Rumah Duta Malaysia jadi sasaran

Rumah Duta Malaysia jadi sasaran 2010/09/23
Kumpulan BENDERA bantah kes dera amah, desak rakyat kita tinggalkan Jakarta
Jakarta: kira-kira 500 orang menaiki motosikal mengadakan tunjuk perasaan diluar kediaman Duta Beasar Malaysia disini, membantah kes terbaru penderaan pembantu rumah di Malaysia.
Kumpulan penunjuk perasaan berkenaan berhimpun diluar rumah Duta Malaysia, Syed Munshe Afdzaruddin menuntut beliau meninggalkan republik itu dalam tempoh dua hari.
Penunjuk perasaan juga mengancam untuk meronda pusat beli-belah tempatan untuk megusir warga Malaysia.
Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam dua hari. Jika beliau tidak berbuat kami akan menceroboh masuk rumahnya dan membawa keluar semua barang didalamnya, kata MustarBonaventura dari kumpulan nasionalis, Benteng Demokratik Rakyat (BENDERA) yang menganjurkantunjuk perasaan itu. Malaysia sudah bertindak keterlaluan. Pembantu rumah kita sekali lagi didera dan diperkosa. Mereka menghina Indonesia dan rakyatnya.
Penunjuk perasaan itu menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia dan membawa sepanduk Ganyang Malaysia.
Penganjur berkata mereka akan bertindak mensasarkan rakyat Malaysia yang keluar membeli belah di ibu kota itu.
Kami akan memberi tahu rakyat Malaysia dipusat beli-belah Senayan City agar tidak lagi membeli-belah DI Indonesia dan berambus. Namun akan memberi tahu mereka secara sopan santun bukan bukan seperti rakyat Malaysia yang mendera dan memperkosa, kata Bonaventura.
Bagaimana pon konvoi penunjuk perasaan itu yang cuba memasuki Senayan City dihalang oleh polis 100 meter sebelum pintu masuk utama pusat membeli-belah itu.
Mereka cuba berunding dengan polis agar membenarkan 65 daripada penunjuk perasaan memasuki pusat beli-belh itu, tetapi tidak dibenarkan polis.
Malaysia semalam mengecam sebarang tindakan mendera mana-mana pembantu rumah selepas munculnya satu kes pembantu rumah Indonesia berusia 26 tahun yang didakwa dianianya dan diperkosa majikannya di Pulau Pinang.
Pasangan majikan terbabit bagaimana pon sudah ditahan pihak berkuasa. Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar keimarin melarang calon pembantu rumah negara itu untuk bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan pembantu rumah Indonesia di Pulau Pinang pada 13 september lalu. AFP/Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

FB

Catatan Popular