mahathir pada awalnya jadi penghalang dan UMNO sekarang juga melarangnya, adalah sama sekali tidak benar.
Pssstt.. Pas kena bodek Mursyidul Singh dulu baru pasti nak buat hudud atau wayang jerk?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak