55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

PARIS HILTON batal lawatan ke Malysia

Paris Hilton melambaikan tangan kepada peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Narito, Jepun semalam. Pihak Imegeresen Jepun, hari ini sekali lagi menyoal siasat beliau yang di larang memasuki negara itu, selepas didapati bersalah berhubung kes dadah minggu lalu. foto-AFP
Paris Hilton batal lawatan ke Malysia: 2010/09/22
KUALA LUMPUR: Seleberiti Amerika Syarikat, Paris Hilton membatalkan rancangannya untuk melawat negara ini esok selepas dilarang memasuki Jepun hari ini.
Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun dalam laman Twitter berkata, beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahan beliau daripada melawat negara itu berikutan menhadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas.
"Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang Paris," kata beliau dalam laman twitter sebelum berlepas dari Jepun.
Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.
Tokyo adalah perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia yang mana beliau dijadual melawat Kuala Lumpur dan akan mersmikan pembukaan butiknya diJakarta.
Laporan berita antara bangsa memetik pegawai seranta Hilton, Dawn Miller sebagai berkata, selebriti itu merancang untuk mengadakan lawatan itu pada tarkh lain.
"Paris sangat kecewa dan berhasrat untuk memenuhi komitmen perniagaannya dan menemui peminat beliau, tetapi beliau dipaksa untuk menagguhkan komitmennya di Asia," kata Miller.- Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E