Pelarian Rohingya adalah PATI

(Video) ROHINGYA: ANTARA PERI KEMANUSIAAN DAN MENYUSU KERA DI HUTAN

KDN telah mengesahkan bahawa pelarian Rohingya adalah setaraf dengan pendatang haram atau PATI.
Hakikatnya, isu Rohingya telah meletakkan kerajaan pada situasi serba salah; membantu pelarian seagama atau menyusu kera di hutan tapi anak di pangkuan mati kelaparan’.
Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) DS Hamzah Zainuddin telah mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya.
Hakikat ini adalah kerana Malaysia tidak pernah menandatangani persetujuan atau perjanjian dengan statut Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.
Dengan itu, pelarian Rohingya yang berada di Malaysia pada waktu ini adalah diklasifikasikan sebagai pendatang tanpa izin, atau PATI meskipun mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Justeru, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemuka sebarang tuntutan kepada kerajaan. Malahan lesen memandu UNHCR sekalipun juga tidak boleh digunakan di Malaysia.
Kehadiran mereka di negara ini hanyalah kerana dasar perikemanusiaan dan status mereka untuk berada di negara ini hanyalah bersifat sementara sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin
Isu tentang status pelarian Rohingya ini terbangkit kerana wabak Covid-
19 yang telah menular di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur dan dikenakan status PKPD kerana jumlah jangkitan yang amat signifikan.
Memburukkan lagi keadaan, etnik Rohingya dikatakan telah mendominasi Pasar Borong Selayang, sikap pengotor mereka, serta isu perlindungan kumpulan samseng yang sekaligus menyekat penduduk tempatan mencari rezeki di pasar tersebut.
Di tengah-tengah isu jangkitan wabak Covid-19 itu, timbul pula isu kononnya kaum pendatang Rohingya yang memiliki KAD UNHCR, dikatakan ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang negara.
Dimuat naik daripada YouTube
Selain itu tertonjol pula Isu Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) dan Majlis Ulama Rohingya (MUR) yang dikatakan lantang memperjuangkan ‘hak’ pelarian Rohingya dan menuntut layanan istimewa untuk mereka.
Ironinya, MERHROM tidak ada dalam status pendaftaran ROS, manakala MUR pula tidak pernah diiktiraf oleh JAKIM.
DS Hamzah juga telah mengesahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak pernah mendaftarkan mana-mana pertubuhan atas nama Rohingya di Malaysia.
Justeru, beliau menegaskan mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Dalam rekod KDN, sehingga setakat bulan Mac 2020, terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang tinggal secara sementara di Malaysia. Daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 adalah terdiri daripada etnik Rohingya.
KDN juga mengingatkan sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu-gugat ketenteraman awam dan bertentangan dengan undang-undang negara, tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
DS Hamzah menegaskan, semua PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia tidak kira sama ada Rohingya atau bukan, hendaklah terus menghormati dan mematuhi undang-undang di negara ini.
*****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular