55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Peringatan diberikan dengan tegas khusus buat Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam, dalam melaksanakan tugas yang anda jalankan jangan boleh melibatkan masalah kepada orang yang tidak terbabit didalam kes yang anda dakwa. Sila lihat notis PERINGATAN SAMAN yang dialamat kepada nama orang lain dengan No Pendaftaran kedenraan yang serupa tetapi tidak sama No Cukai Jalan, Jenis Kendaraan dan Warna Kenderaan.

Adalah pihak JPJ juga diperlukan meneliti kembali No Kenderaan yang sama WJR 6553 tetapi memili dua jenis kereta yang berbeza!! Bagi penama yang dihantar notis PERINGATAN SAMAN tinggal di Pengklan Hulu Grik Perak. Kereta yang jenis sebenar ialah (......) ?! tidak pernah datang ke Shah Alam dan meletakkan kereta tersebut sebagai yang didakwa dalam notis ini di Petak No. 107, Jalan Kristal J7J, Seksyen 7.

Kereta jenis ini? telah diguna oleh penama dalam NOTIS PERINGAN SAMAN tersebut sudah empat tahun, tidak pernah masuk sekali pun kawasan Kuala Lumpur malah tidak pernah melepasi kawasan Perak iaitu Tanjung Malim.

Mana logiknya pihak MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM boleh mengeluarkan saman bertarikh 06/02/2013..? Lagi satu yang perlu dilihat ialah No Cukai Jalan yang telah dibuat berbeza dengan No Cukai yang didakwa dalam NOTIS PERINGATAN yang telah dihantar kepada penama dalamnya.

Jenis kenderaan juga tidak sama dengan yang didakwa didalam Notis Peringatan ini dan Warna kenderaan juga berlainan sebagai yang didakwa. Adalah perlu di ingatkan kepada Pegawai yang menjalankan tugas tersebut diharap lebih teliti dimasa-masa akan datang supaya dengan kesilapan yang anda lakukan agar tidak membebankan orang lain.




MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Psstt macam ini ke cara kerajaan mentadbir mendatangkan masalah kepada orang yang tidak bersalah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E