Tindakan Undang-undang Jika Terus Manipulasi Pembelian Kapal Selam

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran bahawa kementerian itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus memanipulasi fakta kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis.


Beliau berkata pihaknya telah berulang kali menjelaskan isu berhubung pembelian dua kapal selam itu di Parlimen bahawa ia dilakukan secara telus.
                                                  

"Sekiranya Dr Kua (Kia Soong) dan Suaram membawa peguam Perancis, Wiliam Boourdon untuk mendakwa kerajaan Malaysia di mahkamah Perancis, kita akan juga mendakwa Dt Kua sekiranya terdapat bukti ada fakta yang di manipulasi," katanya selepas merasmikan Sepakat Komuniti 1Malaysia daerah Hilir Perak di sini hari ini 23 July 2011.

Beliau mengulas mengenai kehadhiran peguam Perancis Wiliam Bourdon di Pulau Pinang pada majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Penasihat undang-undang Kementerian Pertahanan sedang meneliti fakta-fakta dalam buku tulisan Dr Kua yang diselewengkan mengenai aset-aset pertahanan untuk membolehkan beliau diambil tidakan di mahkamah," katanya.

Katanya Dr Kua yang juga pengarah Suaram sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu untuk menghentam kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular