55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Polis siasat dakwaan Ambiga terima dana asing: KPN

KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 July, Datuk Ambiga, untuk menerima dana daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.


Ketua pois Negara, Tan Sri Ismai Omar, berkata polis akan bekerjasama dengan Bank Negara bagi menyiasat perkara itu.


"Kita akan menyiasat sesiapa juga yang ada elemen yang saya katakan boleh menunjukan ada perkara yang sudah berlaku, sedang berlaku atau pun dirancang berlaku yang boleh menjuruskan kepada ketidaktenteraman awam," katanya kepada pemberita disini selepas Majlis pelancaran Command Post Exercise (CPX) PDRM-ATM.


Sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu hari ini melaporkan bahawa akaun bank tersebut yang sudah menerima ratusan ribu dana asing adalah satu daripada lima akaun yang dimiliki pengerusi demontrasi haram itu yang dirancang 9 July ini.


Menurut laporan itu lagi, bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing untuk menjayakan hasrat menghuru-harakan Malaysia kerana sebahagian saham bank itu dimiliki oleh seorang pemimpin pembangkang..


Mengenai titah Yang di-Pertuan Agung yang mengingat rakyat supaya memastikan tuntutan demokkrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara, Ismail berkata rakyat sepatutnya menuruti titah tersebut.


"Saya rasa sebagai takyat Malaysia, tidak kira apa bangsa kita kenalah mengambi perhatian titah Seri Paduka Baginda sebagai satu titah perlu diikuti untuk keamanan dan kesejahteraan negara," katanya.


Ismail berkata, pihaknya akan mengambil apa saja tindakan terhadap sesiapa sahaja yang meyalahi undang-undang negara ini terutama berkaitan perhimpunan haram yang akan diadakan 9 July ini.


Sementara itu, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, berkata sehingga kini pihak polis menerima 4000 laporan polis berkaitan perhimpunan haram itu.


Beliau berkata, jumlah tangkapan pula seramai 220 orang dan daripada jumlah itu 170 orang sudah dibebaskan manakala selebihnya masin direman untuk siasatan - BERNAMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E