Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Merujuk kepada soalan saya kepada Dato’ A. Kadir Jasin dalam sebuah video yang dimuatnaik di facebook saya pada Sabtu, 10 Februari 2018, jam 4.44 pm ( https://www.facebook.com/sophy.inara/posts/932459010265506) berkenaan pembelian dan penjualan semula 30% saham Realmild yang memiliki TV3, NST dan MRCB, saya telahpun menerima jawapan ringkas dalam perbualan telefon bersama beliau.
Setelah mengkaji jawapan tersebut dengan mendalam, saya masih menemui jalan buntu dalam mencari kebenaran.
Dari itu, saya perlu kemukakan beberapa lagi soalan tambahan bagi mencari jawapan sebenar dalam isu ini. Mudah-mudahan jawapan jujur Dato’ A. Kadir Jasin akan dapat merungkai persoalan pokok tentang dana politik UMNO sebelum saya merungkai lebih jauh dalam mencari kebenaran.
Saya mohon bertanya lanjut kepada Dato’ A. Kadir Jasin tentang soalan-soalan berikut:
1. Dato’ bukan lah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000, apakah perniagaan yang Dato’ jalankan pada ketika itu sehinggakan Dato boleh memegang begitu banyak wang untuk membeli 30% saham Realmild (seperti pembetulan yang Dato buat terhadap soalan asal saya berjumlah 20%), kemudian menjualnya dengan jumlah keuntungan tertentu untuk diserahkan kepada UMNO?
2. Adakah Dato memiliki sebarang perjanjian rasmi atau surat pelantikan rasmi yang memberi hak dan kuasa untuk Dato memegang begitu banyak wang untuk UMNO pada ketika itu?
3. Bolehkah Dato’ beritahu dan tunjukkan di bahagian manakah dalam dokumen atau buku kewangan UMNO yang terkandungnya jumlah nilai saham Realmild yang Dato’ pegang untuk pihak UMNO tersebut?
4. Siapakah nama individu di dalam UMNO pada ketika itu yang bertanggungjawab menerima serahan jumlah keuntungan penjualan semula 30% saham Realmild tersebut dari Dato’?
5. Adakah Dato’ menerima sebarang imbuhan kewangan dari pihak UMNO sebagai balasan atas jasa baik Dato memegang wang yang begitu banyak bagi pihak UMNO?
6. Sebagaimana yang Dato’ maklumkan kepada saya bahawa Dr Mahathir pada ketika itu memegang baki saham Realmild sebanyak 70%, adakah benar bahawa baki pegangan saham tersebut diserahkan kepada UMNO selepas beliau melepaskan jawatan Presiden UMNO? Jika ya, bolehkah jelaskan bagaimana baki saham Realmild tersebut diserahkan kepada UMNO?
7. Mohon jelaskan kepada saya dengan terperinci bagaimanakah Dato’ dan Dr Mahathir pada ketika itu boleh memegang wang yang begitu banyak didalam akaun peribadi untuk pihak UMNO sedangkan DS Najib Razak tidak boleh berbuat demikian?
Terima kasih.
Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA
EMPIRICAL MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak