Ala-ala Arab Spring Berani ke? |
Malah katanya, Anwar sudah pun menanam bibit-bibit rusuhan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat apabila memberi jaminan bahawa mereka akan turun kejalanan jika proses pilihan raya dicemari dengan penipuan oleh sekutu politiknya, Umno-Barisan Nasional (BN). "Saya pun sudah menjangka itu adalah penetapan agenda yang dibuat Pakatan Rakyat.
"Mereka dah dilihat merancang melakukan pendekatan Arab Spring dimana kalau menang mereka akan raikan dan jika kalah akan buat demontrasi, seolah-olah wujud Pilihan Raya yang kotor di Malaysia," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa "Anwar akan membawa Arab Spring di Malaysia dengan menghasut rakyat merusuh dijalanan jika Pakatan Rakyat kalah dalam PRU-13.
Ismail nyata bersetuju dengan pandangan Tun Daim dan berkata, Anwar dan pemimpin Pakata Rakyat yang lain gigih mengatur usaha menjatuh dan mencalar imej agensi-agensi kerajaan dikaca mata rakyat, terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR).
Arab Spring dirujuk sebagai pemberontakan rakyat di Mesir dan beberapa negara Arab yang lain terhadap pemerintahan kuku besi beberapa tahun lalu. Pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap SPR dan setelah badan itu melakukan beberapa perubahan ke arah kebaikan, Paktan Rakyat masih tidak berpuas hati dan masih menuding jari kepada badan itu.
Keselamatan yahudi di utamakan |
Terbaru, ketika Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4, Anwar berkata SPR adalah penghalang utama gagasan itu untuk menawan Putrajaya kerana memiliki daftar pemilih yang tidak sah.
Beliau kemudiannya mengugut bahawa rakyat akan berhimpun dijalanan dan membantah proses pilihan raya yang kotor.
"Pada PRU-12 2008, mereka tawan 5 negeri, jelas kalau mereka menuduh SPR ada taktik kotor, jangan harap satu negeri dapat kepada mereka, tapi jelas mereka menang beberapa kawasan.
"Jadi ini saya ingat kita perlu lihat jika mana-mana pengundi memilih PR, mereka seolah merestui apa yang Anwar lakukan iaitu menuju kehancuran," katanya lagi. Ismail Pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata, menjelang PRU-13 yang akan diadakan dalam beberapa minggu dari sekarang, Pakatan Rakyat terus megikis keyakinan rakyat terhadap agensi kerajaan yang lain seperti anggota keselamatan negara.
"Sebab sekarang mereka telah menggunakan pendekatan segala jentera kerajaan utama seperti SPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan tentera, mereka telah menghina dan membuat imej yang buruk, seolah wujud salah laku dalam anggota kerajaan," katanya lagi.
Terdahulu, Tun Daim menerusi temubual ekslusifnya bersama New Straits Time, menyifatkan Anwar sebagai seorang yang terlalu taksub memegang kuasa. "Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara," kata beliau.
Pssttt..Lu berani buat Arab Spring alamat lu pendek umur lah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak