55expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass='>

Klik to Cala Huala

Klik to Cala Huala
Klik to Cala Huala

GST - Hari Ini Baru Aku Panas Telinga

Sebut aje pasal GST, hari ini aku baru terasa sakit hati dan panas telinga. Apa tidaknya mulai pada hari ini aku akan membayar cukai GST paling kurang dalam sebulan RM300...malah ia sebenarnya lebih dari itu kepada Najib dan BN. Sikit atau banyak pula yang korang semua kena GST itu aku tidak tahu.

GST
Resip test market
Hari ini 3 April 2015 aku baru test market, korang lihat resip yang aku terterakan ini. Belian aku di spare parts baragan motor sebanyak RM139.30 GST yang dikenakan RM8.35 jadi jumlah semuanya RM147.65.

Betul lah kiraan tu sedikit pun tiada silapnya. 6% GST dari harga belian RM139.30 jadi jumlahnya RM147.65 maka aku dah kena GST RM8.35 Setiap bulan di kedai spare parts tersebut aku akan membeli segala alat ganti motor paling kurang dalam sebulan sebanyak RM5000.00 hingga RM600.00

Malah kadang-kadang mencecah belian hingga ke RM10.000 hingga RM12.000 Jadi korang kiralah sendiri berapa yang aku kena bayar GST? sedangkan harga spare parts ini dari masa SST hingga sekarang GST sama saja.

Ini baru aku terangkan satu kedai spare parts motor, itu belum lagi di kedai spare parts barangan alat ganti mesen-mesen kecil seperti mesen pemotong rumput, mesen pemotong kayu, generator, pump racun dan sebagainya.

GSTBanyak pihak yang untung dalam perkara ini, selain kerajaan dan kedai spare parts termasuk juga semua pelanggan yang datang ke workshop aku. Yang rugi hanya aku atau keuntungan yang hanya sedikit yang aku perolehi selama ini susut dan kurang. Sebab aku tidak boleh kenakan caj kepada pelanggan kerana perniagaan aku tidak layak didaftarkan untuk GST

Jadi aku mohonlah kepada Menteri yang berkenaan, tolonglah promosikan workshop aku yang bebas 100% dari GST...manalah tahu kalau-kalau boleh ramai pelanggan nanti, aku boleh cover apa yang telah dibuat oleh kerajaan berkenaan degan GST ini akibatnya tidak terbeban hanya pada aku sorang.

p/s aku kurang faham kedai-kedai text duit GST tu, mereka hantar kepada kerajaan atau masuk poket pekedai itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog K.B.E