Guan Eng Lu Mana mau Lari?

Kuala Lumpur – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih mengunci mulut berhubung pendedahan MCA mengenai firma dari China, China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd. (CRCC) yang didakwa hanya dibayar sebanyak lima peratus atau kira-kira RM3 juta oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sejak kontrak projek terowong dasar laut ditandatangani.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, hal ini amat serius kerana secara teknikal dan kewangannya membuktikan bahawa CRCC dan sebuah lagi firma China, Beijing Urban Construction Group (BUCG) tidak lagi terlibat dengan projek berkenaan.

Malah, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu, Sri Tinggi Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah syarikat yang didakwa Guan Eng terlibat dalam projek terowong dasar laut tersebut juga tidak lagi merupakan pemegang saham manakala sebuah syarikat lain, Juterasi Sdn. Bhd. didapati tidak lagi beroperasi. “Ini bermaksud daripada lima pihak yang didakwa terlibat dalam projek berkenaan, hanya Zenith Construction Sdn. Bhd. yang baru berusia 82 hari dengan modal berbayar RM300,000 kekal menjadi kontraktor tunggal dalam projek itu.

Di sini Guan Eng perlu membuktikan CRCC telah dibayar lebih daripada RM3 juta selain membuktikan firma itu tidak menghentikan kerja di tapak projek. “Dalam hal ini, secara tidak langsung kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai DAP itu telah menyerahkan projek bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat yang hanya berusia 82 hari. Ini mungkin membawa erti syarat kelayakan tender projek kerajaan DAP Pulau Pinang dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM381 juta tidak lagi dilaksanakan kerajaan negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular