Tetapi sepuloh tahun kemudiannya, Impalannya mula beralih. Meski pun ia berusaha menolaknya semula ketempat sepatutnya, ia masih bergerak jauh dri payudara. Tian berkata, keyakinannya musnah selepas suaminya bermain kayutiga dan dia menjalani pembedahan itu dengan harapan untuk mendapatkan semula kasih sayang suaminya.
"saya sangka rumahtangga kami bahagia sehinggalah saya mengetahui suami saya menjalinkan hubungan dengan wanita yang enam tahun lebih muda dari saya," katanya. Pasangan yang berasal dari Guangzhou diwilayah Guandong itu sedah mendirikan rumahtangga selama lapan tahun, membuka sebuah restoran dan membina perniagaan bersama sehingga mereka kaya.
Selepas kecurangan suaminya terbongkar, mereka memutuskan untuk kekal semata-mata kerana keluarga, tetapi dia tetap merasakan tidak lagi menawan dan mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik.
"Saya menghubungi seorang pakar bedah plastik berhampiran kediamn kami dan mengaturkan untuk membesarkan payudara saya. Saya terkejut apabila bangun selepas beberapa tahun kemudian melihat impalan beralih ketempat lain. Saya sungguh malu dan cuba mengalihkan semula ketempat asal. Tetapi setiap kali bangun pagi, impalan itu semakin jauh dari tempat biasa sebelumnya.
"Suatu hari apabila bangun saya mendapati satu impalan itu berada dibelakang dan satu lagi di perut. Saya sedar saya terpaksa melakukan sesuatu. Saya bimbang sungguh meneganai kerosakkan yang berlaku pada tubuh saya. Sebenarnya ia sungguh menyakitkan".
Dia menjalani satu lagi pembedahan untuk membuang impalan berkenaan dan meletakkan yang baru beberapa minggu lalu. Doktor di Hospital Polis Guandong, Lian Hao, berkata, impalan yang disuntik pada payudara Tian sebelum ini ialah sel polyacrylamide.
"Ia bahan berbahaya dan boleh merosakkan dalaman tubuh, menyebabkan barah serta menjejaskan buah pinggang". kata Hao. Penggunaan bahan itu diharamkan di China sejak 2006. Bagaimanapun, kesan peralihan payudara menyebabkan rumahtangganya lebih teruk. Suami saya sungguh kecewa dan menyebabkan hubungan kami lebih renggang, "kata Tian" -Agensi.
p/s nasib baik payudara yang beralih kalau benda sulit tu haru-haru...!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak