Empat akta kawal maklumat laman web

GAMBAR SEBAGAI HIASAN
Semua jenis kandungan berangkai termasuk laman web di internet tertakluk kepada empat yang telah digubal di negara ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, akta itu adalah Akta Hasutan 1948, kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan akta komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
"AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah seksyen 211 dan233.
"Ia melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelek sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr.M. Malasingam pada sidang Dewan Negara haru ini (3 ogos 2010)
Malasingam mahu mendapatkan penjelasan tentang makanisme yang disediakan bagi menangani ternd dan paradigma kehidupan terutama kerunruhan moral dibandar mahu pon luar bandar akibat ledakan jalur lebar.
Tambah Rais, sebarang tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) adalah berdasarkan kandungan yang mempunyai unsur-unsur maksiat atau berita yang tidak menyenangkan.
"Bukan jalur lebar yang perlu dipersalahkan atau dianggap sebagai penyalur maksiat dan berita-berita yang tidak menyenangkan tetapi kandungan sesuatu jaringan," katanya.
Menurutnya, setakat ini sebanyak 405 aduan diterima yang melibatkan kandungan yang mengandungi unsur lucah ia itu sebanyak 207, mengancam atau bersifat jelik (196) dan dua kes mengenai sumber-sumber palsu dan sumbang.
"Ia jelas mmembuktikan bahawa SKMM sememangnya bertindak tega terhadap kesalahan-kesalahan seperti," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, kewujudan kafe siber adalah dibawah tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan.
"Sekiranaya terdapat aduan mengenai kandungan didalam komputer di pusat berkenaan yang menyalahi undang-undang. SKMM berhak mengambil tindakan terhadap perkara berkenaan," jelasnya,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular