UMNO Tidak Terima Produk Kitar Semula


Peringatan keras untuk Tan Sri Annuar Musa. Semua ahli UMNO ada harga dan maruah diri. Jangan berpolitik secara murahan. Perjuangan UMNO terlalu murni berteskan Agama Bangsa dan Negara. Perjuangan ini berputik dari ianya ditubuhkan sehingga kini.

Kalau pucuk pimpinan parti boleh terima barang yang dikitar semula tetapi perlu diingat semua ahli2 Umno sehingga ke akar umbi pasti tidak mahu perkara ini berlaku. Perlu apa menyeru dan menjemput orang yang bernama Mahathir bin Mohamad kembali menyertai Umno?

Pertanyaan: tanpa Mahathir Umno tidak boleh berjuangkah, Umno pincang dan tempangkah dalam mengharungi perjuangan yang sedia ada. Apa hebatnya orang yang bernama Mahathir bin Mohamad ini?

Ya umum boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat Malaysia khususnya Umno,mengetahui Mahathir bin Mohamad ini hebat. Dimana hebatnya Mahathir ini? Dinyatakan serba rengkas disini, hebatnya Mahathir, cuba buka sejarah selama 22 tahun mahathir mentadbir negara.

Berteraskan UMNO dan berpaksikan UMNO-BARISAN yang sebelum ini namanya PERIKATAN. Rakyat semua tidak sedar pada masa itu, kerugian BNM, Bengkrapnya Perwaja Steel, kerugian perjudiannya didalam FOREX, penjualannya terhadap MAS derita dan terbebannya rakyat Malaysia pada masa itu sehingga kini terpaksa membayar bil elektrik dengan harga yang tinggi dan adalagi beberapa perkara.

Mahathir telah banyak menyelewengkan aset2 negara. Banyak yang telah dilelong dan digadai olehnya dan kini perkara yang sama telah kembali dilakukannya untuk merompak aset negara secara terancang yang terang dan tidak perlu disuluh lagi. Apakan Tan Sri Annuar Musa tidak nampak dan ingat perkara ini?

Kebencian PAS kepada UMNO berpunca dari Mahathir bukan dari UMNO. Berpecahnya orang2 Melayu adalah dari angkara Mahathir. Orang ini!! setiap perbuatannya tidak tepat dikata dikambing hitamkan orang lain tetapi dibabikan olehnya kepada orang lain.

Aku tidak menentang penyatuan Ummah kerana ini wajib untuk melihat orang2 Melayu bersatu. Kalau Mahathir dijemput kembali kepada Umno dan diberikan pula memimpin Umno. Akan kita lihat lebih hebat lagi perpecahan sesama Melayu dam Umno akan lebih teruk lagi dilebel kan dengan berbagai2 perkataan yang buruk.

Jadi sudahlah Tan Sri Annuar Musa tidak perlu berpolitik secara murahan. Mahathir ini kalau nak berubah dah lam dia berubah akan tetapi lihatlah diusia yang sudah benar2 senja tidak ternampak pun oleh kita semua dia mendapat hidayah dari Allah.

Kenapa dan mengapa dikatakan begitu, Kita lihat dizaman pemerintahannya selama 22 tahun dahulu, setiap penentang kepadanya pasti dikena kan hukuman ISA. Kini dia kembali lagi berkuasa walau pun tidak ada ISA dia menggunakan AMLA terhadap pemimpin UMNO yang dibenci olehnya

APAKAH SEMUA ORANG TIDAK TAHU DAN NAMPAK LAGI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular