55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

Sehelai baju-T BERSIH 2.0 bernilai RM4.000 kayalah rupanya pendemo ini


KOTA BHARU - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana di tuduh memakai dan memiliki baju-T bertulis perkataan yang mempunyai kepintingan pertubuhan haram.


Mohd Amizul Fazly Mohamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.


Bagi pertuduhan pertama, Moha Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan BERSIH 2.0 disebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, dua hari yang lalu, manakala bagi pertuduhan yang kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yang tertera perkataan BERSIH2.0. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, jika sabit kesalan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5.000 kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.


Azrul kemudian menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Bachok dan mengenakan jaminan RM4.000 kepada Mohd Amizul Fazli bagi kedua-dua pertuduhan itu.


Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusuf, Ahmad Najib Deris dan Abdul Rashid Yah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Hussin.
Berita dan gambar ihsan - KELATEKITO.NET

1 ulasan:

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E