PEMANDU teksi, Mohd Fazli Ismail, 28, diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hari Mohd Fazli dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh kanak kanak perempuan berusia tiga tahun, Shafiah Humaira Sahari, yang juga anak teman wanitanya dipadang bola di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Batang Kali, Febuari lalu.-foto-BERNAMA.
Mohd Fazli dihukum gantung selepas didapati bersalah bunuh Shafirah Humaira 2010/09/22
SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Jamil dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun padaFebuari lalu.
Hakim Datuk Moktaruddin Baki, ketika menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mendapati pihak pembela gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendawaan.
Ibu tertuduh yang terlalu sedih dengan keputusan itu terus menerpa kearah tertuduh selepas mahkamah ditangguhkan dan meraung sebelum pengsan kerana terlalu sedih.
Mohd Fazli, 28 didakwa membunuh Shafiah Humairah Sahari dipadang bola Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 6.30 petang 25 Febuari lalu
Dia dituduh mengikut syeksen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mohd Fazli, teman lelaki kepada ibu shafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Shafiah Humaira anak kedua Siti Nurhanim 25, seorang bekas pelayan kelab malam hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular