Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma

Pembunuhan kejam Sosilawati: 8 suspek jalani ujian sperma
2010/09/23
Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga di rogol
KUALA LUMPUR; Lapan susupek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HBKL), SEMALAM.
Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol.
Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalaikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.
Ketua Bahagian Pendawaan Jabatan Peguam Negara, Datu Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk polis.
Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi rakannya).
Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu,dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalaikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan diPutrajaya, semalam.
Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkuatkan lagi siasatan kes.
Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek adalah yang kedua kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan ada beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.
Sumber memberi tahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendawaan di mahkamah.
Polis menemui beberapa bukti dalam maklumat baru sepanjang peroses siasatan, dimana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara katanya.
Kelapan lapan suspek lelaki terbabit, ia itu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HBKL kira kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas mengendalikan kes itu.
Peroses ini berlansung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira kira jam 5 petang, katanya.
Sosilawati, 47,yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin 44; peguam nya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding keuwangannya, Noorhisham Mohammad, 38, disebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.
Semua mangsa di laporkan diikati, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat mereka dibakar serta abu mereka dibuang kebeberapa sungai berhampiran.
Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 40 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Jannuari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular