Peruntukan kerajaan Untuk Rakyat Dianggap Dedak

Langkawi – Pihak pembangkang telah menghina rakyat Langkawi dengan mengatakan peruntukan bernilai lebih RM1.3 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu lalu, sebagai “dedak” atau makanan haiwan.

 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan hari ini berkata istilah yang digunakan pembangkang ini tidak wajar memandangkan peruntukan untuk lima projek pembangunan infrastruktur di pulau peranginan itu merupakan keperluan penting kepada rakyat. “Tanggungjawab pemerintah adalah membantu rakyat dalam pelbagai strata dan memerlukan bantuan yang tertentu dan memerlukan pembelaan.

Adakah bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang memerintah selama ini dianggap sebagai dedak,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembangkang di media sosial yang menyifatkan peruntukan tersebut sebagai ‘dedak’ untuk meraih sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Peruntukan ini termasuk RM600 juta untuk penambahbaikan sistem bekalan air bersih Langkawi, RM500 juta bagi pembinaan bangunan tambahan hospital, RM135 juta untuk membina kuarters baharu petugas kesihatan, RM50 juta untuk penaiktarafan Jalan Lapangan Terbang -Pulapol Langkawi dan RM30 juta untuk pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat baharu di Padang Matsirat. 

Nor Saidi berkata projek penambahbaikan bekalan air bersih ini amat diperlukan di Langkawi dalam keadaan pertambahan jumlah penduduk dan jangkaan peningkatan jumlah pelancong ke pulau ini dalam tahun-tahun yang mendatang. Bangunan tambahan baharu Hospital Langkawi pula dapat mengurangkan lagi kesesakan pesakit yang perlu dirawat di mana kadar penggunaan katilnya sekarang sudah melepasi 90 peratus, katanya. “Menambahkan (bangunan baharu) hospital ini adalah satu keperluan. Tanggungjawab pemimpin untuk menyediakan keperluan rakyat.

Tak kanlah itupun dianggap sebagai dedak,” katanya. Sebelum itu, Nor Saidi menyampaikan sumbangan kewangan kepada kira-kira 100 pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang bermastautin di kawasan DUN yang diwakili beliau. Menurutnya, lebih 1,000 pelajar telah menerima bantuan bernilai antara RM100 dan RM500 seorang bergantung kepada taraf pencapaian mereka sejak program itu dimulakan lima tahun lepas. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular