Kerana Pulut Santan Binasa...!!



Putrajaya – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gagal meneruskan rayuan untuk mengetepikan keputusan mahkamah tinggi yang memerintahkannya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 10 tahun lalu. Tiga panel hakim bersidang yang dipengerusikan oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat turut memerintahkan Ketua Pemuda Umno itu membayar RM10,000 sebagai kos. 

Dalam keputusan sebulat suara itu, Tengku Maimun berkata, mahkamah berpuas hati bahawa notis rayuan yang difailkan oleh Khairy menerusi peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sempurna. “Mahkamah mendapati ia terikat dengan keputusan kes mahkamah Persekutuan melibatkan usahawan permaidani, J Deepak yang menyentuh prosedur pemfailan notis rayuan,” katanya. Hakim Datuk Zaleha Yusof dan Datuk Zabariah Mohd Yusuf turut bersidang. Sementara itu, di luar mahkamah, 

Muhammad Shafee terkejut dengan keputusan tersebut. “Sepanjang 40 tahun penglibatan saya, keputusan ini adalah jarang sekali dibuat mahkamah. “Pihak kami akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan esok,” katanya. Peguam, R Sivarasa yang mewakili Anwar berkata, pihaknya berhujah notis rayuan yang difailkan respondan melanggar prinsip undang-undang. “Selain itu, draf notis rayuan yang dikemukakan respondan adalah kabur,” katanya. Pada 29 September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Azizul Azmi Adnan memutuskan dakwaan yang dibuat Khairy adalah serius dan boleh mempunyai maksud memfitnah. 

Anwar memfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008 bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebarkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com. Anwar mendakwa klip video itu mengandungi sebahagian ucapan yang dikatakan berbaur fitnah diucapkan Khairy dalam satu ceramah di Lembah Pantai di sini pada atau sekitar 20 Februari 2008.-SinarHarian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular