
Seperti kata diatas, aku akan hormat sesiapa sahaja PM yang dipilih oleh BN termasuk juga PM-PM yang telah berlalu. Aku tidak mahu sebagai penumpang kapal yang didalam pelayaran dilautan... marah kepada Nakhoda sanggup menebuk lantai kapal. Malangnya ramai sungguh sikap orang Melayu yang seperti ini.
Malah, ada orang Melayu yang berpelajaran tinggi..tidak menggunakan otak mereka untuk membuktikan kata-kata mereka tak serupa bikin. Tumbuk kiri hendak kanan, terajang kanan hendak kiri. "Siapa kita ini yang sewenang-wenang untuk menghukum orang"
Kita mengata orang itu tidak baik, orang ini tidak baik. Kita mengata orang itu tidak sempurna, orang ini tidak sempurna..."Yang kita ini sempurna sangatkah"? Baiklah, aku malas nak berkias-kias lagi...kerana nanti ramai pula pembaca tidak akan faham. Oleh itu aku nyatakan dibawah ini.
Petikan kata-kata dari mantan PM "SAYA BUKAN NYANYUK, TAPI TERPAKSA DEDAH" katanya lagi "DEMI BANGSA DAN NEGARA" lagi petikan kata-katanya Beliau menulis blog berhubung perkara itu memandangkan ramai ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara membuta tuli.
Bab ini aku ajukan pertanyaan kepada beliau...!! jelaslah semasa 22 tahun beliau jadi PM dan sekarang Najib jadi PM, bodoh-bodohlah semua ahli UMNO dan pemimpin UMNO ya? sokong secara membutatuli.

Dasar kerajaan bukan tidak boleh dikritik, kalau betul sayangkan bangsa dan agama kenapa dikritik secara terbuka? tidak ke ada cara yang berhemah dan lagi kalau sayangkan parti...dah berapa kali beliau keluar dari UMNO.
Aku pinjam kata-kata beliau..."saya bukan nyanyuk, tapi saya nak dedah" Sekarang sudah tertedah pun bahawa anda sudah tidak lagi sempurna dari segi pemikiran dan kata-kata yang tak serupa bikin. Lagi satu kerajaan buat baik kepada rakyat pun disalahkan olehnya. Contohnya pemberian BR1M. Katanya UMNO sudah buat silap besar..ekekeke besar mana agaknya ye!!!
Tidak keterlaluan aku berkata kalaulah ia umpama bagaikan spesis...dicubit-cubit seorang sekali oleh penerima BR1M yang layak...aku rasa jangankan isi...tulang pun tak tinggal. Yang ini pula pesanan dan ingatan untuk Najib
"Haah Jib undurlah Jib..kalau anda undur TPM yang sekarang boleh jadi PM, manakala anak Mantan tu boleh jadi TPM. Aku tak nyanyuk Jib, aku rasa planing dah sedia ada, maka sebab itulah anda kena tikam disetiap sudut.
Bagi yang belum baca tek ucapan Mantan tersebut anda Klik di-sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak