Menggunakan isu 1MDB sebagai senjata utama – walaupun berkali-kali dibuktikan Najib tidak bersalah – Dr Mahathir mendapat murka bukan satu, tetapi tiga Istana termasuk, Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. “Tidak pernah ada ahli politik ataupun negarawan Malaysia disifatkan sebagai porsona non grata yang mendatangkan rasa tidak senang oleh sebegitu banyak Majlis Raja-Raja Melayu,” kata penganalisis politik, Zakhir Mohamed.

Terbaharu, Sultan Kelantan, merangkap Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran dikurniakan kepada Dr Mahathir oleh Istana Kelantan pada 2002. Kemurkaan kesemua keturunan diraja ini adalah rentetan daripada pembohongan berterusan Dr Mahathir menuduh Najib mencuri USD690 juta (RM2.6 bilion) wang 1MDB walaupun berkali-kali dijelaskan bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada keturunan diraja Arab Saudi yang sebahagian besarnya sudah dipulangkan pasca PRU13 lalu.
Kata Zakir, ianya turut diakui oleh veteran DAP yang menyertai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat kecurangan 1MDB, Dr Tang Seng Giaw dengan berkata, keputusan membuat pinjaman sehingga RM42 bilion merupakan bukan keputusan Najib. “Lembaga Penasihat (yang disertai Najib) mengikut artikel 117, setelah disiasat, Perdana Menteri tidak terlibat dalam urusan (keputusan 1MDB). Mereka yang membuat keputusan adalah lembaga pengarah dan pengurusan.
Merekalah yang membuat keputusan berkenaan.” Menyebut pula siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berhubung 1MDB kira-kira 18 bulan lalu, Zakir berkata, siasatan diketuai oleh Peguam Negara Loretta Lynch masih tergantung sehingga hari ini. Tegasnya, genap setahun siasatan tersebut dijalankan, Loretta turut mengumumkan akan mengambil tindakan, namun tiada seorang pun individu atau firma di Malaysia atau luar negara dikenakan tindakan – membuktikan tuduhan berkaitan 1MDB hanyalah satu pembohongan semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam
by
mnorkembalak