Tragedi Menyanyat Hati Menjelang Ramadhan


Tragedi menyanyat hati menjelang Ramadhan, peristiwa ini berlaku pada 8 Julai 2013 gambar diambil jam 10.01 malam. Dua orang remaja bertembung dalam satu perlumbaan yang terbodoh dalam sejarah di abad ini. Kejadian berlaku di Kg. Ulu Chemor Perak. Mereka mengadakan satu perlumbaan yang bertentangan arah, kumpulan yang terlebih dahulu sampai pada point yang ditetapkan akan dikira memenangi perlumbaan tersebut.

Maka dengan sebab itu terjadilah satu pertembungan yang dahsyat kerana masing=masing ingin sampai kepada point yang telah ditetapkan oleh mereka. Seorang remaja yang baru mencecah usia 14 tahun mati ditempat kejadian. Mana kala seorang remaja yang berusia 16 tahun cedera parah, patah kaki dan tangan sehingga jam 10 pagi pada siang tersebut masih lagi tidak sedarkan diri dan ditempatkan didalam bilik rawatan khas ICU di Hospital Ipoh.
Tragedi Ngeri
Kedua motor hancur akibat pertembungan
Tragedi Menjelang Ramadhan
Kedua-dua bapa mangsa adalah kenalan saya (K.B.E) Saya ucapkan takziah kepada kedua-dua rakan kenalan saya ini yang anak-anak mereka telah terlibat dalam kemalangan tersebut. Seorang meninggal dan seorang lagi cedera parah. Bersabarlah setiap dugaan yang Allah beri kepada kita. Pesanan kepada semua Ibu-Bapa marilah kita sentiasa memantau anak-anak kita supaya mereka tidak terlibat kepada segala gejala yang tidak sihat ini, demi kebahagian kita bersama.

Kepada adik yang terbunuh berusia 14 tahun yang terbunuh dalam kejadian tersebut kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah....amin

1 ulasan:

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular