Datuk Seri Hadi Awang mendakwa, Islam membenarkan peribadi pemimpin didedahkan termasuk dalam hal yang mengaibkan jika ia bertujuan untuk kebaikan. Beliau berkata bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin. Serangan peribadi dibenarkan didalam Islam, termasuk serangan yang akan menyebabkan pemimpin itu terpaksa menanggung malu, sekali gus menjejaskan imejnya.

Hadi memberikan lagi satu contoh katanya, seorang perompak yang masuk kampung dan berbuat baik dengan penduduk kata Hadi seterusnya, sesiapa yang mengetahui peribadi perompak itu WAJIB mendedahkan kepada masyarakat kampung itu, dengan tujuan mengelak mereka dirompak. (Soalan aku, video salah laku seks entah siapa yang sebarkan) juga telah disiarkan ini adalah baik, bagi mengelak anak dan isteri orang lain menjadi mangsa. Seperti lagi satu kesah yang telah berlaku seorang uztaz dari PKR ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang didalam bilik hotel jam 3;00 pagi apa tujuan? mungkin tidak salah agaknya kerana sekadar main GAME ANGRY BIRD..!!
Kata Hadi lagi, "dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan dalam Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi yang tidak layak untuk menjadi pemimpin. (Aku tambah lagi satu perkara, mungkin Hadi terlupa atau sengaja disembunyikannya bagaimana bagi mereka yang melakukan seks terlarang)?.
"Dalam Islam sendiri, untuk melantik seorang saksi dan hakim, Islam membenarkan pendedahan peribadi. (Pilihan Raya) ini kita ingin melantik pemimpin. Rakyat perlu tahu perkara peribadi (Dan aku katakan disini, janganlah cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap)

Cuma malang sedikit, kerana tak pernah terjadi dalam sejarah manusia membuat maksiat membawa empat orang saksi maksum, kalau ada aku rasa dunia ini dah lama kiamat dan lebih malang lagi video juga telah difatwakan oleh Hadi sebagai besi yang tiada boleh jadi saksi. (Aku rasa jika video sudah wujud dizaman Rasullah, maka video juga akan digunakan pada masa itu) Bukanlah minda kita hidup dizaman perubahan yang lebih canggih dan modern. Fikiran dan otak manusia tidak mampu untuk mengingati setiap tarikh dan waktu sesebuah rakaman, tapi video sempurna merakamkan sedia tarikh dan waktu kejadian.
Klik Stopa "GANGNAM STYLE"
Klik Stopa "GANGNAM STYLE"
Pssstt...jangan salahkan ibu mengandung, kalau senjata sendiri memakan Tuan nya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak