|
|
Ipoh – Parti pembangkang sudah hilang kredibiliti kerana mengamalkan politik menghasut dan meracuni pemikiran rakyat.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata, pembangkang juga tiada agenda pembangunan untuk rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod pencapaian menerusi program-program pembangunan yang telah dilaksanakan.
Menurutnya, kedua-dua perkara ini sudah disedari oleh rakyat dan boleh menilai tawaran yang diberikan oleh BN untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.
“Setelah beberapa tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kerja pembangkang hanya menghasut dan meracuni pemikiran rakyat dengan dakyah-dakyah dan pembohongan dan mereka juga tiada agenda pembangunan.
“Jadi rakyat telah sedar terhadap dua perkara ini. Dengan rekod yang sangat baik dan perancangan yang sangat mampan, BN adalah wadah dan parti yang boleh memastikan kestabilan politik, ekonomi dan kebahagian rakyat dapat diteruskan apabila rakyat memberikan undi kepada BN,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Tahun Baharu Cina kepada 50 penerima di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini. – Utusan
WhatsApp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak