Tun M Liat Anwar Meroyan

Tun M liat Anwar Meroyan, Jelaslah kepada kita semua betapa meroyan dan gundah gulananya jiwa Anwar Ibrahim, bercita-cita besar hanya sekadar ingin jadi PM sahaja. Peluang keemasan semasa berada bersama Umno dan dalam kerajaan sewaktu ketika dahulu berlalu tanpa hajatnya tercapai.
Tun M Liat Anwar Meroyan
Tun M berucap dihadapan 14 ribu penduduk di Johor Bahru
Lebih malang lagi sewaktu menjawat jawatan no2 besar dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, Anwar telah disumbat dan direhatkan di Sungai Buloh Resort.


Semasa kejadian tersebut Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kerana terdapat bukti jelas atas kesalahannya meliwat.

Berbeza dengan kes liwat II Anwar bernasib baik kerana terlepas disebabkan bukti lemah, namun kes ini sebenarnya belum berakhir. Kerana mangsa yang diliwat Anwar bin Ibrahim iaitu bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan masih mengemukakan rayuan bicara. Nasib Anwar akan lebih malang kerana bekas peguam belanya Yuktes Vijay menyatakan sedia membantu Saiful didalam mahakamah rayuan.

Yuktes Vijay mendakwa, Saiful sebenarnya terinaya, Yuktes juga berkata beliau tersilap membela Anwar kerana memang jelas kejadian liwat itu berlaku. Baiklah kita tinjau kesah ini, iaitu petikan kata-kata Tun M semasa berucap dihadapan 14 ribu penduduk pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat Kempas Permai, Johor Bahru.

Menurut Tun M, Anwar, 66, tidak pernah berhasrat untuk memperjuangkan nasib rakyat dan sejak dahulu hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impiannya itu tercapai.

"Baru tiga hari dia masuk UMNO, dia sudah menyatakan hasrat untuk jadi Ketua Pemuda. Lepas itu dia hendak jadi Naib Presiden kemudian Timbalan Perdana Menteri sampailah saya sendiri dia hendak lawan".

"Saya liat, tidak mahu letak jawatan dan mulalah dia kata saya macam-macam. Sudah jelas masa itu dia masuk UMNO sebab hendak jadi Perdana Menteri," kata negarawan berusia 88 tahun itu pada program Bicara Perdana Menteri Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat Kempas Permai di Johor kelmarin.

Pssttt...Nak lawan tokeh rupanya..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular