KIAMAT PASTI BERLAKU.

KIAMAT PASTI BERLAKU.
Kiamat pasti terjadi dengan kehendak Allah, yang maha pencipta bagi sekalian alam. Cuma kita tidak ketahui bila dan ketikanya ianya terjadi. Marilah kita mengambil ikhtibar dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di New Zealand baru-baru ini.
Ini adlah bunga-bunganya sahaja bagaimana dunia ini akan hacur punah, malah kiamat yang sebenar lebih dahsyat dari apa yang kita saksi pada video ini. Apabila Malaikat Israfil meniup sangkakala pada tiupan pertama dunia akan hancur lebur punah segala isi yang ada didalam dunia termasuklah kita yang bergelar manusia, dunia ini bergulung dan akan disandarkan pada tiang Aras. Tiupan pada kali yang kedua semua segala yang mati dihudupkan kembali. tidak berkecuali.
Pada masa ini kita semua sudah berada di Alam Padang Mahsyar, semua maknusia menanti untuk dihisab segala amalan buruk dan baik, dimasa ini baharu kita sedar diMahkamah Allah dihari perhitungan yang tiada pernaungan. Mulut kita akan dikunci supaya tidak boleh berbohong atau menafikan sesuatu kerja amal makruf nahi mungkar kita didunia, yang berkata-kata hanyalah seluruh anggota kita sahaja yang menjadi saksi setiap perbuatan kita, semuanya dengan kehendak Allah. MasyaAllah.
Pada kiraan waktu, sehari didunia selama enam puloh tahun diakhirat, semua umat dari Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad menghadapi perbicaraan di Mahkamah Allah. Sehinggakan semua kita ini hampir tenggelam dengan peluh manusia hingga keparas hidung dan dengan suhu yang teramat panas kerana matahari hanya sejengkal sahaja diatas kepala kita, masyaAllah, "Ya Allah aku bermohon kepada mu kau ampunkan ya Allah segala-segala dosa ku walau pun sebesar zahrah dan kau ampunkan ya Allah segala-gala dosa-dosa sekalian saudaraku muslimin dan muslimat, amin ya Rabbua alamin".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang berfakta disertakan link adalah digalakkan, komen berunsur lucah dan makian tidak dibenarkan dan komen tersebut tidak akan diterbitkan dan dipadam

by
mnorkembalak

Rakan Blog KBE

Catatan Popular