Jawapan sebenar dalam hal ini hanya Anwar saja yang tahu mengapa dan kenapa beliau terpaksa bertanding di tempat lain dengan alasan yang diberi kan nya, ianya dijemput. Ewah hebat bunyi nya ye...!!
Tapi adakah anda terfikir? sebab sebenar Anwar tinggalakan kawasan Permatang Pauh dimana tiket yang diperolehinya dahulu membawa ianya bergelar YB..
Saya tiada jawapan yang tepat hanya saya juga boleh berandaian.. Anwar sudah nampak dan terasa setiap perancangannya, menumui jalan buntu. Walaupun dalam Pakatan Rakyat ada tiga gabungan parti iatu PKR, Pas dan Dap namun setiap parti gabungan ini walaupun mereka tidur sebantal tapi impian dan mimpi mereka berbeza. Setiap parti ini ada agenda tersendiri.
Anwar cepat menghidu nasib malangnya jika bertanding di Permatang Pauh yang majoriti orang Melayu. Kerana orang Melayu ini terdiri dua golongan besar iaitu UMNO dan PAS dan sedikit sahaja dari PKR. Melayu UMNO sudah pasti menolak dan memberi undi kepada Anwar. Melayu PAS juga tidak akan memberi undi kepada Anwar, walaupun PKR adalah sekutu PAS....Sebabnya..?
Sebabnya sebagai yang kita tahu, walaupun mereka tidur sebantal mimpi dan impian mereka berlainan. Saya berpandukan dari keputusan Majlis Syura Pas didalamnya dengan jelas menolak Anwar Bin Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat dari rakyat.
Didalam keputusan Majlis Syura Pas bersetuju Presiden Parti Pas iaitu Haji Hadi Awang yang layak dinobatkan menyandang jawatan sebagai PM. Jadi dengan sebab inilah Anwar terpaksa berhijrah tempat untuk bertanding pada PRU-13 dan memilih diantara negeri Selangor ataupun Perak.
Dengar khabarnya Anwar akan bertanding di Ipoh Timur iaitu kubu kuat DAP dari dulu sehingga kini. Jelaslah Anwar kini bergantung talian hayatnya kepada pengundi-pengundi DAP. Anwar yakin pengundi DAP akan memilihnya sebagai calon. Tapi belum tentu ianya beroleh kejayaan kerana sikap Cina DAP tidak akan beri peluang kepada orang Melayu..sebaliknya mungkin akan beroleh kejayaan disebabkan Anwar akan dipergunakan oleh DAP, sebagaimana DAP mempergunakan Nizar semasa Pakatan Rakyat berkuasa selama lebih kurang sebelas bulan dan akhirnya Pakatan Rakyat terpaksa bermusyuarat dibawah pokok..!!
Pssttt..mesyuarat bawah pokok di negeri pasir bedengung ye..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak