Amaran Kepada Semua Tanpa Kecuali

Pengacau hari mengundi dikenakan tindakan undang-undang. Kuala Lumpur: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Aziz Mohd Yusof memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba mengacau proses pengundian pada pilihan raya umum nanti.

Amaran Kepada Semua Tanpa Kecuali
Abdul Aziz berkata, pihaknya mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang dikenali "MATA" dipercayai akan menghalang pengundi daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi pada 5 Mei depan.

"Kita sudah mengenal pasti maklumat yang dikemukan oleh kawan-kawan kita (Polis Diraja Malaysia) mengenai kumpulan MATA ini. Saya menasihatkan mereka yang terlibat supaya insaf dan hentikan niat untuk menganggu pada hari mengundi sebelum pihak polis bertindak.

"Mereka perlu tahu tindakan menghalang pengundi untuk mengundi adalah slah" katanya menerusi Program khas bertajuk "Landskap PRU-13 yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 malam tadi.

Beliau turut mendedahkan modus operandi kumpulan itu yang antaranya membuat kacau berhubung dakwat kekal dan mendakwa kononnya nombor siri kertas undi boleh menyebabkan pengundinya dikenal pasti kelak.

"Modus operandi kumpulan itu ialah mereka akan mencatitkan dakwat pada jari seseorang pengundi dan kemudian mereka akan membuat bantahan kononnya pengundi itu sudah mengundi.

"Satu lagi taktik mereka membuat kacau dengan meminta kerta undi lain daripada apa yang diberikan oleh petugas pilihan raya kononnya mendakwa kertas undi yang mempunyai nombor siri akan membolehkan pengundi dikesan kelak," kata Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata, SPR juga tidak menggalakkan callon membawa ramai penyokong ke pusat penamaan pada 20 April nanti kerana boleh menganggu tugas polis untuk mengawal keselamatan awam. Calon dinasihatkan tiba awal dipusat penamaan calon, tidak membawa ramai penyokong parti kerana akan menyusahkan polis untuk mengawal keselamatan awam. SPR juga yakin tidak menyediakan khemah serta membekalkan makanan pada hari tersebut.

"Penyokong ramai hadir pada hari tersebut tidak memberi jaminan calon itu akan menang," katanya BERNAMA.

Pssttt...semua kehendak pembangkang sudah dituruti termasuk dakwat kekal. Steady lah biarlah rakyat yang buat keputusan. Kenapa nak sabotaj pula?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular