Apa yang dikesalkan disini ialah, pada tahun 2006 penduduk di Kampung Cubadak seramai 348 keluarga, kita jangan sebut apa bangsa mereka apa yang pastinya mereka ini semua 'MANUSIA' sekarang tahun 2014, Datuk Bandar sekarang pun 'MANUSIA' juga. Apakah sesama manusia tiada bahasa atau perkataan untuk berintraksi?
Apakah sesama manuisa tidak boleh berunding, apakah jenis sesama manusia ini tiada sebarang perasaan? Jika Datuk Bandar sorang boleh roboh rumah penduduk yang ramai...apakah penduduk yang ramai tidak boleh robohkan rumah Datuk Bandar yang sorang...!! keh..keh ini bukan hasutan tapi hanya 'kiasan' kalau manusia mesti dia faham.
Satu memorandum akan dihantar kepada Yang diPertuan Agong dan juga Perdana Menteri sekiranya Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) bertegas. Memorandum yang akan dihantar itu sebagai menunjukkan tanda kemarahan penduduk terhadap kenyataan datuk bandar yang tetap akan melakukan perobohan walaupun rayuan dikemukakan di mahkamah Tinggi.
"Memorandum ini cara yang pertama, keduanya kita akan hantar memorandum kepada Menteri (Wilayah Persekutuan), Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agung sekiranya tuntutan penduduk Cubadak tidak didengar.
Ahmad Zamri memorandum yang dihantar pada Isnin juga menuntut supaya Datuk Ahmad Phesal Talib menghentikan aktiviti perobohan sehingga tamatnya tempoh injunksi pada 26 Jun nanti.
Selain itu katanya, ia adalah sebagai menuntut supaya datuk bandar berunding dengan penduduk kampung sebelum boleh melakukan sebarang tindakan ke atas rumah penduduk Kampung Melayu itu. Seterusnya sila baca jangan jadi badak sumbu!!Yang diatas tu hal terbaru, dan yang ini pula hal yang cukup lama. Kampung Cubadak yang dibuka oleh orang Melayu pada tahun 1880-an, terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur. Jawatankuasa bertindak tela menghantar memorandum kapada Perdana Menteri Malaysia, Masa itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 April 2006. salinan memorandum tersebut juga dihantar kepada Datuk Seri Najib semasa itu merangkap Timbalan Perdana Menteri dan sekarang dan jadi Menteri 1Malaysia...1Malaysia..1Malaysia aiii..datuk Seri nak duduk sorang je ke dalam Malaysia ni?!!!
Sepatutnya perkara ini tidak timbul lagi dimasa ini...maksudnya dah lama selesai...memang akta tanah negara sudah dipinda, kerajaan berhak mengambil tanah rakyat Malaysia dimana-mana jua dengan alasan untuk pembangunan.
Bila disebut 'pembangunan' rakyat tidak berhak menghalang, cuma boleh dibawa ke Mahkamah jika tidak berpuas hati dengan pampasan yang dibayar oleh pihak kerajaan. Jadi rakyat Malaysia kena akur...
Tapi bagaimana pula, pemilik tanah dan penduduk tidak mendapat maklumat yang lengkap mengenai urusan pengambilan tanah dan perlaksanaan projek dan hanya tahu mengenai notis penerangan pengambilan tanah ditampal pada pokok dan dinding di Kampung Cubadak ini. Tapi ini cerita lama weh...2005
Dengan cerita lama juga jika di wartakan Kampung Cubadak termasuk dalam senarai kampung tradisonal dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, mungkin tidak terjadi seperti krisis sekarang. Kerajaan Malaysia mengiktiraf hak bumiputra..adakah ini keistimewaan hak bumiputra itu?
Meh lah korang baca disini Ini kesah dari tahun 2005 wooo!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak