Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS |
Aku tertarik menerbitkan artikel ini, ianya bukan sekadar suka-suka tapi, ini adalah peringatan keras yang aku tujukan kepada kepimpinan Pas umumnya! walau apa perasan Pas bagai nak rak itu hak mereka, tapi didalam blog pro pembangkang @ Pas dan juga di group Facebook hebuh puok-puok ini tentang kemasukan artis yang bernaung atas jenama Pas, hihihi.. seolah-olah artis-artis ini akan membersihkan setiap noda-noda yang Pas telah lakukan selama ini.
Tidak mustahil Pas akan merelakan artis-artis yang bernaung dengan jenamanya akan berlakon atau bernyanyi dengan mendedahkan aurat! 'KERANA' asasnya ada, iaitu pengakuan artis berkenaan berkata kepada wartawan, bahawa sebagai seorang seni beliau tidak pandai mencari rezeki di bidang lain. Kita memang tidak menuduh artis itu semestinya membuka aurat ketika bernyanyi atau berlakon.
Oleh kerana Pas selalunya dengan trend mereka berjanggut dan berjubah bagi yang lelaki dan bagi yang perempuan pula dah pastinya bertudung lingkup, adakah para pengarah drama atau filem akan suka setiap kali penampilan artis dibawah naungan Pas ini dengan berkeadaan demikian, 'cuba jawab'? Jadi sama-samalah kita saksikan mampukah Pas menasihati kepada artis-artis dibawah naungan nya?
Ini bukan soal yang harus dipandang ringan oleh Pas, ini sebenarnya adalah tanggungjawab berat yang mesti dilaksanakan, kalau tidak jangan menggunakan nama 'Parti Islam SeMalaysia'
Psstt...janganlah nanti ada fatwa baru yang membolehkan artis itu berlakon 'Filem Blue' KAHKAHKAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak