LAHAD DATU, (Bernama) - Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba dipadang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan sehingga lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselmatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.
Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya diKampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.
Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh keNegara ini sama ada dilaut atau darat.
Selain helikopteritu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja juga dijangka tiba disini secara berperingkat. Sajak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota dan dua tentera gugur dipihak Malaysia.
Pssttt.. sama-samalah kita berdoa, semoga negara kita selamat dari segala ancaman musuh dari luar atau pun dari dalam Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak