Nik Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dahulu secara terbuka memberi lampu hijau kepada pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam. Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam". demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersenda dan menghina Islam.
Inilah pandangan taksub bagi siBadut akhir zaman ini kerana mempolitikkan agama untuk kepentingan politik puak sendiri. Oleh kerana Nik Aziz sudah memberi muka, maka itulah kira-kira beberapan bulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims. Manakala pemimpin bukan Islam terdiri dari PKR dan DAP pula semakin berani bersyarah diruang solah utama umat Islam. Ahli kariah pula termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.
Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada Pas, terus beri keizinan untuk pemimpin non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz dan ustazah.
Pernah pemimpin Pas dan PKR bersemangat untuk berdemontrasi didepan Bangunan MCA gara-gara kenyataan Presiden MCA berkenaan hudud Pas. Entah syaitan mana yang merasuk pemimpin-pemimpin pembangkang ini sehingga memberi kata dua kapada MCA.
Berbalik kepada kemarahan pembangkang terhadap Presiden MCA, mereka mungkin telah lupa, Soi Lek bukannya seorang beragama Islam dan jika mengikut pandangan si Badut akhir zaman si Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidak bersalah. Bukankan Nik Aziz pada 12 0gos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam?
Jika kenyatan Soi Lek berkenaan hudud Pas dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara logiknya ianya berlaku setelah si Badut Akhir Zaman Si Nik Aziz juga yang telah memberi muka dan apabila ditujal dahinya kenapa pula mereka nak melenting. Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga lampu hijau untuk MCA menghina Islam. Kerana kedua-duanya bukan Islam.
Pssttt..segala kebiadapan celuparnya Nik Aziz kembali kepada dirinya sendiri
biarkan si Luncai ini terjun dengan labu2nya... biarkaaaaannnn....
BalasPadamBiarkan..biarkan..
Padam