55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

FATWA NIK AZIZ UNDI DAP

Tunggu fatwa Nik Aziz
Kini sudah hampir waktu untuk semua rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk menghadapi PRU-13 semankin tiba. Amat perlu bagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa terbaru dari nya untuk penganut-penganut Parti PAS yang selama ini terlalu taksub terhadap  wally mereka ini. Panas sehingga kini yang telah diulang setiap kali pilihanraya bahawa undi untuk PAS masuk syurga..!! tapi bagaimana pula undi yang diberikan kepada DAP yang secara terang-terangan menolak negara Islam di Malaysia ini?

Bermula kontroversi perlaksanaan hudud pada awal nya timbul berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ianya segera disanggah oleh Karpal Singh dengan menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam isu perlaksanaan hukum tersebut, serta menggesa Presiden PAS menarik balik keputusan Majlis Syura

Ada lagi yang lebih mengaibkan  bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata, keputusan Majlis Syura PAS itu hal dalaman mereka (PAS) tiada kena- mengena dengan keputusan rasmi yang dalam (Keadilan, Dap dan Pas) terikat dengan polisi bersama yang telah di persetujui bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Oleh itu sedarlah diri wahai Melayu PAS "lu ada pun tak apa lu tak ada pun tak apa didalam PAKATAN HARAM" bagaikan melukut di tepi gantang. Sebesar mana sekali suara yang kamu teriakan tidak akan di indahkan oleh PKR dan DAP. Oleh itu segeralah Nik Aziz keluarkan fatwa hukum undi DAP dan PKR kepada penganut-penganut Parti PAS.

Psstt.. PRU-13 kali ini masih ada kah tiket pergi syurga?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E