Alkesah sebuah rumahtangga

Hati terguris perasaan terhiris, berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Apakah kesudahan kesah rumahtangga bagi wanita ini, semasa artikel ditulis saya tidak tahu sama sekali. Cuma kesahnya saya ambil dari halaman ini MP PKR Halau isteri? jadi dalam hal ini saya tidak mahu menyentuh perkara ini dan membuat komen yang berunsurkan politik. Kerana bila kita katakan bab rumahtangga ianya tidak hanya pada satu kaum atau sesebuah parti.


Akan tetapi saya terpaksa juga sentuh sedikit kerana ianya terjadi kepada golongan ahli politik berkenaan. Alangkah kesalnya kerana orang yang berpengaruh yang membawa harapan rakyat bersikap sezalim ini terhadap pasangan yang dinikahinya selama ini bukan sahaja ada mempunyai anak malah sudah ada seorang cucu.


Kalau perkara sebesar mana sekalipun yang melanda, jika dibawa berbincang insyaAllah ianya ada cara dan jalan penyelesaian yang baik tanpa perkara dalaman boleh diketahui umum. Jadi mahu tidak mahu wanita ini (gambar) sudah pasti membuat aduan kepada pihak yang berwajib untuk menghuraikan masalah yang melanda rumahtangganya, yang dirasakan wanita berkenaan ianya sudah dizalaimi.


Jadi nama lelaki tersebut sudah pasti tercemar dengan kesah beliau bertindak zalim terhadap isterinya kerana sudah ada mempunyai orang ketiga. Tidak salah pada hukum agama Islam seorang lelaki itu boleh menikahi wanita lebih dari seorang dan tidak lebih bilangan empat dalam satu masa. Islam membolehkan dengan garis panduan yang adil sekiranya mampu dan kena adil dan tidak bersikap zalim.


Untuk itu saya tidak dapat menghuraikan panjang lebar perkara ini, kepada pembaca blog KBE boleh membacanya melalui link yang telah saya sertakan diatas itu.

Pssttt bab rumahtangga tak boleh nak hentam keromo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular