Dengan pergolakan yang berlaku di Lahad Datu Sabah pada masa sekarang dan seterusnya, menu 'Gencatan Senjata' tidak perlu lagi bagi Kerajaan Malaysia untuk menerimanya. Walaupun Presiden Filipina Benigno Aquino lll telah menghubungi Perdana Menteri Malaysia DS Najib, menyampaikan untuk mendapat reaksi dari Malaysia berhubung kenyataan yang di keluarkan oleh Jamalul Kiram lll bahawa perlu diadakan gencatan senjata setelah ramai dari pihak penceroboh tewas.
Untuk apa lagi Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat bersetuju dengan permintaan daripada penceroboh? apakah dengan penolakan tersebut membuatkan pihak MNLF akan kerahkan bala tetntera untuk memulakan perperangan. Sebelum OPS Daulat dilancarkan sudah beberapa kali kerajaan Malaysia dan juga kerajaan Filipina memberi peluang untuk berbincang bagi menyelesaikan untuk mengelakan berlakunya perkara yang lebih buruk.
Tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh penceroboh, kerana mereka yakin dapat memenuhi hajat mereka untuk mendapatkan wilayah dibumi sabah untuk dijadikan hak, yang mereka tuntut adalah yang bukannya hak mereka. Jelas siapa yang menceroboh dan siapa yang memulakan peperangan? Dalam masa kerajaan Malaysia berusaha keras untuk selesaikan masalah dengan cara rundingan, dalam masa yang sama juga tujuh anggota keselamatan negara kita gugur. Mereka penceroboh datang kenegara kita dengan kelengkapan perang untuk apa? dan apa tujuan? dan apa maknanya?
Saya tegaskan disini 'Gencatan Senjata' jangan dijadikan 'MENU' tentang dan berjuanglah habis-habisan untuk menghapuskan penceroboh laknat ini jangan biarkan walaupun seorang dari mereka hidup. Kita sebagai sebuah negara yang berdaulat masih mengamalkan sikap berunding perkara utama menjadi teras, malangnya sikap berlembut yang kita gunakan selama ini mereka mengambil kesempatan 'bagai kadok naik junjung'
"HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH' wajib pada hukumnya penceroboh kedaulatan negara dan yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan hak asasi didalam negara tersebut dibunuh. Lihatlah kini anak kecil yang sudah menjadi yatim, mereka akan membesar kelak tanpa punya kasih seorang ayah. Seorang isteri sudah bergelar ibu tunggal, semuanya ini berpunca dari pihak bangsat yang datang menceroboh di tanah air kita.
Adalah yang lebih malang, punca ini didalangi oleh beberapa orang rakyat Malaysia diantaranya berbangsa Melayu, yang secara rasminya Melayu itu beragama Islam tapi Islamkah dia..!! demi rakuskan kuasa sehingga nyawa orang jadi taruhan dan cagarannya...BANGSAT.
Pssttt..kalau aku diberi peluang bertempur nescaya penceroboh ini kaku cincang sampai lumat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak