Mustafa Ali diberi tiga hari mohon ma'af

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali diberi tempoh tiga hari bermula hari ini untuk memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Islam Selangor (JAIS) keatas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.


Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa itu jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan UMNO sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam kompenan Barisan Nasional (BN).


"UMNO Selangor memberi masa tiga hari kepada PAS dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar seperti mana beliau melakukan tuduhan itu di Terengganu semalam.


"Jika gagal, PAS dan Mustafa Ali akan menghadapi tindakan undang-undang kerana tuduhan tidak berasas tersebut", katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.


Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS keatas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.


Mustafa turut mengatakan UMNO memain peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka keatas gereja tersebut.


Moha Zin menambah, tuduhan tidak berasas Mustafa keatas UMNO itu sangat dikesali kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadhan yang sepatutnya dihormati  dan dihayati oleh semua umet Islam.


"Rakyat sedang memerhati dengan sepenuh perhatian kegagalan demi kegagalan yang dibuat oleh kerajaan DAP, parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas Selangor dalam menangani pelbagai masalah dan kepentingan rakyat terutama dalam isu agama, pasir dan keruntuhan sosial," tegasnya.

Kepada yang ingin membuat duit secara online dengan mudah sila kik seterusnya disini - http://worldteamchampion.com/?id=mnorkembalak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular

  • Profile Fb Sariah Sariah nama pengguna fb  Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan segera, kerana telah mendapat wang tunai dal...
  • Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada anda yang berminat untuk mencuba atau berminat untuk jadi penge...
  •   WAHAI MUHYIDDIN, SIAPAKAH KLEPTOKRAT? Dr Mamat Desa 17 Ogos 2021 Sebenarnya apakah maksud ‘kleptokrat’? ‘Kleptokrat’ ialah orang yang meng...
  • N ik Aziz tidak menghormati bulan Ramadhan!!! Apa hukumnya orang buat fitnah dan juga hukum orang yang percaya dengan fitnah tersebut? Hany...
  • Mulai sekarang kita perhatikan penampilan artis yang bernaung dengan jenama PAS Aku peduli apa kalau berduyun-duyun artis menyertai dan...
  • S exy Bikini - Candice Swannepoel berkongsi imej seksi dirinya hanya rentetan bikini kecil di tepi kolam renang. Dia bekerja keras di Sao P...
  • Kenapalah nasib malang banyak sangat yang menimpa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang ini. Gambar di bawah ini adalah gadis ...
  • Pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam Bukit Aman, berkata tidak ada kebenaran Land Rover polis melanggar motosikal pemimp...
  • Beautiful to be seen nice to be felt..! You see what good yoga pants or what..?
  • T anamkan semangat cintakan negara. Marilah sekurang-kurangnya kita hadirkan dalam diri kita mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah...