Satu pertanyaan lagi? apakah Tun M masih ada rasa sayang kepada negara Malaysia ini dan rakyatnya, khususnya kepada bangsa Melayu. Jika ada berbuatlah sesuatu yang bijak..!! dan lagi jangan hilangkan kasih sayang rakyat Malaysia ini kepada nya yang masih lagi terpahat dihati. Untuk membeli kasih sayang bukanlah sesuatu yang mudah tapi jika ingin mendapat kebencian adalah sesuatu paling mudah.
Tidak salah kepada rakyat bagi sesebuah negara untuk bersuara..lebih-lebih lagi kepada rakyat Malaysia ini yang mengamalkan sistem demokrasi. Begitu juga kepada Tun M, mantan Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi, telah banyak menabur bakti memberi serta menaikkan taraf ekonomi kepada negara serta kepada rakyat. Dimasa-masa yang akan datang buatlah kenyataan yang boleh menmbatkan hati rakyat cintakan negara dan kerajaan yang memerintah (Barisan Nasional)
BACA DIBAWAH INI SUARA HATI KBE YANG MUNGKIN JUGA MEWAKILI RAKYAT MALAYSIA YANG DILUAR SANA.
Semua rakyat Malaysia membayar cukai sehingga rakyat yang baru lahir juga membayar cukai tidak kira apa bangsa dan agama. Adalah tidak bijak dengan kenyataan terbuka beliau mengatakan itu tak perlu, ini tak perlu dan sebagainya seolah-olah menasihati kerajaan pimpinan sekarang ini memberi sesuatu kepada rakyat. Ulasan beliau lagi mengatakan bahawa rakyat tidak akan kenang apa yang diberi oleh kerajaan. Tidak tepat sama sekali. Tidak juga dinafikan ada juga yang sedemikian tapi hanya segelintir iaitu mereka-mereka yang berkenaan..???!!!
Kerajaan tidak dapat mengawal harga barangan keperluan seperti barangan makanan yang setiap hari dibeli oleh pengguna. Kerajaan juga tidak mampu memantau harga barangan keperluan diseluruh pelusuk jualan didalam Malaysia ini. Peniaga-peniaga ada lasan tersendiri untuk menikankan harga barangan jualan mereka iaitu kos pengangkutan.
Mahu tak mahu, oleh kerana pengguna nak makan..maka terpaksa juga membeli. Bagi rakyat yang berpendapatan lebih dari RM3K bolehlah "sikit-sikit no hell" tapi bagaimana kepada rakyat yang berpendapatan rendah yang kurang dari RM1K? Contoh sebagai pekerja kilang gaji yang kecil rumah bersewa kos sara keluarga api dan air serta perbelanjaan anak sekolah. Begitu juga kepada penoreh getah dan pengambil upah kerja-kerja dikampung, selain pendapatan terpaksa dibahagi dua dengan tuan kebun. Itu belum dikira hari hujan, masalah sakit demam, tiub motor bocor atau motor rosak?
Kerajaan sedar ke? dua perkara yang rakyat berpendapatan rendah paling takut iaitu kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenikan harga minyak dan kenyataan tentang kenikan gaji kakitangan kerajaan...maka siaplah dua perkara ini diumumkan, harga barangan keperluan turut dinaikan oleh para peniaga.
Rakyat yang berpendapatan rendah akan terasa kesempitannya. Jadi amatlah tidak wajar menaikan kemarahan rakyat kepada kerajaan dengan kenyataan terbuka yang dikeluarkan oleh Tun M, "Tak perlu diteruskan BR1M" kepada rakyat dan kononnya tidak mahu rakyat hanya bergantung kepada kerajan >>KERAJAAN BERGANTUNG KEPADA SIAPA?<<
Jangan naikkan kemarahan rakyat..!! khususnya kepada yang berbangsa Melayu. Sedangkan kerajaan pimpinan DS Najib dan kita semua sudah tahu akan kesan "TSUNAMI CINA" pada PRU-13 yang lepas Tak mahu keluarkan BR1M lantak lah tapi jangan buat kenyataan terbuka..senyap-senyap je.. tanpa diketahui oeh rakyat tak boleh ke? Kalau kerajaa pimpinan sekarang ini masih mampu untuk memberi tanda terima kasih kepada rakyat kenapa perlu dihalang?
Ingat dan terus ingat tanpa orang sokongan orang Melayu Barisan Nasional tidak akan dapat berdiri megah, korang nak harap sokongan Cina berapa kerat? kalau tak ada Melayu dan peribumi dari Sabah dan Sarawak pociklah BN. Sekarang fikirlah Sayanglah kepada orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak yang rata-ratanya sentiasa hidup dalam kesempitan.
Kenapa tidak didarankan elaun sampingan mentri dan pemimpin diHentikan ..mereka pun dah ada gaji, Menderu kehulu dan kehilir sekadar nak mersmikan sesuatu adalah pembaziran .Rakyat yang datng terpaksa mengeluarkan wang sendiri sedangkan mereka ditanggung.Apa kar helll.?
BalasPadamSaya sokong komen anda, tepat, padat dan mantap. Kerajaan perlu telus dan adil.
PadamBantuan BR1M, masih tidak sampai ketangan insan yang sepatutnya.... pengagihan juga patut sama-sama merasa...Ape yang dikatakan Tun M adalah betul..... BR1M patut ditukar kepada PANCING supya penerimanya untung berkali ganda dan kerajaan merasa tempiasnya...win-win situation
Padam