Hakim Syarie telah menangguhkan kes pasangan ini sehingga 11 June depan sebelum memerintahkan Abby Abady menfailkan satu lagi permohonan bagi mengesahkan terlebih dahulu status yang dibuat Farhan pada Januari lalu.
Ini kerana Abby mendakwa Farhan telah pernah mengeluarkan kata-kata kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu. Sementara itu, dalam masa yang sama, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang di panggil Abi agar kembali bersama ibunya semula.
Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduan terhadap farhan. Namun video tersebut dipercayai telah dipadam mungkin kerana Danish meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpeleseran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber pada setiap malam.
"Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu, itu semua duniawi. Ala Abi kawinlah dengan mama balik. Apalah dosa mama tu Abi?." antara ungkapan yang diucapkan oleh Danish menerusi video tersebut.
walau video tersebut dipercayai telah dipadam, tetapi pihak kami akan cuba mendapatkan sedutan video bagi memberikan gambaran kepada anda apa yang cuba dilakukan oleh Abby melalui tindakannya memuat naik video tersebut.
Ini kerana ramai yang mempersoalkan tindakan itu kerana ada yang merasakan dia mahu memujuk Farhan untuk kembali kepangkuannya, manakala tidak kurang yang berkata bahawa Abby cuba untuk membuka aib suaminya yang dinikahi tidak sampai setahun itu dan selain itu menggunakan anak nak pancing semula terhadap suami...keh..keh..keh..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak