Kita ikuti coretannya nukilan tersebut dibawah ini Perempuan ini perangai lebih dari hantu Antara wanita ini dengan hantu biarlah aku pilih hantu lagi bagus. Walau pon kita tahu perangai hantu tiada yang baik...tapi wanita ini perangai nya lagi lebih buruk dari hantu dan kejam. Dia lah yang tipu aku dan dera aku pada 6hb Julai 2019 bersamaan hari Sabtu. Aku layan massenger dan whatsapp nya dia kata dia datang ke Ipoh pada hari tersebut.
Pagi hari tersebut aku tanya jam berapa naik bas dari KL, dia kata jam 12.40 tgh hari. Jam 3:00 pm aku keluar rumah menuju ke station bus Amanjaya di Meru. Setelah aku berada di station bus, aku call dia tak jawab maka aku hantar whatsapp tanya dia dimana pada jam 3:59 pm dia balas whatsapp kata nya ada diseparuh jalan berhenti bus rosak dan sedang bela. Aku sudah tunggu dalam satu jam aku whatsapp lagi tanya bus itu sudah siap ke? dia jawab whatsapp kata nya bus dah bergerak aku lihat dia jawab jam 5:09 pm
Dia minta gambar aku pada ketika itu untuk dia kenal aku bila jumpa nanti..aku bagi gambar ketika itu gambar tersebut ada aku buat posting aku dibawah ini. Aku pula minta gambar dia diketika itu, dia hantar gambar dia diwaktu lain, kata nya ini gambar diambil oleh sewak kawan nya sewaktu hantar dia ke station bus. Lihat saja gambar yang dia kirim hati aku mula berkata kena kencing lah aku ni...
Aku bersabar tunggu jam 8:00 mlm aku call tak jawab hantar whatsapp tak jawab tapi whatsapp aku dia baca. Badan aku sudah letih sangat..dah tak bermaya perut pula lapar, nak makan aku rasa biarlah makan bersama dengan dia. Kalau aku makan dahulu kang dia sorang mungkin segan pula dia nak makan. Dalam keletihan aku hantar rakaman suara, aku kata jam lapan setengah kalau tak sampai biarlah aku balik. Dia jawab whatsapp dan katanya Abg macam tak percaya pada dia. Dia dtg tu kerana abg katanya.
Aku baca rasa hati sudah hilang semangat. Jam 9:00 malam isteri aku call sebab dia risau keluar rumah awal samapi malam tak balik. Aku jawab perempuan ini belum sampai lagi, nanti jam sepuloh kalau dia tak sampai abg balik lah. Isteri aku jawab abg tunggu aja sampai jam sebelas kalau dia tak samapi juga abg balik lah dan isteri aku kata kalau dia datang biarlah dia sewa grab. Dikira dari segi logik akan perempuan ini kata bas rosak diseparuh jalan. dari KL ke Ipoh lebih kurang tiga jam..tapi kalau separuh jalan dalam dua jam dah sampai sebab dia kata jam 5:09 pm bas dah mula bergerak.
Jam sepuloh aku hantar rakan suara, aku kata jam 10 setengah kalau tak sampai juga aku bali. Dia balas bagi emoji gaya sedih. Akau hatar lagi rakaman suara jawab aku tanya dimana sekarang bukan jawab dengan emoji. Terus dia tak jawab Jam 11:00 malam tidak sampai aku masuk kereta dan aku buat rakaman suara aku bercakap dengan Allah. Ya Allah aku tidak pernah naya orang kenapa orang boleh naya aku. Aku tidak buat salah pada perempuan ini tapi kenapa dia seksa aku. Aku berdoa kepada Allah sbb aku terinaya dan aku serah Allah balas kepada perempuan ini setimpal dengan kesalahan nya.
Rakaman suara itu aku hantar kepadanya Perempuan ini sedar sememang dia tidak datang dan dia sudah tahu aku tunggu jam empat petang itu, berkatalah dengan jujur bagi tahu dia tak datang saja uji abg dan minta maaf abg balik ajalah. Ini tidak memang perangai nya lebih buruk dari perangai hantu.
Selepas malam itu dia tidak datang esok paginya dia hantar whatsapp katanya dia tidur hotel dekat Myden. Kalau betul dia sudah sampai malam itu kenapa dia tidak call atau whatsapp aku. Dan pagi itu Aku kata cuba ambil gambar kamu sekarang yang sedang berada di hotel aku nak lihat. Lansung dia tak jawab terus membisu. https://www.facebook.com/alishaqaisara58
https://www.facebook.com/alishaqaisara58
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak