Kita sebagai ibu-bapa marilah kita ambil ikhtibar degan kes ini.

Salam sekalian pembaca yang telah bergelar sebagai ibu dan bapa dan juga kepada yang bakal bergelar ibu dan bapa.


Marilah kita semua mengambil ikhtibar dari kes yang telah terjadi kepada dua gadis ini, untuk kita sama-sama jadi kan tauladan dan sempadan.


Dalam kes ini janganlah kita semua menuding jari kepada sesiapapun. Kerana setiap orang sebagai ibu dan bapa tiada siapa pun inginkan anak-anaknya berada dalam keadaan tidak sempurna apatah lagi berakhlak yang buruk.


Tidak di nafikan kita telah memberi pelajaran kepada anak-anak kita, tetapi pelajaran sahaja tidak memadai tuan-tuan dan puan-puan. Lebih-lebih lagi dalam kesebukan kita mencari rezeki ada yang sampai berminggu-minggu tidak dapat bersama keluarga. Ataupun ada juga kita tinggal bersama anak-anak oleh kerana kesibukan yang tak dapat di elakan kita juga terlepas pandang kepada keluarga kita.


Kedua ibu-bapa kena mainkan peranan penting, soal membesar dan mendidik anak-anak kita dan tidak pula kita sebagai seorang bapa pertanggungjawabkan kepada isteri kita sahaja dan bagitulah sebaliknya.


Berbalik soal pendidikan yang sempurna kita telah berikan kepada anak-anak kita, mungkin kita terlupa satu perkara atau jarang-jarang kita semua lakukan dan yang lebih malang lagi lansung tidak pernah kita lakukan.


Doa, doa adalah senjata orang mukmin. Doa perlu kita pohon setiap hari dan masa, yang sebaik-baik doa adalah selepas kita mengerjakan solah lima waktu. Apa bila pelajaran yang secukupnya atas segala kemampuan kita dan doa kita pohonkan kepada Allah, insyaAllah hidup kita berkat. Yang paling afdal untuk berdoa adalah selepas kita mengerja sembahyang tahjud.


Kerana diwaktu yang hening dan bening itu, kita dapat khusuk berdoa kepada Allah. Jika terjadi juga barulah dinamakan taqdir. Sudah nasib polan bin sepolan terjadi demikian.


Saya sunting sedikit kes yang dibawah ini, MashaAllah...!!umur baru 14 tahun sudah melakukan hubungan seks 4-5 kali dalam seminggu. Ya..Allah dasyatnya remaja kita sekarang.


Sekali lagi saya menyeru diri saya dan saudara-saudara saya diluar sana marilah kita ambil ikhtibar dari kes ini, kita peliharalah sebaik mungkin keluarga kita dan jangan kita menuding jari kepada sesiapa dalam soal ini.

Silalah layari link ini, untuk mendapatkan kesah seterusnya - myMetro | Seks hobi masa lapang

4 ulasan:

  1. Salam sdr Mnor.
    Sedih mengenangkan bebudak sekarang. Kita sebagai bapa moden sekarang ni kena lebih advance dari anak kita. Kita kena cemburu dengan anak. Nakal budak sekarang tak sama dengan nakal budak dulu. Dulu nakal-nakal kita cuma curi buah pelam aje atau yang terultra nakal tu adalah ngendap-ngendap bilik mandi orang -maklumle dulu bilik mandi kat luar rumah..ha..ha..ha

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumsalam sahabat saya enal: apa yang sahabat kata tu saya akui kebenaran nya. Nakal kita di kampung getah keping orang samapai berlaput tersiadai kita tak ganggu, ayam itek orang bertambah membiak kita tak usek hanya mengambil buah rambutan setangkai dua makan disimpang jalan sambil berbual-bual dengan rakan.

    Pada siang hari sempat dimana jumpa aje, tuan punya pokok tanpa segan silu kita minta izin buah rambutan yang kita ambil buat makan. Zaman saya membesar tiada dadah, tiada motor untuk merempit hanya basikal sahaja.

    Berbeza pada zaman sekarang, saya setuju dengan sahabat kata, kita kena advance bersungguh-sungguh supaya bukan sahaja anak-anak kita malah anak-anak jiran kita kena nasihatkan juga.

    Kalau masyarakat bandar susah hendak kita berbuat demikian. Dikampung kita kenal semua ibu bapa mereka dan anak-anak kita pun takut berbauat sesuatu, kerana tindakan masyarakat masih kuat berperanan memberikan kata-kata nasihat, paling kita berasa gembira jiran-jiran akan melapurkan kepada kita, jika terdapat kelakuan anak-anak di belakang kita berbuat satu-satu perkara yang tidak kena..

    BalasPadam
  3. Salam Saudara, Waw, cepat juga dah ramai pembaca, Tahnia saya ucapkan, semuga sukses, dan terus maju jaya.

    BalasPadam
  4. Wa'alaikumsalam sahabat saya saudara SUARA RAKYAT KUNAK: hasil usaha saya tak seberapa tapi atas kerjasama rakan blogger semua yang tolong promosikan blog saya.

    Inilah dunia kita yang berblog untuk membuat satu-satu posting bukannya mudah. Mesti ada terjadi satu pihak suka dan satu pihak lagi akan mengecam.

    Walau apapun setiap komen kita jika dapat disertakan fakta ianya menjadi cover kepada kita, kecaman tetap juga ada, tapi ringan lah sikit..terima kasih sahabat sudi menjenguk saya disini..

    BalasPadam

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular