Sudah Terang Dan Nyata

Saya tujukan khusus kepada bangsa Melayu yang berakal berfikiran yang waras dan yang berugama Islam. Mari lah kita membaca perkataan yang tertera dalam sepanduk MADE in PAS. Apa yang saya huraikan disini ada lah pandangan peribadi saya:
Saya berpendapat, parti PAS sudah tergelincir dari landasan dari kepala hingga ke ekor nya. Perjalanan dan matlamat PAS menggunakan teknik yang konon jalan pintas buat mereka-mereka yang rakus gila kan kuasa pemerentahan, sanggup berbuat apa sahaja sehingga hukum syarak mereka letakkan diponggong mereka. Nafikan lah oleh wahai pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahli nya dan cubalah tegakkan seberapa boleh benang basah yang telah anda semua lumuri dengan kejahilan anda semua. Tidak keterlaluan saya katakan disini, anda semua bagai kata bidalan, kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.
PAS hanya gah dengan identiti Islam tapi mereka jahil dalam tuntutan ugama Islam yang sebenar. Tidak dinafikan Tok-Tok guru mereka hebat mengaji Pondok mendalami ilmu Islam dan Al-Quran. Kalau hanya pandai baca tapi tidak memahami makna maka ini lah jadi nya. Dalam kitab Al-Quran dari juz 1 hingga juz 30 adakah ayat didalam Al-Quran itu menyuruh atau membolehkan kita mendoakan keburukan sesama bangsa dan se ugama? Kalau mereka baca yang di terbitkan yahudi mungkin adalah agak nya. Didalam kitab ada mengatakan Allah ujud kan kaum yahudi ini, untuk memporak-peranda orang Islam dan sejauh mana pula orang Islam itu boleh bersatu.
Sebelum ini berbagai-bagai yang dilakukan oleh PAS, diantara nya mengkafirkan orang melayu yang berugama Islam, ahli ahli PAS bangsa apa? ahli ahli UMNO bangsa apa? kalau anda tidak tahu saya bagi jawapan nya, kesemua kita adalah Melayu. Dari datok nenek kita sudah berugama Islam, sehingga kepada kita jawab nya juga Islam. Cuma sama-ada faham tak faham sahaja tentang Islam dan kuat atau tidak sahaja setiap individu Melayu yang mengamal tuntutan cara Islam. Tapi mereka mereka ini bukan kafir. Siapa anda wahai orang orang PAS, YANG BERANI MERAMPAS HAK ALLAH untuk menjatuhkan hukum sesaorang itu kafir? sedangkan anda tidak tahu kesahehan nya.
Jika pemimpin-pemimpin PAS benar-benar inginkan kuasa dan bersungguh dalam politik, tukar lah indentiti sekarang PARTI ISLAM SE MALAYSIA kepada nama lain sebagai contoh parti ajaran sesat ke atau parti agama sesat ke atau sebagai nya. Baru tidak terjejas atas nama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular