wuihhh..tahniah le erk..!! |
Gadis dalam lingkuangan 28 tahun, masih anak dara dan khabarnya merupakan anak pemimpin politik yang agak luas juga pengaruhnya dan asalnya Bandung. Menurut sumber dari parti tersebut, Anwar kerap ke Jakarta melalui Bandung dan disitulah bermula kesah cinta bersegi yang sudah masuk hampir setahun dan kesemua ahli keluarga gadis tersebut khabarnya sudah bersetuju menerima Anwar sebagai menantu.
Menurutnya lagi, hanya Nurul Izzah sahaja yang tahu perkara ini kerana beliau juga sering menemani bapanya ke Indonesia. Anak perempuan Anwar ini juga sering dilihat bersama dengan bakal ibu tirinya di sekitar Bandung dan ianya bukan rahsia lagi bagi masyarakat Bandung bila kadang-kadang Anwar juga bersama dengan anaknya, Nurul Izzah dan bakal madu Wan Azizah didapati makan dan membeli belah bersama.
Dikalangan warga aristokrat Bandung, gadis ini dikenali sebagai "darling" dengan sikapnya yang peramah dan manja dengan seluruh ahli keluarga dan keponakan beliau. Foto diatas sudah lama berada atau berlegar dalam media maya, sama ada dalam blog, portal mau pun facebook. Anwar tidak pernah nafikan itu gambar palsu dan tidak pernah melatah apabila gambar tersebut selalu muncul dimana-mana media maya.
Apakah kerana Anwar mabuk cinta?
Apakah kerana ingin sampaikan hajatnya pada Wan Azizah?
Apakah kerana Anwar takut hajat cinta tak kesampaian?
Terbongkarnya kisah cinta rentas benua ini dan akan dipamirkan gambar-gambar manja Darling dan Anwar di sekitar Bandung dan beberapa tempat rehat yang beriklim sejuk di Indonesia.
Bersediakah Wan Azizah menerima madu seperti isteri-isteri pemimpin pakatan haram yang lain? Bersediakan Wan Azizah menerima anak tiri seperti "anak samsidar"?
Psstt.. Nikah secara halal tak salah beb..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak